10/8/07

mujahadah

Mujahadah bermaksud "berusaha untukmelawan dan menundukkan kehendak Hawanafsu."Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabibersabda, "Seorang mujahid (iaituseorang yang berjihad) ialah dia yangmelawan hawa nafsunya kerana Allah."Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fitTafsir, "Secara dasarnya melawan hawanafsu bermaksud menundukkan nafsu agaria mengikut kehendak Allah dalam setiapperkara." Apabila nafsu dapat dikalahkanseseorang akan mengutamakan perkara yangdicintai Allah dan mengetepikan kehendakperibadi.Dal­am Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazaliberkata, "Antara tanda kecintaan hambakepada Allah ialah dia mengutamakanperkara yang disukai Allah daripadakehendak nafsu serta peribadi, sama adadalam aspek zahir atau batin. Oleh ituseseorang yang mencintai Allah sanggupmemikul kerja-kerja yang sukar sertasanggup melawan hawa nafsunya keranaAllah.... Dia tidak akan sanggupmelakukan sesuatu yang maksiat.Berhubung dengan ini Abdullah ibnMubarak berkata, 'Jika cintamu !benar,kamu akan mentaatiNya kerana seseorangyang mencintai sesuatu sanggup mentaatisesuatu'."Me­reka yang sanggup melawan nafsu ialahmereka yang percaya kepada akhirat sertahari pembalasan. Inilah kekuatan yangada pada umat Islam. Kepercayaan inimenjadikan mereka golongan yang sanggupmengetepikan keseronokan sementara demiuntuk mencapai matlamat jangka panjangyang kekal abadi.Denis Waitley dalam Empires of the Mindberkata, "Saya berpendapat, salah satupunca utama yang menyebabkan Amerikabermasalah besar pada hari ini ialah,rakyatnya begitu asyik dan ghairah (arewe in that category?) dengan keseronokanjangka pendek dan melupakan kepentinganjangka panjang."Mereka yang bermujahadah sebenarnyamerupakan golongan yang mementingkankepentin­gan jangka panjang. Antaraperkara yang merangsang mereka untukmengutamakan kebahagiaan masa depanialah firman Allah dalam sebuah hadisQudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari danMuslim yang bermaksud, "Aku (Allah)telah sediakan bagi hambaKu yang salih(nikmat) yang tidak pernah dilihat olehmata, tidak pernah didengari olehtelinga dan tidak pernah dirasai olehhati manusia."Mujahadah adalah jambatan kepada takwa.Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawaberkata, "Takwa adalah hasil daripadahidayah dan hidayah adalah hasildaripada mujahadah. Justeru mujahadahmelawan hawa nafsu adalah titikpermulaan kepada takwa. Antara amalanyang membantu usaha untuk melawan hawanafsu ialah bacaan Al-Quran, solat danzikir.Nabi ketika disoal tentang jalan untukmencapai syurga telah menjawab,'Bantulah dirimu dengan banyakbersujud'. Banyak bersujud bermaksudbanyak bersolat dan banyakbersolatbermak­sud banyak berzikir dan membacaAl-Quran."Mer­eka yang bermujahadah akan mendapatbeberapa anugerah istimewa daripadaAllah berdasarkan firmanNya dalam surahAl-Ankabut ayat 69, "Mereka yangbermujahadah (yakni berjuang secarabersungguh-sun­gguh) pada jalan Kami akanKami tunjukkan kepada mereka jalan-jalanKami."Ber­hubung dengan ayat iniImam Ad-Daraniberkata, "Mereka yang bermujahadahberdasar­kan ilmu yang diketahui, merekaakan ditunjukkan Allah tentang perkarayang belum diketahui."Fudail Iyad berkata, "Mereka yangbermujahadah untuk mencariilmu, Allahakan tunjukkan kepada mereka jalan untukberamal."Junaid­ Al-Baghdadi pula berkata, "Merekayang bermujahadah dengan bertaubat,Allah akan tunjukkan kepada mereka jalankeikhlasan."Sah­abat Abdullah ibn Abbas pula berkata,"Mereka yang bermujahadah untukmelakukan ketaatan, Allah akan tunjukkankepada mereka jalan pahala dan ganjaran."

No comments:

Post a Comment