2/18/09

Sirah : siapa sahabatku,siapa ikhwanku

assalamualaikum...pagi ni ana belek2 satu buku ni...terjumpa satu sirah yang sangat2 menyentuh hati ana...inshaAllah ana kongsi disini sirah tu..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berkata pada Abu Bakr as-siddiq dan sahabat2nya..
"Wahai Abu Bakr,alangkah rindunya aku hendak bertemu dengan ikhwan-ikhwanku (saudara),"kata Rasul pada Abu Bakr.
"Wahai Rasulullah,kami ini teman-teman engkau," jawab Abu Bakr r.a.
"Bukan!", jawab Rasulullah s.a.w
"Kamu ini hanyalah sahabat-sahabatku,"demikian selanjutnya Rasulullah s.a.w menerangkan.
"Keterangan Rasul ini sungguh menghairankan Abu Bakr r.a. juga sahabat-sahabat yang lain.Apa bezanya antara sahabat dan ikhwan...masing2 ingin tahu jawapannya melalui Rasul s.a.w..
Rasulullah s.a.w menjawab, "ikhwan-ikhwan ku ialah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dengan aku dan mencintaiku. Sehingga aku lebih dicintai mereka dari anak dan ibubapa mereka."..

*Maha Suci Allah...sungguh mulia ungkapan yang diistilahkan nabi s.a.w kepada mereka yang hidup selepas kewafatan Baginda.Mereka yang tidak pernah melihat baginda..tetapi mencintai Baginda dengan mengamalkan sunnahnya, mengamalkan isi al-Quran..

Pada waktu lain,pernah Baginda membicarakan kepada sahabat-sahabatnya.Baginda amat menyanjungi iman para ikhwannya..Rasulullah s.a.w berkata:
"siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya?"
sahabat menjawab "Malaikat". Kemudian Rasul s.a.w menambah,bagaimana mereka tidak beriman,sedangkan mereka sangat dekat pada Allah..
sahabat menjawab lagi "Para Nabi". Kemudian Rasul s.a.w menambah,bagaimana mereka tidak beriman,sedangkan diturunkan wahyu kepada mereka.
kemudian sahabat menjawab lagi "Kami". Rasul s.a.w menjawab,bagaimana kamu tidak beriman,sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengakhiri jawapannya
"Makhluk yang paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku, mereka hanya membaca Al-Quran, kemudian beriman dan mengamalkan segala isinya..

*begitulah cintanya Rasulullah s.a.w pada ikhwan-ikhwannya...bagaimana dengan kita?..kita hidup sesudah Rasul, kita tidak pernah melihat baginda...persoalannya,layakkah kita digelar ikhwan Baginda s.a.w?...tepuk dada, tanyalah iman..hakikatnya, masih belum terlambat utk kita menjadi ikhwan-ikhwan baginda...inshaAllah,cita-cita kita....wallahualam.. :-)

No comments:

Post a Comment