1/10/10

jernihkan aqidah dengan ilmu


Bismillahirrahmanirrahim..
kenapa Allah menggunakan domir ''nahnu'' sebagai ganti nama-Nya?
misalnya dalam surah al-hijr ayat :9

maksudnya:"sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-qur'an,dan pasti kami juga yang memeliharanya"

lafaz ini digunakan untuk litta'zim(mengagungkan) Allah..

dalam bahasa Arab,lafaz 'ana' bermaksud:saya,aku atau kata nama bagi seorang,
manakala lafaz 'nahnu' membawa dua maksud:

1.kata ganti nama bagi 'kami' yakni menunjukkan ramai.

2.kata ganti nama bagi seorang yang membesarkan dirinya(litta'zim nafsuhu)
*secara logik,kalaulah uslub yang Allah gunakan dalam Alqur'an ini salah,tentu sekali orang musyrikin pada zaman Nabi s.a.w dah awal-awal lagi membangkang ayat ini,sebab sebagaimana yang kita dah maklum orang musyrikin pada itu,cukup fasih dalam bahasa arab.

kata syeikh ana,"orang islam menunggu ayat Allah turun,kerana rindukan ayat-ayat Allah,untuk menghafaz serta beramal,manakala orang musyrik juga menunggu turunnya ayat-ayat Allah tapi untuk mencari kesalahan dalam al-qur'an.."

*rujuk dalam mana-mana kitab nahu,untuk mengkaji uslub Bahasa Arab,contohnya karangan Ibnu 'Aqil.
walaupun Allah bergunakan domir nahnu sebagai ganti nama-Nya,bukan bermakna semua ayat Allah menggunakan domir nahnu,kalau kita perasan ,kalimah nahnu ada dalam ayat yang menceritakan nikmat-nikmat Allah.
sebagaimana yang kita tahu,betapa banyaknya nikmat-nikmat yang beri dan pinjamkan kepada kita,termasuklah tangan ana yang menulis ni..
tapi untuk ayat-ayat yang berbentuk aqidah dan tauhid,Allah menggunakan domir ana.
misalnya dalam surah Toha,ayat :14

yang bermaksud:" sesungguhnya Aku ini Allah,tidak ada Tuhan lain selain Aku,maka sembahlah Aku,dan laksanakan solat untuk mengingati Aku"

#carilah ilmu,untuk menjernihkan aqidah,kadang-kadang dengan soalan sebegini pun,boleh mengoyahkan aqidah kita. na'uzubillah..jadi jangan ambil mudah dalam sekecil-kecil perkara,nescaya kita akan berhati-hati dalam sebesar-besar perkara, wallahu 'alam



4 comments:

  1. salam ziarah...alhamdulillah, sebab tu kita dituntut sentiasa menuntut ilmu....inshaAllah sama2 jernihkan aqidah dengan ilmu, jernihkan hati dgn ilmu...moga Allah sentiasa melindungi hati2 kita. :-)

    ReplyDelete
  2. erm ibnu aqir tu kitab pe ye. maaf bertanya. ke ibnu aqil? klau ibnu aqir satu benda baru untuk ana. mungkin salah ejaan. sekadar bertanya. tahniah. entry yang membuka minda... pernah ana tanya soalan ni dahulu. kira memang itu sahaja yang mampu kita jawab...

    ReplyDelete
  3. salam,kitab nahu,nanti ana rujuk balik.ana pon masih mengkaji,ma'zirotan,kalau silap ana akan betulkan,jazakallah,wallahu a'lam

    ReplyDelete