5/22/10

HIDAYAH KEINSAFAN

di malam sepi
hatiku mula menangisi
kerana keinsafan
yang mula menyelubungiku

disaluti angin bayu
terkenang daku pada dosa yang lalu
sejarah silam zaman kejahilanku
adakah diampunkan?

aku leka dengan duniaku
tiada ku tahu dunia ini palsu
mencari kepuasan mengejar harta
gelaplah hati butalah mata

ku insafi segala dosa
taubat dan keampunan daku pinta
adakah dosaku terhapus
adakah diampunkan

oh Tuhanku Yang Satu
aku kembali mengikut hidayahMu
dari kealpaan dosa yang melalaikan
kembali ke dasar kebenaran
dari segala kealpaan

ampunilah dosa lalu..


mujaheedah: tazkiah buat 3org sahabat perjuangan yg kemalangan baru2 ni..mg cepat sembuh,jgn sedih2 kerana kalian adalah insan2 yg bertuah yg Allah pilih untk terima ujian ni,pasti ada hikmah disebalik semua ni..

1 comment:

  1. salam ziarah...ana pun ada dengar mengenai kemalangan ni..moga sahabat2 ustazah sentiasa sabar dgn ujian Allah..moga cepat sembuh dan sentiasa dalam perlindungan Allah...i'Allah.. :-)

    ReplyDelete