6/22/10

petikan daripada qasidah bernilai Raja Penyair, Ahmad Syauqi



Bangkitlah ke hadapan dunia
dan bersegeralah ke Al-Azhar
selerakkan permata berharga ke telinga zaman

wahai penuntut-penuntut Al-Azhar!
ilmu itu di dalam hati yang taqwa
dan hati yang berhikmah akan naik tinggi di dunia,
ia berkilau gemilang
dari limpahan cahaya-cahaya Al-Azhar

wahai kubu kemuliaan yang menerangi!
wahai benteng Al-Qur'an yang suci!

yang menghadap dunia penuh cemerlang
sentiasalah menjadi kredit kepada Al-Azhar

wahai penuntut terbaik dunia!
marilah bersama kami berusaha sedaya upaya
ke arah pengajian yang lebih tinggi
diwaktu dunia tidur,kita menyengkang mata
mengulangkaji ilmu bermanfaat

kita pelajari sastera yang hebat!
dengan minda cergas penuh kebijaksanaan
berbangga dengan ilmu dan taqwa

Tuhanku Ar-Rahman memuliakan kamu
dengan cahaya ayat-ayat Al-Qur'an itu
supaya tertanam wangian IMAN
pada bunga(generasi lama) dan tunas kehijauan,(generasi baru)

Allah Tuhanku menjaga kita semua
melindungi kita di dalam dunia sehingga ke akhir hayat yang sebenar
maka berserulah!Allahu Akbar!!

"untungnya orang mukmin semakin banyak masalah,semakin mustajab DOAnya,
bukan perjuangan tanpa kesulitan,tapi dalam kesulitan ada ketenangan,memugar kekuatan, yakinlah kita tidak sendirian,innallaha ma'ana"

6/20/10

Janji Allah dalam majlis-majlis ilmu...jom imarah kan


Assalamualaikum...kaifa hal??...inshaAllah sihat sokmo,terutama wat keluarga ana kat malaysia....inshaAllah, tujuan ana menulis untuk berkongsi dengan ntum semua perihal besarnya ganjaran orang yang menhiasi majlis ilmu...tak kisahnya di bumi anbiya ke, malaysia ke, masing-masing ada majlis ilmu...

Rasulullah s.a.w pernah bersabda;
"sesungguhnya Allah s.w.t memiliki para malaikat yang utama di mana mereka mengikuti majlis-majlis zikir. Apabila mereka berjumpa sebuah majlis yang didalamnya terdapat zikir pada Allah, maka mereka duduk bersama-sama orang yang hadir di majlis tersebut, dan sebahagian dari mereka mengelilingi sebahagian yang lainnya dengan sayap-sayap mereka.Sehingga posisi mereka memenuhi tempat yang ada, iaitu antara mereka dan langit-langit dunia. Apabila majlis tersebut telah selesai, maka mereka naik dan pergi ke atas langit. Kemudian Allah bertanya kepada mereka (Dia lebih mengetahui terhadap mereka): Dari manakah kamu?Mereka menjawab, kami datang dari sisi hamba-hambaMu di bumi, dimana mereka gemar bertasbih, bertakbir, bertahlil dan bertahmid untuk-Mu serta bermohon kepada-Mu. Apa yang mereka minta daripada-Ku? Para malaikat menjawab, mereka meminta syurga-Mu. Allah bertanya: Apakah mereka telah melihat syurga-Ku? Malaikat menjawab: Belum. Allah bertanya kembali: Bagaimana seandainya mereka melihat syurga-Ku?Para Malaikat menjawab: Mereka akan meminta perlindungan-Mu. Allah bertanya: Mereka meminta perlindungan-Ku dari apa? Para malaikat menjawab, dari api neraka-Mu ya Tuhan. Allah bertanya: Apakah mereka telah melihat neraka-Ku? Malaikat menjawab, Belum. Allah bertanya: Bagaimana seandainya mereka melihat neraka-Ku? Para malaikat menjawab: Mereka akan meminta keampunan dari-Mu. Maka Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : Aku (Allah) telah mengampuni mereka dan Aku berikan apa yang mereka minta, serta Aku lindungi mereka dari sesuatu yang mereka minta perlindungan daripada-Ku. Para malaikat berkata: Wahai Tuhan, antara mereka terdapat si fulan, seorang hamba yang bersalah, kerana dia pernah bertandang ke majlis mereka(orang-orang yang soleh), kemudian dia duduk bersama mereka. Allah berfirman yang bermaksud: Untuknya Aku telah berikan keampunan dan mereka (orang-orang yang berzikir) adalah kaum yang tidak mencelakakan orang yang ikut duduk bersama mereka." (Imam Muslim dalam kitab shahih Muslim, hadith yang ke-2689,juz 4, hal.2069).


*petikan yang ana ambil dari buku "kekasih Allah yang sejati"...
*i'Allah bersama2lah kita meramaikan majlis ilmu, kerana didalamnya terdapat ganjaran yang besar... Wallahualam. :-)