
Selama hidupku belasan tahun,puluhan tahun bergelumang dengan al-Qur’an,lebih-lebih lagi apabila aku merantau ke luar negara,alunan ayat-ayat suci al-Qur’an boleh di dengari di merata-rata tempat hatta di kedai makan sekalipun. Malahan ada pemandu kenderaan yang selau mengalunkan bacaan al-Qur’an walaupun ketika memandu.
Di Palestin, rakyatnya sanggup bermati-matian demi mempertahankan kitab suci serta agama yang murni ini, dimana ianya seringkali dihina dan dicaci. Mereka sanggup membuat apa sahaja walaupun terpaksa mengorbankan diri mereka sendiri. Kagum dengan suasana yang agak pelik di sini berbanding di Malaysia.Teguhnya mereka dalam menjaga kalam suci ini.
Semua yang di sebut-sebut tadi bukan aku tapi orang lain..
Aku??setakat mana kesungguhan aku dalam menjaga al-Qur’an? Apa yang aku capai? Apa yang telah aku sumbangkan untuk ummat ini? Apakah aku telah berjaya menterjemahkan al-Qur’an ke dalam diri dan seterusnya menyalurkannya kepada orang lain?
Firman Allah yang bermaksud: “kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih diantara hamba-hamba Kami,lalu,diantara mereka ada yang menzalimi diri sendiri,ada yang pertengahan dan ada pula yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang besar” {surah fatir:32}
Ya Allah..
FirmanMu itu telah mengetuk fikiranku, menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari kelalaianku,antara tiga golongan yang Kau wariskan al-Qur’an itu,aku termasuk dalam golongan yang mana?
Apabila di imbas kembali rencana sirah ulama-ulama terdahulu..
Imam An-Nawawi ketika usia kecilnya sudah mampu berkorban meninggalkan zaman permainan beliau semata-mata untuk menghafaz al-Qur’an.
Imam Abu Hanifah sanggup dipenjara kerana mempertahankan al-Qur’an kerana ianya merupakan kalamullah yang Agung.
Jauh beza dengan diriku ini..
Al-Qur’an hanya diperlukan apabila:
>EXAM dah semakin hampir,sangup bersengkang mata. Tunggang terbalik tajwid pun tak mengapa,yang penting..bereskan hafazan dan silibus al-Qur’an.
>Ada majlis tadarus,khatam Qur’an dan kematian.
>Tibanya bulan Ramadhan,sekadar hendak menambah amalan pahala di bulan yang mulia sedangkan setiap bulan adalah mulia jika dipenuhi dengan amalan-amalan yang mulia.
akhir kalam,tanyalah diri..ikhlaskah kita selama ini??betulkan kita mengaku "aku cinta kepada Allah dan RasulNya" tapi kita tidak melaksanakan sepertimana orang yang mencintai Allah dan Rasulnya??tepuk dada tanya iman..wallahu a’lam..sekadar perkongsian bersama dari diriku yang sering lupa..
No comments:
Post a Comment