3/30/11

Adab Menguap




1. Menahan menguap sekadar termampu.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi Muhammad s.a.w, bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah Taa'la suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah'. Adapun yang menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang daripada kamu menguap hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila salah seorang dari kamu menguap syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap.
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri r.a, katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Apabila seseorang daripada kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui rongga mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunat meletakkan tangan di mulut ketika menguap samada dalam solat atau di luarnya.

3.Makruh mengangkat suara ketika menguap.
Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Termizi daripada Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah Taa'la suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang daripada kamu menguap jangan sampai berbunyi haa..ha.., kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawaknmu. Ibnu As- Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Azzubair r.a, katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesungguhnya Allah membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

3/28/11

Dialog Iblis Laknatullah


"Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang menghimpunkan mereka semuanya; sesungguhnya Ia Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui." (Al-Hijr 15:25)


"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya." (Al-Hijr 15:26)


"Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma." (Al-Hijr 15:27)


"Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya." (Al-Hijr 15:28)


"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya." (Al-Hijr 15:29)


"(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali," - (Al-Hijr 15:30)


*sujud disini bukan menyembah tetapi sebagai penghormatan.



"Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud." (Al-Hijr 15:31)


Allah berfirman: "Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?". (Al-Hijr 15:32)


Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya". (Al-Hijr 15:33)


Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir." (Al-Hijr 15:34)


"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat". (Al-Hijr 15:35)


Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)". (Al-Hijr 15:36)


Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. (Al-Hijr 15:37)


"Hingga ke hari - masa yang termaklum". (Al-Hijr 15:38)


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, (Al-Hijr 15:39)


"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". (Al-Hijr 15:40)


Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. (Al-Hijr 15:41)


"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). (Al-Hijr 15:42)


"Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu). (Al-Hijr 15:43)


"Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)". (Al-Hijr 15:44)


Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Al-Hijr 15:45)


(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman". (Al-Hijr 15:46)


Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. (Al-Hijr 15:47)


Mereka tidak akan susah payah dalam Syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya. (Al-Hijr 15:48)


Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). (Al-Hijr 15:49)


Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya). (Al-Hijr 15:50)

**subhanallah..saja ana kongsi terjemahan surah alhijr ni sebagai peringatan bagi kita semua,dan mungkin juga sebagai muhasabah diri,siapa kita sebenarnya,dengan apa kita dijadikan,siapa musuh kita,dan apa hadaf kita seterusnya..syurga atau neraka??

hala tuju mana yang kita pilih bergantung kepada amalan kita sekarang ni dan akan dtg,bukan bergantung kpd tutur bicara kita semata-mata..hargai saki baki hayat yang ada,krn mungkin esok kita akan mati atau mungkin sejam dua dari skrg,atau mungkin lebih cepat dari tu..

betapa lemahnya kita sehingga kita xmampu nak jangka bila kita akan mati.. wallahu a'lam..

mg perkongsian ni,memberi tasyji' kpd kita utk maju kehadapan,menjadi hamba yang di cintai Rabbi..amin..

3/25/11

Tentang CINTA


assalamualaikum,

rasanya 2 3 hari ni,

bercakap-cakap semua berkisar tentang cinta.

kemudian,

diberitahu tentang seorang senior yang bakal berumahtangga,

sahabat2 yang bertunang,

yang bakal bertunang,

dan yang bakal kahwin.

alhamdulillah.

semuanya tentang cinta.

beberapa hari yang lepas,

ada seorang sahabat,

mintak tlong carikan seseorang.

untuk dia atau untuk sahabat dia,

wallahualam.

bunyinya serius.

tapi aku ni tak reti,

susah jugak.

entahla.

semua tentang cinta.

kemudian,

ada beberapa orang pulak bertanya,

"dah ada calon ke?"

"err dah, eh eh belum"

"kira dah berpunya la"

"mak ayah yang punya lagi"

"tapi dah ada yang berkenan di hati la?"

"jika belum siap melangkah lebih jauh, cukup cintai dia dalam diam."

cukup cintai dia dalam diam,

bukan kerana membenci hadirnya,

tapi menjaga kesuciannya,

bukan kerana menghindari dunia,

tapi meraih syurgaNya,

bukan kerana lemah untuk menghadapinya,

tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan.

cukup cintai dia dari kejauhan,

kerana bimbang hadirku tak mampu menjauhkannya dari cubaan,

kerana bimbang hadirku hanya menggoyahkan iman dan ketenangan,

kerana bimbang hadirku mungkin saja akan membawa kelenaan kepadanya.

cukup cintai dia dengan kesederhanaan,

memupuknya hanya akan menambah penderitaan,

menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan,

mengharapkan balasan hanya akan membahagiakan para syaitan.

maka cintailah dia dengan keihklasan,

kerana tentu kisah fatimah dan ali bin abi talibi diingini oleh hati,

tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta salman al-farisi..?

"…boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216) "

*istighfar*

**pkongsian dari seorang sahabat...*