5/19/11

BINGKISAN BUAT MUSLIMAH


Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ¨¯`♥ BINGKISAN BUAT MUSLIMAH♥¨¯`Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
sebagai manusia.."aku sayang padamu".. ^^
◕✿.¸¸.•´✿◕♥•♥•^_^•♥•♥◕✿.¸¸
.•´✿◕

Wanita solehah itu auratnya dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana kelak ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisaukan jodohmu,
Kerana mukminin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha memantapkan diri demi keluarga, bangsa dan agama.
♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥
Rasulullah SAW bersabda,“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥

No comments:

Post a Comment