
Andai lelaki tahu.. apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu.. apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu.. apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mahu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh, tapi percayalah semakin saying bertambah mereka pada seseorang semakin banyak pula pertelingkahan berlaku.
Andai lelaki tahu.. apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu.. apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,tetapi dia mahu menjadikan anda jauh lebih baik bukan untuk dirinya tapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu.. apabila perempuan cemburu dan tidk percayakan anda, bukan bermakna dia tidak saying.. tapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu.. apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu.. apabila perempuan jarang mengatakan “I love u”, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata2 tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu.. apabila perempuan kata dia rindu sama kanu, dia benar2 maksudkannya. Apabila berjauhan, banyanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu.. apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata2nya kerana dia hanya mahu menguji kamu, dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu. Percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu.. apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan karenahnya, Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu.. apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar sahaja. Apabila dia kembali tenang, dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar2 menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaannya. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitive dangan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu.. sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan, perempuan itu di ciptakan oleh Allah indah sekali. Disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bias menggoncang dunia dan mungkin bisa juga membuat lelaki lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerja, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
salam wbt...
ReplyDeletesatu perkongsian yang menarik...=)
:-)
ReplyDelete