7/11/11

SIAPA ORANG YANG ALLAH CINTAI ?


SIAPA ORANG YANG ALLAH CINTAI ?

Orang yang bertaqwa. Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa.” ( Surah al-Tawbah 9: 4 )

Orang yang cepat-cepat bertaubat. Allah berfirman yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri diri.” ( Surah al-Baqarah 2: 222 )

Orang yang adil. Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang adil.” ( Surah al- Mumtahanah 60: 8 )

Orang yang bertawakal. Allah berfirman yang bermaksud:
“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya.” ( Surah Ali ‘Imran 3: 159 )

Orang yang berbuat kebaikan. Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” ( Surah al-Baqarah 2: 195 )

Orang yang berjuang pada jalan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” ( Surah al-Saff 61: 4 )

p/s: Adakah kita termasuk dalam golongan orang di atas ? tepuk dada Tanya imam kita masing-masing. Marilah kita berusaha mencari cinta-Nya. Sesungguhnya hanya Dia lah yang paling layak di cintai.

1 comment: