
Hem,... (=_=)
... "Aduhai, (=,=) Perihal CINTA lagi yang kutemu di laman2 FB sahabat2ku.. Mungkin, agaknya (",") dah tak tahu nak bicara tentang apa lagi,.. Sebab tulah wujud dengan banyaknya perihal CINTA, NIKAH dan semua2nya tentang CINTA yang kedapatannya terlalu ramai yang suka untuk membicarakannya" ...

bercerita tentang cinta. mengenali erti cinta. menghayati rasa cinta. alhamdulillah, bersyukurlah kamu wahai insan jika perasaan itu ada dalam dirimu, sebati dengan fitrahmu, dan berbahagialah hatimu insan !
bercerita kini tentang KELAS CINTA :) . pinjam masa kalian, untuk kalian, kita atau saya sendiri menyemak kembali. cinta kita di kelas yang ke berapa ?
KELAS PERTAMA :
- insan yang menjaga hatinya. menjaga pandangannya dari ajnabi. memelihara akhlaknya. apa yang penting dan istimewanya mereka yang mempunyai cinta kelas pertama ialah meletakkan hati dan cinta mereka hanya pada Allah.
- cinta kepada pemberi rasa cinta iaitu Allah azza wa jalla. cinta kepada kekasih Sang pemberi cinta iaitu Muhammad saw. berpesanlah pada hatimu insan "kau tidak akan mencintai Rasul, ibubapa, sahabat, jiran dan sekelilingmu selagi kau tidak mencintai ALLAH !".
- insan cinta kelas pertama tidak akan bebas membiarkan ajnabi menjadi pendampingnya sebelum adanya ijab dan kabul , sebelum yang haram bertukar menjadi halal. kerana dia tahu bahawa cinta Allah itu mampu menjaganya.
- untuk terakhirnya bagi insan yang mempunyai cinta kelas pertama, akan menjaga hubungannya dengan Allah, hubungannya sesama manusia, dan makhluk Allah yang lainnya. sucinya cinta kelas pertama apabila ia mampu mengawal diri dan bermujahadah di saat dunia semakin dan sangat mendesak !
KELAS KEDUA :
- tahukah kamu bahawa beza antara manusia dengan haiwan/binatang cumalah akal ? .ini bermakna, haiwan mempunyai perasaan cinta/kasih sayang itu sendiri.
- bagaimana haiwan bercinta ? disebabkan tidak berakallah haiwan dengan bebasnya akan bergaul sesama mereka tanpa batasan. tidak perlukan ijab dan kabul antara betina dan jantan mereka boleh bergesel sesama mereka sambil diperhatikan oleh makhluk sekeliling tanpa merasa apa-apa. malah haiwan juga tiada batasan aurat!
- haiwan juga makhluk Allah. haiwan juga berzikir kepada Allah dengan Asma Nya. tetapi, sudah fitrah dan untuk membezakan manusia dengan haiwan adalah AKAL !
p/s :: sekarang, kita boleh cek balik. cinta kita tergolong dalam kelas ke berapa ? mudah-mudahan yang pertama. Tiada manusia yang mahu di samakan dengan haiwan, so ~ taatlah insan pada perintah Pencipta mu kerana Dia yang memberi rasa itu padamu.
"HIDAYAH ITU DICARI BUKAN DINANTI"
No comments:
Post a Comment