“Wahai orang2 yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui hakikat yang sebenar”.
Sidang saksi bermisi,
Menurut kamus dewan edisi ke-5, muslimat diterjemahkan sebagai wanita yang menganut agama Islam, manakala intelek pula ialah golongan bijak pandai yang dikategorikan minda kelas pertama, peneraju pula ditafsirkan sebagai pemangkin, manakala kepimpinan pula merupakan satu bentuk pentadbiran, masa hadapan ialah waktu yang bakal menjelma.
Muslimat intelek peneraju kepimpinan masa hadapan pula adalah golongan wanita yang beragama Islam yang berintegriti pemangkin kepimpinan yang hebat pada masa akan datang.
Hadirin sekalian,
Anak cicak mati tergantung,
Pidato saya bukan sekadar tin kosong.
Hujah saya yang pertama bertunjangkan “muslimat perupakan contoh masyarakat”
Dewasa ini kebanyakkan remaja tercari-cari jati diri mereka dan menjadikan golongan yang terkenal sebagai contoh untuk memupuk jati diri. Namun saying sekali, andai contoh yang diambil adalah contoh yang tidak baik. Justeru itu, muslimat haruslah menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat dari segi pakaian, percakapan, tingkah laku serta cara hidup.
Ini dibuktikan pada zaman Rasulullah s.a.w, ramai golongan kafir quraisy yang memeluk Islam disebabkan contoh yang ditunjukkan oleh Baginda, dikukuhkan lagi dengan firman Allah dalam surah Al-Anbiya’, ayat 107 yang bermaksud “ dan tidak kami mengutuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.
Hadirin hadirat,
Dari contoh yang baik akan terlahirlah ikutan yang mantap,maka terjadilah kepimpinan yang hebat.
Hadirin, perhatian hadirin,
Pidato ini tiada serlingan iklan.
Hujah saya yang ke-2 berpaksikan “Muslimat Pembina Generasi Pelapis Negara”. Menurut tokoh ilmuan agama terkemuka Muhammad Nasih ‘Ulwan berpendapat “ibu adalah sekolah yang jika engkau telah mempersiapkannya bererti engkau telah mempersiapkan suatu bangsa yang mempunyai akar-akar yang baik”. Kata-katanya dibuktikan dengan sejarah ibu seorang imam tersohor iaitu imam assyafie. Beliau dibesarkan oleh ibunya kerana kematian ayah sebelum kelahirannya, namun ketika berusia 7tahun beliau Berjaya menghafaz Al-Qur’an hasil kerja keras dan motivasi dari ibunya.
Siding penonton yang penuh santun,
Hujah yang ke-3 diatas frasa kata “Hawa Kekuatan Sang Adam”. Lihat sahaja betapa gahnya kepimpinan seorang lelaki pasti ada wanita disisinya. Contohnya seperti Nabi Muhammad S.A.W disisinya ada Saidatina Khadijah dan Nabi Ayyub a.s disisinya Siti Rahmah. Namun disebabkan wanita juga jatuhnya sebuah empayar seperti empayar yang dibina oleh Anthony dan Cleopatra. Lihatlah betapa besarnya peranan muslimat yang intelek dalam menentukan kejayaan sebuah kepimpinan, fikir2 dan renung2kanlah.
Tuntasnya,ayuh kita menjadi muslimat intelek agar dapat melahirkan kepimpinan yang hebat pada masa akan datang. insyaAllah..
Saya akhiri pidato saya dengan serangkap pantun,
Pagi-pagi bersihkan hati,
Buang segala hasad dan dengki,
Ayuh bersama siapkan diri,
Jadi Muslimat Berintergriti.
Sekian, Assalamu a’laikum w.b.t.
>> mujaheeda:Kredit to Adila zunnitaqoin (campro’ 12)
Student Al-Azhar Syariff,
Maahad Qiraat Fatayat Mansoura, Egypt.<<