Saya masih ingat sehingga kini, semasa saya mengandungkan Muhammad Thoriq Ziyad , saya pernah meminta nasihat dari seorang ukhti (yg sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak pada masa itu), bagaimana untuk saya mendapat dan mendidik anak menjadi anak yang soleh. Kerana saya amat takut jika saya belum bersedia sepenuhnya untuk mendidik anak yang bakal lahir.
Ukhti tersebut berkata, untuk seorang anak menjadi soleh, kita sbgi ibubapa mesti mewujudkan persekitaran yang soleh (biah solehah) buat anak2. Anak membesar sambil belajar daripada persekitaran, lebih banyak daripada belajar dari apa yang kita perkatakan dan ajarkan. Isi rumah kita, akhlak kita, kawan2 kita, jiran kita, tetamu kita dan suasana sekeliling kita, mempengaruhi siapa anak-anak kita kelak.
Dan antara persekitaran yang soleh yang sedia ada dan banyak di bumi Mesir ini adalah majlis-majlis ilmu. Bawalah anak ke majlis ilmu agar anak terbiasa dengan majlis ilmu, suasana di dalamnya, orang yang menghadirinya, penyampainya. InsyaAllah dapat memupuk rasa cinta untuk menghadiri majlis ilmu hingga dewasa.
Untuk anak-anak mencintai majlis ilmu, kita sebagai ibubapalah yang perlu terlebih dahulu mendidik diri kita untuk rasa suka dan mencintai majlis ilmu serta berdamping dengan orang2 soleh. Bermulalah sejak kita masih bujang, mengandungkan anak dan sesudah mempunyai anak.
Dan sekarang saya cuba amalkan seperti apa yang dinasihatkan. Dan saya akan cuba sehingga bila-bila. Semoga anak-anak tumbuh baik menjadi anak yang soleh solehah.
Buat sahabat, marilah kita didik diri untuk hadir ke majlis ilmu. Di Mansurah ini, terlalu banyak peluang yang ada untuk kita menambah ilmu. Contohnya, Madrasah Imam Nawawi anjuran PCM, mengadakan kelas pengajian 3 kali seminggu, yang masanya disesuaikan agar kita boleh menghadirinya tanpa bertindih dgn kelas pengajian di Universiti dan didatangkan tenaga pengajar dari jauh kepada kita semata-mata untuk berkongsi sampaikan ilmu dari para Masyayikh Al-Azhar kepada kita.
Usah kita tunggu pulang ke Malaysia, waktu sudah bekerja, yang tidak pasti lagi jika kita punya masa khusus untuk menuntut ilmu. Dan tidak pasti lagi jika waktu-waktu yg kita khususkan untuk ke majlis ilmu tersebut, tidak bertindih dengan tuntutan kerjaya kita mahupun tuntutan keluarga kita kelak. Rebutlah bersungguh-sungguh peluang keemasan yang ada sekarang.
Saya selalu berpesan kepada diri, usahlah hanya bercita-cita untuk punyai anak soleh solehah jika diri sendiri belum berusaha sedaya upaya untuk menjadi ibubapa yang soleh solehah.
Semoga Allah memberkati usaha ini hingga ke akhirnya. InsyaAllah..
-ummuziyad-
tq kiki.. pkongsianmu amat bermakna buat diri ni, insyaAllah.. :)