12/24/12

Doa Pengantin

"Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
 satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi, seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan, jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan berkekalan buat selama-lamanya hingga ke Syurga dan
kurniakanlah kami (penyejuk mata) zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.
 "Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
satukanlah hati kami dengan iman, taqwa, dan keyakinan kepadaMu..seperti Engkau satukan Nabi Adam dan Hawa, dan seperti Engkau satukan Nabi Yusuf dan Zulaikha, dan seperti Engkau satukan Nabi Muhammad S.A.W. dan Saidatina Khadijah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Andai Kau berkenan limpahkanlah kepada kami Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu, Rasulullah dan Saidatina Khadijah
yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, Yang Maha Pengasih
Andai semua itu tak layak bagi kami, maka Cukuplah permohonan kami dengan redha-Mu, Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling Mencintai di kala dekat dan jauh, Saling menjaga kehormatan dikala jauh, Saling menghibur dikala duka, Saling mengingat di kala bahagia, Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan, Saling menyempurnakan dalam pengabdian.

Ya Allah, Yang Maha Penyayang
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan Perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti pengikutan dan cinta kami kepada sunnah Rasul-Mu, Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah,
Lagi Maha Penyayang..

amin amin amin ya rabbal alamin.."
moga cinta ini sampai ke syurga..:)

5/27/12

nasihat dari seorang ukhti


Saya masih ingat sehingga kini, semasa saya mengandungkan Muhammad Thoriq Ziyad , saya pernah meminta nasihat dari seorang ukhti (yg sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak pada masa itu), bagaimana untuk saya mendapat dan mendidik anak menjadi anak yang soleh. Kerana saya amat takut jika saya belum bersedia sepenuhnya untuk mendidik anak yang bakal lahir.

Ukhti tersebut berkata, untuk seorang anak menjadi soleh, kita sbgi ibubapa mesti mewujudkan persekitaran yang soleh (biah solehah) buat anak2. Anak membesar sambil belajar daripada persekitaran, lebih banyak daripada belajar dari apa yang kita perkatakan dan ajarkan. Isi rumah kita, akhlak kita, kawan2 kita, jiran kita, tetamu kita dan suasana sekeliling kita, mempengaruhi siapa anak-anak kita kelak.

Dan antara persekitaran yang soleh yang sedia ada dan banyak di bumi Mesir ini adalah majlis-majlis ilmu. Bawalah anak ke majlis ilmu agar anak terbiasa dengan majlis ilmu, suasana di dalamnya, orang yang menghadirinya, penyampainya. InsyaAllah dapat memupuk rasa cinta untuk menghadiri majlis ilmu hingga dewasa.

Untuk anak-anak mencintai majlis ilmu, kita sebagai ibubapalah yang perlu terlebih dahulu mendidik diri kita untuk rasa suka dan mencintai majlis ilmu serta berdamping dengan orang2 soleh. Bermulalah sejak kita masih bujang, mengandungkan anak dan sesudah mempunyai anak.

Dan sekarang saya cuba amalkan seperti apa yang dinasihatkan. Dan saya akan cuba sehingga bila-bila. Semoga anak-anak tumbuh baik menjadi anak yang soleh solehah.

Buat sahabat, marilah kita didik diri untuk hadir ke majlis ilmu. Di Mansurah ini, terlalu banyak peluang yang ada untuk kita menambah ilmu. Contohnya, Madrasah Imam Nawawi anjuran PCM, mengadakan kelas pengajian 3 kali seminggu, yang masanya disesuaikan agar kita boleh menghadirinya tanpa bertindih dgn kelas pengajian di Universiti dan didatangkan tenaga pengajar dari jauh kepada kita semata-mata untuk berkongsi sampaikan ilmu dari para Masyayikh Al-Azhar kepada kita.

Usah kita tunggu pulang ke Malaysia, waktu sudah bekerja, yang tidak pasti lagi jika kita punya masa khusus untuk menuntut ilmu. Dan tidak pasti lagi jika waktu-waktu yg kita khususkan untuk ke majlis ilmu tersebut, tidak bertindih dengan tuntutan kerjaya kita mahupun tuntutan keluarga kita kelak. Rebutlah bersungguh-sungguh peluang keemasan yang ada sekarang.

Saya selalu berpesan kepada diri, usahlah hanya bercita-cita untuk punyai anak soleh solehah jika diri sendiri belum berusaha sedaya upaya untuk menjadi ibubapa yang soleh solehah.

Semoga Allah memberkati usaha ini hingga ke akhirnya. InsyaAllah..

-ummuziyad-


tq kiki.. pkongsianmu amat bermakna buat diri ni, insyaAllah.. :)

5/25/12

Penghargaan Saidina Umar Al-Khattab RA terhadap isterinya.


Satu hari, seorang lelaki pergi ke rumah Saidina Umar Al-Khattab. Dia hendak mengadu yang isterinya pada hari itu naik angin kepadanya. Dia merasakan bahawa, isterinya tidak patut bersikap demikian pada suami.
Sampai sahaja di pintu rumah Saidina Umar, dia mendengar isteri Saidina Umar memarahi Amirul Mu’minin itu. Lelaki itu terkejut. Lantas, dia pun berpatah balik, untuk pulang. Saidina Umar perasan akan kehadiran lelaki itu, terus memanggilnya semula.
“Wahai lelaki, apakah hajat kamu?”
“Aku ingin mengadu akan sikap isteriku yang memarahi aku, tetapi tidak sangka kau juga mempunyai masalah yang sama. Maka aku merasakan bahawa aku tidak patut mengadu kepadamu”
Saidina Umar tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. Dia pun berkata:

“Wahai lelaki, isteriku telah menjaga makan minumku, mendidik anak-anakku, dan mengurus rumahku sepanjang hidupnya. Maka apakah layak untuk aku terasa apabila dia sekali sekala naik angin seperti hari ini?”
Lelaki itu senyap.
Lihat. Saidina Umar Al-Khattab yang terkenal garang dan tegas, tidak sedikit pun marah dengan isterinya yang melenting. Malah berkata sesuatu yang amat lembut untuk perempuan suri rumah.



 Bidadari Dunia, Berbanggalah.
Wahai suri rumah yang ada hari ini. Maka berbanggalah.
Saya menghargai anda. Mengkagumi anda. Malah Allah memuliakan anda. Maka didiklah anak-anak anda dengan didikan syurga, agar mereka menjadi manusia-manusia yang mencintai akhirat. Maka jagalah keluarga anda sejaga-jaganya, agar kalian nanti dapat berkumpul di syurga sana.

> credit to, syakilah(kiki), ustaz kadir dan si comel ziyad..^_<

Peristiwa di Bulan Syawal : Aku Rela Bajuku Bertampal-tampal daripada Menderhakaimu

Ia seperti menjadi kewajipan kepada ibu bapa untuk membelinya walaupun dalam keadaan kekurangan yang teramat. Sehingga ada kalanya membuatkan anak-anak tersebut membenci kedua ibu bapanya jika tidak membelikan pakaian baru buat mereka.
Marilah kita hayati kisah Saidina Umar al-Khattab dan anaknya.
Suatu hari anak Khalifah Umar al-Khattab pulang dari sekolah dengan menangis teresak-esak. Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-temannya di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan (baju yang bertampal-tampal)
Di antara mereka mengatakan : "Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini!" Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya, amatlah sedih hatinya.
Pola hidup keluarga Khalifah Umar memang sederhana, teramat sederhana. Walaupun berjawatan sebagai khalifah, tampalannya bajunya ada empat belas. Salah satunya ditampal dengan kulit kayu.
Tibalah suatu hari apabila Umar al-Khattab berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal, kerana ketiadaan wang pergilah Umar ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut . Kerana tidak bertemu Saidina Umar dengan bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya sebagai berikut :
"Kepada bendahara Baitulmal yang terhormat saya memohon pinjaman sebesar empat dirham. Insya-Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan segera melunasinya."
Si bendahara tidak langsung cemas setelah menerima surat dari Khalifah. Dia juga tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal lalu mengirimnya kepada Khalifah.
Dia mengamati surat itu sangat lama. Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan sejenis penguasa yang memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan peribadinya.
Saidina Umar bin Khattab R.A dikenali sebagai pemimpin yang adil dan tegas. Bukan saja dia adil terhadap rakyat sekitarnya, beliau juga bersikap adil terhadap anak-anaknya dan dirinya.
Apabila dirinya terbukti salah dalam menjalankan amanat Allah, dia rela dihukum dan didenda walaupun dia mampu menolak penghukuman tersebut kerana jawatannya.
Apabila dia dihadapkan kepada dua kepentingan, kepentingan si anak dan kepentingan Islam, maka dia akan mendahulukan kepentingan agamanya.
Sifat Umar al-Khattab seperti ini sudah umum diketahui oleh rakyatnya, tidak terkecuali si bendahara Baitulmal ini.
Si bendahara menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan.
Kepada Amir al-Mukminin Umar bin Khattab,
"Telah saya baca surat anda tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani bahawa diri Tuan pasti tetap hidup sampai akhir bulan sehingga aku dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan? seandainya ajal menjemput Tuan sebelum bulan ini berakhir, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkanya di hadapan Allah? Wasalam."
Selesai membaca surat balasan dari pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu melunasi hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.
Setibanya Hari Raya, Umar al-Khattab melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis, "Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?" Tanya anaknya.
Umar menjawab: "Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu."
Kemudian anaknya berkata: "Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku".
Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.
Kesimpulannya, inilah contoh didikan yang terbaik dari anak Khalifah Saidina Umar al-Khattab, yang tidak mengharap sesuatu pun dari kedua ibu bapanya kecuali keredhaanya.
Adakah wujud anak-anak sebegini di zaman ini? Mungkin 1/1000000 agaknya. Pengajaran lain yang dapat diambil, adakah pemimpin seperti ini wujud pada zaman sekarang? Fikir-fikirkanlah...
-Artikel Iluvislam.com

Biodata Penulis

Muhammad Arif Haris b. Mohd Suhami merupakan lepasan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Pulai Chondong, Machang. Beliau kini menuntut di Maahad Qiraat Shoubra Al-azhar, Mesir dalam jurusan al-Quran wal Qiraat. Blog beliau boleh dilawati di http://semanisinab.blogspot.com.

4/30/12

~PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN (1938-2004) KPD PEMUDA DAN PEMUDI




Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

2/12/12

Pidato: Muslimat intelek peneraju kepimpinan masa hadapan .


“Wahai orang2 yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui hakikat yang sebenar”.

Sidang saksi bermisi,

Menurut kamus dewan edisi ke-5, muslimat diterjemahkan sebagai wanita yang menganut agama Islam, manakala intelek pula ialah golongan bijak pandai yang dikategorikan minda kelas pertama, peneraju pula ditafsirkan sebagai pemangkin, manakala kepimpinan pula merupakan satu bentuk pentadbiran, masa hadapan ialah waktu yang bakal menjelma.

Muslimat intelek peneraju kepimpinan masa hadapan pula adalah golongan wanita yang beragama Islam yang berintegriti pemangkin kepimpinan yang hebat pada masa akan datang.

Hadirin sekalian,

Anak cicak mati tergantung,

Pidato saya bukan sekadar tin kosong.

Hujah saya yang pertama bertunjangkan “muslimat perupakan contoh masyarakat”

Dewasa ini kebanyakkan remaja tercari-cari jati diri mereka dan menjadikan golongan yang terkenal sebagai contoh untuk memupuk jati diri. Namun saying sekali, andai contoh yang diambil adalah contoh yang tidak baik. Justeru itu, muslimat haruslah menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat dari segi pakaian, percakapan, tingkah laku serta cara hidup.

Ini dibuktikan pada zaman Rasulullah s.a.w, ramai golongan kafir quraisy yang memeluk Islam disebabkan contoh yang ditunjukkan oleh Baginda, dikukuhkan lagi dengan firman Allah dalam surah Al-Anbiya’, ayat 107 yang bermaksud “ dan tidak kami mengutuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.

Hadirin hadirat,

Dari contoh yang baik akan terlahirlah ikutan yang mantap,maka terjadilah kepimpinan yang hebat.

Hadirin, perhatian hadirin,

Pidato ini tiada serlingan iklan.

Hujah saya yang ke-2 berpaksikan “Muslimat Pembina Generasi Pelapis Negara”. Menurut tokoh ilmuan agama terkemuka Muhammad Nasih ‘Ulwan berpendapat “ibu adalah sekolah yang jika engkau telah mempersiapkannya bererti engkau telah mempersiapkan suatu bangsa yang mempunyai akar-akar yang baik”. Kata-katanya dibuktikan dengan sejarah ibu seorang imam tersohor iaitu imam assyafie. Beliau dibesarkan oleh ibunya kerana kematian ayah sebelum kelahirannya, namun ketika berusia 7tahun beliau Berjaya menghafaz Al-Qur’an hasil kerja keras dan motivasi dari ibunya.

Siding penonton yang penuh santun,

Hujah yang ke-3 diatas frasa kata “Hawa Kekuatan Sang Adam”. Lihat sahaja betapa gahnya kepimpinan seorang lelaki pasti ada wanita disisinya. Contohnya seperti Nabi Muhammad S.A.W disisinya ada Saidatina Khadijah dan Nabi Ayyub a.s disisinya Siti Rahmah. Namun disebabkan wanita juga jatuhnya sebuah empayar seperti empayar yang dibina oleh Anthony dan Cleopatra. Lihatlah betapa besarnya peranan muslimat yang intelek dalam menentukan kejayaan sebuah kepimpinan, fikir2 dan renung2kanlah.

Tuntasnya,ayuh kita menjadi muslimat intelek agar dapat melahirkan kepimpinan yang hebat pada masa akan datang. insyaAllah..

Saya akhiri pidato saya dengan serangkap pantun,

Pagi-pagi bersihkan hati,

Buang segala hasad dan dengki,

Ayuh bersama siapkan diri,

Jadi Muslimat Berintergriti.

Sekian, Assalamu a’laikum w.b.t.


>> mujaheeda:Kredit to Adila zunnitaqoin (campro’ 12)

Student Al-Azhar Syariff,

Maahad Qiraat Fatayat Mansoura, Egypt.<<

1/28/12

Disuruh Kahwin Kerana Sebiji epal..


Seorang lelaki yang soleh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat Sebuah epal jatuh keluar pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat epal yang merah ranum itu tergeletak di tanah membuatkan Tsabit terliur, apatah lagi di hari yang panas dan tengah kehausan. Maka tanpa berfikir panjang dipungut dan dimakannyalah buah epal yang lazat itu, akan tetapi baru setengahnya di makan dia teringat bahawa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya. Maka ia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu hendak menemui pemiliknya agar meninta dihalalkan buah yang telah dimakannya.

Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki. Maka langsung saja dia berkata, "Aku sudah makan setengah dari buah epal ini. Aku berharap anda menghalalkannya". Orang itu menjawab, "Aku bukan pemilik kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya". Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, "Dimana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan epal yang telah ku makan ini." Pengurus kebun itu memberitahukan, "Apabila engkau ingin pergi kesana maka engkau harus menempuh perjalan sehari semalam". Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu. Katanya kepada orang tua itu, "Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya.

Bukankah Rasulullah s.a.w. sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: "Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka" Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia langsung mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit langsung memberi salam dengan sopan, seraya berkata," Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah epal tuan yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan apa yang sudah ku makan itu?"

Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata tiba-tiba, "Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat." Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu kerana takut ia tidak dapat memenuhinya. Maka segera ia bertanya, "Apa syarat itu tuan?" Orang itu menjawab, "Engkau harus mengawini putriku !"Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia berkata, "Apakah kerana hanya aku makan setengah buah epalmu yang keluar dari kebunmu, aku harus mengawini putrimu?" Tetapi pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Ia malah menambahkan, katanya, "Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!"

Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia dijadikan sebagai isteri gara-gara setengah buah epal yang tidak dihalalkan kepadanya? Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi, "Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !" Namun Tsabit kemudian menjawab dengan mantap, "Aku akan menerima pinangan dan perkahwinanya. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan Allah Rabbul 'alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajipan-kewajipan dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu redha padaku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta'ala".

Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah perkahwinan selesai, Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk kamar pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. Maka iapun mengucapkan salam, "Assalamualaikum..." Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini rasmi jadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk hendak menghampiri wanita itu , dia mengulurkan tangan untuk menyambut tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi isterinya itu menyambut uluran tangannya. Tsabit sempat terhentak menyaksikan kenyataan ini. "Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian berarti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula", Kata Tsabit dalam hatinya.

Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya ? Setelah Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya, "Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa?" Wanita itu kemudian berkata, "Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah". Tsabit bertanya lagi, "Ayahmu juga mengatakan bahawa engkau tuli, mengapa?" Wanita itu menjawab, "Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat redha Allah. Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?" Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata, "aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta'ala sahaja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan kebencian Allah Ta'ala". Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat soleh dan wanita yang memelihara dirinya. Dengan bangga ia berkata tentang isterinya, "Ketika kulihat wajahnya... SubhanAllah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap".

Tsabit dan isterinya yang solehah dan cantik itu hidup bahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putra yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam Abu Hanifah An Nu'man bin Tsabit.

p/s:subhanallah! jika niat kita hanya mencari redha Allah Ta'ala.. insyaAllah.. Allah akan kurniakan nikmat yang sgt indah buat kita.. =)

1/23/12

KISAH RASULULLAH S.A.W DAN BUAH LIMAU


Biasanya limau dikaitkan dengan Tahun Baru Cina..apa kata kalau luangkan masa untuk membaca kisah limau dengan Rasulullah SAW..(",)
Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

p/s: Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.

Oleh: Imam Muda Nazrul
gambar + huraian = tersurat dan tersirat