"tiap-tiap bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa terlalu banyak yang aku tidak tahu..."

5/20/11

Tazkirah Muslimah


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah2 aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai wanita aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata2 untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebuitr pasir yang wujud di mana2. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, yang memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatkanku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaan ku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali2 bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya.

Itu lebih bermakna bagiku..

***

Ya Allah.. jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.. ameen..

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

(Imam Nawawi)

1 artikel yang maybe da femes. ilmu Allah tu luas.. khususnya buat akhowat dan amnya buat ikhwah,moga dapat kita fikir2 dan renung2 kan serta sama2 beramal.

No comments:

.:aku bukan memulakan tapi aku hanya menyampaikan:.

“Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,” (Al Quran 2:2)

Dari Umar Al Khattab ra bahawa Nabi Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat (martabat) sebahagian orang dan merendah sebahagian lainnya dengan sebab Al Quran.” (Riwayat Muslim)

Dari Usman bin ‘Affan ra telah berkata: Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat Bukhari)

Dari Abu Umamah ra dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat menjadi syafaat (penolong) bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Mas’ud ra bahawasanya Nabi Muhammad saw bersabda: “Yang paling layak mengimami kamu dalam solat adalah mereka yang paling fasih membaca AlQuran.” (Riwayat Muslim)

:: An-Nida' ::

يا حَامِلَ القُرْآنْ، قَدْ خَصَّكَ الرَّحْمَنْ، بِالْفَضْلِ والتِّيْجَانْ، والرُّوْحِ والرَّيْحَانْ
Wahai Penghafaz Quran, Allah telah menganugerahi engkau dengan kelebihan dan penghormatan, kebahagiaan dan syurga,

يا دَائِمَ التَّرْتِيلْ، لِلذِّكْرِ وَالتَّنْزِيلْ، بُشْرَاكَ يَوْمَ رَحِيلْ، سَتَفُوْزُ بِالغُفْراَنْ
Wahai orang yang selalu mengalunkan Quran, wahyu yang diturunkan, bergembiralah pada hari engkau mati, bahawa engkau akan mendapat pengampunan,

يا قَارِئَ الآياتْ، فِي الْجَمْعِ وَالْخَلَوَاتْ، تَزْهُوْ بِكَ السَّماَوَاتْ، وتَنْتَشِي اْلأَكْوَانْ
Wahai Pembaca Quran, samada depan umum atau bersendirian, penduduk langit menyebut-nyebut namamu dan seluruh alam semesta bersamamu.
Sahabatku para penghafal al-Quran

Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal al-quran. Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan. Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal al-quran yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal al-Quran tewas dan terlibat dalam maksiat yang sangat parah.

Al-Quran tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi al-quran tersebut…

Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal al-Qur’an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (Ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawa apa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal al-Qur’an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.

Lupa hafalan al-Qur’an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal al-quran.

Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya satu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. al-Quran adalah cahaya . Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.

Para Sahabat yang ku kasihi..

Mata kita selalu melihat al-Quran, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth :melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yg bertentangan dengan Kata-kata Allah(cth: Muzik syaitan) , mulut ini sentiasa membaca KalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita sentiasa memegang Mushaf al-Quran, tetapi dengannya juga kita selalu SMS atau Chating dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia…

Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun Solat Tahajjud . Qiamulail adalah warisan bagi mereka yang menghafal al-Quran.

Sehari kita tinggalkan al-Quran, Seminggu al-Quran meninggalkan kita, Sebulan kita tinggalkan al-Quran, Setahun al-Quran meninggalkan kita..

Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran , utamakan tanggungjawab kita dengan al-Quran terlebih dahulu, Kerana apabila kita mengutamakan al-Quran, Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.

Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan al-Quran (Murajaah/Mengulang) dalam seharian ?? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah.

Sudahkah kita berahklak dengan Akhlak al-Quran. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan al-Quran. Malulah kita dengan al-Quran terutama lagi dengan Pencipta kita , Allah.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan hina ini dan kadangkala susah menghafal quran, dan peringatan juga buat sahabat-sahabat yang menghafal al-quran.

Uhibbuka Fillah
Barakallahu fikum…

اللهم اجعلنا من أهل القرءان


الذين هم أهلك وخاصة

Munajat Huffaz

“Ya Allah..

Jadikanlah kami Hamlatul Qur’an yang sejati dan hakiki

Sebagai penyejuk mata,penawar hati setiap insane di muka bumi

Agar kehadiranku didunia ini bermakna

Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri

Sesungguhnya kehidupan didunia ini sungguh indah tidak terperi

Dengan alunan ayat2 suci yang sentiasa bermain dibibir,telinga dan hati..

Lantas itu..

Ku pinta padaMu ya Ilahi

Agar di saat2 akhir hayatku

Alunan kalamMu yang mengakhiri pemergianku..”

“ya Allah..

Kami tahu bahawa Al-Qur’an itu adalah milikMu

Kami jua tahu ianya diturunkan sebagai pedoman hidup kami..

Dan kami jua tahu Engkau berhak untuk mengambilnya pada bila2 masa yang Engkau kehendaki..

Hanya satu yang ku pinta..

Engkau bantulah kami dalam menjaga kalam suciMu..

Jua bantulah kami untuk mengamalkannya..

Agar kami menjadi Penghafaz kalamMu yang sejati..

Amen..

:: ETIKA PARA PENGHAFAZ AL QURAN ::


Para penghafaz Al Quran mempunyai etika-etika yang harus diperhatikannya. Dan mereka mempunyai tugas yang harus dijalankan, sehingga mereka benar-benar menjadi “keluarga Al Quran”, seperti sabda Rasulullah SAW tentang mereka:

“Allah mempunyai keluarga dari kalangan manusia. Baginda ditanya: Siapa mereka wahai
Rasulullah? Baginda bersabda: Ahli Al Quran, mereka adalah keluarga Allah dan
orang-orang dekat-Nya.”

1. Selalu Bersama Al Quran

Di antara etika itu adalah: selalu bersama Al Quran, sehingga Al Quran tidak hilang dari ingatannya. Iaitu dengan terus membacanya dari hafazannya, atau dengan membaca mushaf, atau juga dengan mendengar daripada pembaca yang bagus, dari radio atau kaset rakaman para qari yang terkenal.

Dari Ibnu Umar r.a.: bahwa Nabi Muhammad Saw bersabda:

“Perumpamaan orang yang hafaz Al Quran adalah seperti pemilik unta yang terikat, jika
ia terus menjaganya maka ia dapat terus memegangnya, dan jika ia lepaskan maka ia akan
segera hilang.”(Bukhari dan Muslim)

As Suyuthi berbicara tentang hukum melupakan Al Quran, ia berkata: melupakan
hafazan Al Quran adalah dosa besar, seperti dikatakan oleh An Nawawi dalam kitab “Ar
Raudhah” dan ulama lainnya. Dengan dalil hadis Abi Daud:

“Dosa-dosa umatku diperlihatkan kepadaku, dan aku tidak dapati dosa yang lebih besar
dari dosa seseorang yang diberi nikmat hafaz Al Quran atau suatu ayat, kemudian ia
melupakannya.”

2. Berakhlak dengan Akhlak Al Quran.


Orang yang menghafaz Al Quran hendaklah berakhlak dengan akhlak Al Quran. Penghafaz Al Quran harus menjadi kaca yang padanya orang dapat melihat aqidah Al Quran, nilai-nilainya, etika-etikanya dan akhlaknya, dan agar ia membaca Al Quran dan ayat-ayat itu sesuai dengan perilakunya, bukannya ia membaca Al Quran namun ayat-ayat Al Quran melaknatnya.

Dari Abdullah bin Amru bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang membaca (menghafaz) Al Quran, bererti ia telah memasukkan kenabian
dalam dirinya, hanya saja Al Quran tidak diwahyukan langsung kepadanya. Tidak sepantasnya seorang penghafaz Al Quran ikut marah bersama orang yang marah, dan ikut
bodoh bersama orang yang bodoh, sementara dalam dirinya ada hafazan Al Quran”.

Ibnu Mas`ud r.a. berkata:

“Penghafaz Al Quran harus dikenal dengan malamnya saat manusia tidur, dan dengan siangnya saat manusia sedang tertawa, dengan diamnya saat manusia berbicara, dan dengan khusyu`nya saat manusia gelisah. Penghafaz Al Quran harus tenang dan lembut, tidak keras, tidak sombong, tidak bersuara kasar atau berisik dan tidak cepat marah.”

3. Ikhlas dalam Mempelajari Al Quran.


Para pengkaji dan penghafaz Al Quran harus mengikhlaskan niatnya, dan mencari keredhaan Allah SWT semata, dan semata untuk Allah SWT ia mempelajari dan mengajarkan Al Quran itu, tidak untuk bersikap riya’ di hadapan manusia, juga tidak untuk mencari dunia.

"YA ALLAH RAHMATILAH AKU & SAHABAT2KU DENGAN AL-QURAN,JAUHKANLAH KAMI DARI LALAI MENJAGA AL-QURAN,BANTULAH KAMI DALAM MENGINGATI & MEMARTABATKAN KALAMMU YA ALLAH"

"SESUNGGUHNYA MENGHAFAL AL-QURAN IBARAT MENGIKAT KUDA LIAR YG MANA BILA DIIKATNYA IA AKAN MUDAH TERLEPAS JUGA,BEGITU JUGA AL-QURAN MUDAH DILUPAI BILA DIHAFAL,PERLU SENTIASA DIJAGA & DIULANG"

p/s:untuk diriku & sesiapa sahaja yg bergelar hamlatul quran.kita mulia kerana al-quran tapi kita juga boleh jadi hina atau dilaknat kerana al-quran.wallahua'lam.

Tasyji' diriku..

"inginkan mutiara selamilah lautan,

inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,

inginkan kejayaan relailah pengorbanan.."


inginkan masyi qur'an,

jom pakat2 kita ngulang qur'an!!


"ketahuilah setiap kepahitan itu terselit seribu kemanisan"

:: InZaR HuFFaz ::

1. Membaca al-Quran dengan 6 minit setiap kali lepas solat fardhu 5 waktu. Kalau tergendala qadha’lah bacaan tersebut pada waktu solat kemudiannya atau carilah mana-mana waktu senggang.

2. 6 minit sebanyak 4 muka surat. Kalau tidak mampu paling kurang dalam 15 minit kita lebih dari mampu untuk menyelesaikannya. Tengok cerekarama pun 2 jam inikan pula baru 15 minit tapi balasannya syurga Allah! Allahu Akbar! Anda tidak mahu syurga Allah?

3. 1 juzuk sebanyak 20 muka surat. Eh! Tengok konsert nyayian boleh berjam-berjam berdiri....ini duduk bersila dan hanya keluar suara. Kalau masih tidak mampu cubalah nilai setebal mana keimanan anda!

4. 1 juzuk sebanyak 10 helai. Betapa ringannya 10 helai kalau ditimbang dengan dompet duit anda! Mampu berceramah berjam-jam tapi betapa beratnya nak menghabiskan 10 helai. Allahu Akbar! Semoga Allah memudahkan kita.

5. 4 muka surat sebanyak 2 helai. Surat khabar yang kita baca hari-hari berapa helai? Kita boleh membelek surat khabar berkali-kali, pagi sekali, petang sekali, malam belek lagi! Quran ke mana?

6. 5 (solat fardhu) X 4 (muka surat) = 1 juzuk sehari!. Alangkah mudahnya! Alangkah bahagianya bagi orang yang dapat khatam Quran! Setengah orang mampu wirid 70 ribu tahlil, tapi untuk menghabiskan Quran 30 juzuk bertahun-tahun baru khatam. Dimanakah kekuatan rohani kita? Mari kita kutip kembali kekuatan rohani yang telah tercicir sepanjang 11 bulan lalu dengan hadirnya Ramadan.

Ya Allah...Terimalah ibadat kami, berilah kami kesempatan untuk mendapat Malam Qadar-Mu, paling tidak sekali dalam hayat umur ini.. amin..

Pesan diriku..Pesan dirimu..^^

Sahabat-sahabat Al-Quran,
Sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu?
Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi?
Ataukah manusia yang masih bertakhta di sanubari?
Ataukah kasih manusia yang masih kau damba?
Pernahkah kau rasakan Al-Quran itu teman sejati?
Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi…
Yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamlatul Quran?

Sahabatku…
Ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran
Ukhuwwah mahabbah yang terjalin ini atas nama AL-Quran
Dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran..^_^

...ya Allah,muliakan aku dgn kemuliaan Alqur'an...

:: Bisikan Nurani ::

"Bisikan ketenangan menyelubungi nurani, kesyahduan ku rasakan amat bererti, acap kali ku terdengar alunan suara insan-insan kerdil membasahi lidah dengan kalamMu Ya Ilahi, tiada putus-putus mendampingi kitabMu, membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci. Segolongan insan yang dihormati, segolongan insan yang dipandang tinggi, inilah insan yang bergelar Hamalatul Quran, iaitu pendukung kitab suci. Hamalatul Quran....

Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna, yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci. Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi..

“...seharusnya bagi seorang Hamalatul Quran itu mengetahui...
malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang
sia-sia, dan khusyuknya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia...”


Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku, betapa Hamalatul Quran yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dalam keperitan..Baru ku sedar, Hamalatul Quran..kau luar biasa!

Tatkala ku imbas kembali kisah silamku yang penuh dengan kelalaian, kealpaan, keseronokan seperti orang-orang kebanyakan, sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini..

Namun... Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini, menjadi salah seorang insan pilihanMu, di dalam dunia Hamalatul Quran yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti.. ibu bapaku bakal Kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah pengorbanan mereka mendidik ku mengenali kehidupan insani.

Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri? Hamlatul Quran, alangkah beruntungnya dikau..!

Sahabat-sahabat Al-Quran, sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu? Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi? Ataukah manusia yang yang masih bertakhta di sanubari? Ataukah kasih manusia yang masih kau dambai? Pernahkah kau rasakan
Al-Quran itu teman sejati? Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi..yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamalatul Quran?

Sahabatku... ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran, ukhuwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran, dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah aku seorang Hamalatul Quran yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi. agar kehadiranku di dunia ini dihargai. Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri. Sesungguhnya kehidupan di dalam dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati. Lantas itu, ku pinta padaMu Ilahi, agar saat-saat akhir hayatku, alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku.

Panduan hafaz Qur'an

Sebelum Menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.


E. Teknik Mendengar Kaset

1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.


F. Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.


G. Teknik Menulis

1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.


H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"

1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.


I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.


J. Teknik "Mindmaping"

1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.


Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

- Adab-adab Penghafaz Alqur'an -

Seorang Prnghafaz Al-Qur'an :
1)Mesti berada dalam keadaan yang paling mulia…serta keperibadian yang paling mulia.

2)Dia hendaklah menjauhkan dari segala sesuatu yang dilarang Alquran.

3)Dia hendaklah terpelihara dari pekerjaan yang rendah umpama pembasuh tandas..penyapu jalan..kerja kuli..dan sebagainya..

4)Dia mesti berjiwa mulia…seumpama Alquran yang mulia berada dalam dadanya.

5)Dia mesti merendahkan diri kepada ahli kebaikan..dan orang-orang soleh.,serta kaum miskin,anak yatim

6)Dia hendaklah menjadi seorang yang kusyuk setiap masa semampunya..dan harus memiliki ketenangan dan kewibawaan…kerana sifat Al-Quran adalah tenang.

Diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khattab r.a bahawasanya Beliau berkata..

“wahai para pembaca Al-Quran,,angkatlah kepalamu!!Jalan telah jelas bagimu dan berlumbalah untuk berbuat kebaikan dan janganlah menggantungkan diri kepada orang lain yakni menjadi bebanan ke atas masyarakat.”

Dari Abdullah ibn Mas’ud..

“hendaklah pendukung Al-Quran menghidupkan malamnya dengan membaca Al-Quran ketika orang lain sedang tidur dan berpuasa siang harinya ketika orang lain sedang berbuka.Dia hendaklah bersedih ketika orang lain gembira..dan menangis ketika orang lain sedang tertawa..berdiam diri ketika orang lain bercakap dan menunjukkan kekusyukkan ketika orang lain membanggakan diri”.

Dari Hassan bin Ali r.a

“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu menganggap Al-Quran sebagai surat-surat dari tuhan mereka.Maka mereka merenungkan pada waktu malam dan kemudian mengamalkan pada waktu siang”.

Dari Fudhail bin Iyadh

“Pendukung Al-Quran adalah pembawa panji-panji Islam.Dia tidak seharusnya bermain bersama orang yang bermain dan lalai bersama orang yang lalai,dia hendaklah tidak bercakap perkara yang sia-sia demi memartabatkan Al-Quran.”

Perkara yang perlu di ambil perhatian ke atas semua penghafaz Al-Quran

1) Menghindarkan diri dari perbuatan menjadikan Al-Quran sebagai sumber penghasilan atau pekerjaan dalam kehidupannya.Dari Abdurrahman bin Syubail r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda

“Bacalah Alquran dan jangan gunakannya untuk mencari makan,kekayaan,jangan menjauhinya(AL-QURAN),atau melampaui had(melanggar hukum-hukumnya)”.

Dari Fudhail bin Amru r.a katanya.”dua orang sahabat Rasulullah SAW memasuki satu masjid.Ketika imam memberi salam seorang lelaki berdiri kemudian membaca beberapa ayat Al-Quran,kemudian dia meminta upah.Salah seorang dari keduanya berkata ,Innalillah Wa Inna Ilaihi Rooji’un.Kami dengar rasul ALLAH bersabda..”sesiapa yang meminta upah dari pembacaan Al-Quran maka jangan kamu memberinya”.

Tetapi mengambil upah kerana mengajar Al-Quran terdapat perselisihan para ulama’.

2)Dia hendaklah memelihara bacaan Al-Quran dan memperbanyakkan bacaannya.Ulama salaf mempunyai kebiasaan-kebiasaan yang berlainan tentang tempoh dan jagka masa mengkhatamkan Al-Quran.

Ibnu Abi Daud meriwayatkan dari sebahagian ulama salaf bahawa mereka mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam setiap dua bulan,manakala setengah daripada mereka mengkhatamkan Al-Quran dalam setiap bulan.Adapula yang mengkhatamkan sekali dalam sepuluh malam..dan setengahnya mengkhatamkan sekali setiap lapan malam..banyak dari mereka mengkhatamkan dalam setiap tujuh malam..setengahnya mengkhatamkan dalam setiap lima malam.Begitu juga ada yang mengkhatamkan dalam empat,tiga,dua,dan satu malam…

Ada juga yang mengkhatamkan dua kali sehari..sekali pada waktu pagi..sekali pada waktu malam…adapula yang mengkhatamkan lapan kali sehari,iaitu empat kali waktu cerah,empat kali waktu gelap..

Antara yang mengkhatamkan Al-Quran sehari semalam ialah

-Uthman bin Affan

-Tamim Ad-Daariy

-Said bin Jubair

-Mujahid

-Imam As-Syafi’i..

Diriwayatkan bahawa Abu Bakar bin Abu Daud r.a mengkhatamkan Al-Quran tiga kali setiap malam.

Mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam seminggu,di antara mereka adalah Uthman bin Affan,Abdullah ibn Mas’ud,Zaid bin Thabit dan Ubai bin Ka’ab dan dari Tabiii’iin…antaranya Abdurrahman bin Yazid,Alqamah dan Ibrahim Rahimahullah.

Perlu diambil perhatian juga;

Bahawasanya sesiapa yang ingin merenung dengan cermat yakni pembacaan dengan hati..buka dengan lisan sahaja..maka dia tidak perlu tergesa-gesa dalam pengkhataman Al-Quran..memandangkan dia seorang yang baru belajar,,,atau sedang belajar,,,atau jugak dia seorang pengajar dan penyebar ilmu agama..yang lebih diutamakan baginya kemashlahatan kaum muslimin…walaubagaimanapun..sekiranya dia seorang hafiz Al-Quran..maka dia harus merancang jadual hariannya/mingguannya untuk mengkhatamkan Al-Quran mengikut tempoh yang selesa…tanpa mengurangkan hak-hak pembacaan..

Adapun setengah ulama berpendapat bahawa mengkhatamkan Al-Quran dalam sehari semalam adalah makruh..kerana takut-takut mengabaikan tanggungjawab terhadap diri,keluarga(sekiranya telah berkahwin),atau masyarakat…melainkan sekiranya dia yakin bahawa dia mampu mengkhatamkan Al-Quran,,tanpa mengabaikan mana-mana tanggungjawabnnya.

Seorang yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran..mendapat doa dari para malaikat seperti dalam gambaran di bawah ini..

dari Talhah bin Musarrif seorang dari kalangan At- tabi’i yang mulia..katanya

“barangsiapa mengkhatamkan Al-Quran pada mana-mana waktu.sekiranya waktu siang,dia mengkhatamkan,maka para malaikat mendoakan untuknya sampai ke waktu malam…sekiranya dia mengkhatamkan pada waktu malam maka para malaikat mendoakan untuknya sampai ke waktu pagi.”…..Mujahid pun bersependapat demikian.

Diriwayatkan dari Ad-Darimi dalam musnadnya dengan isnad dari Saad Bin Abi Waqqas r.a katanya “Jika pengkhataman al-Quran bertepatan dengan awal malam,para malaikat mendoakan baginya sehingga waktu pagi..dan apabila pengkhataman bertepatan pada akhir malam,maka para malaikat mendoakan baginya sehingga waktu petang.”Ad-Darimi menambah bahawa ini adalah hadith hasan dari Sa’ad bin Abi Waqqas r.a..

3)Dia hendaklah banyak mengambil berat untuk membaca al-Quran pada waktu malam dan dalam solat malam..Allah SWT berfirman:

“Antara Ahli Kitab itu ada golongan yang bersikap jujur (berpegang teguh kepada agama Allah yang benar),mereka membaca ayat-ayat Allah SWT(Al-Quran) pada waktu malam ,sedangkan mereka bersujud yakni mengerjakan solat.Mereka beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat ,dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang dari segala perkara yang salah samada buruk maupun keji serta mereka pula berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan..mereka yang mempunyai sifat ini adalah golongan yang saleh.”________(Quran, Surah Ali-Imran:113-114)

Diriwayatkan dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim dari Rasulullah SAW bahawa Baginda bersabda:

“sebaik-baik lelaki adalah Abdullah,seandainya dia solat pada waktu malam maka ia tidak akan tidur malam kecuali sedikit sahaja”.

Diriwayatkan oleh Thabrani dan lainnya dari Sahl bin Sa’ad r.a dari Rasulullah SAW Baginda bersabda:

“Kemuliaan orang mukmin adalah solat di malam hari”.

Banyak hadith dan athar diriwayatkan berkenaan dengan perkara ini..dari Abu Ahwas Al-Jusyaimi,,katanya :”Ada orang mendatang kepada sebuah khemah pada waktu malam..Dia mendengar suara dari penghuninya seperti desikan lebah(yakni berbual kosong)..lalu katanya ;”kenapakah orang lain merasa aman dari apa yang di takutkan kepada mereka? (maksudnya Al-Quran yang memperingatkan akan Hari Kiamat) ‘?

Ini menunjukkan bahawa ulama dan orang-orang soleh dahulu begitu menitikberatkan tentang ibadah di malam hari sehinggakan bantuan ALLAH terlalu hampir dengan mereka…..jauh berbeza dengan keadaan kita sekarang, banyak bercakap,banyak memberi pendapat itu haram,ini halal,namun amalan kita rosak..tidak perlu kita bicara panjang tentang agama,tentang sejauh mana orang bukan islam di negara kita terkesan dengan akhlak orang islam sendiri,tidak perlu kita berfikir bagaimana mendakwah agama islam kepada non-muslim selagi 5 waktu solat kita,5 waktu yang ALLAH paling sayang,yang ALLAH janjikan kebahagian bagi siapa yang mendirikannya yakni setiap waktu berjemaah di masjid ALLAH bagi kaum lelaki.,,….selagi solat kita belum mengikut cara NABI SAW,yakni solat ditempat azan di azankan.yakni di masjid……………lalu saudara-saudari sekalian cuba bayangkan adakah bantuan Allah akan sampai kepada umat ini?selagi umat ini tidak mengikuti jejak langkah umat-umat yang awal dahulu beriman maka bantuan Allah tidak akan sampai pada kita..melainkan kepada golongan-golongan yang cara kehidupan dia mengikut orang-orang soleh dahulu.serta .sahabat-sahabat r.anhum..selagi kita memberi alasan dengan teknologi yang ada pada hari ini..selagi itu kita tidak akan bangun.Selagi kita meninggalkan cara kehidupan Nabi SAW..dengan menganggap cara kehidupan Nabi SAW adalah kuno..dan kita patut olah mengikut kemajuan zaman hari ini untuk mendakwah islam..maka kita tidak akan terkeluar dari kerugian seperti Firman Allah “innal insana lafii khusr”.. sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian..

WallahuA’lam.

Solat Sunnat kuatkan hafazan.

Saudara-saudari sekalian….bagi yang sedang menghafaz Al-Quran..ataupun telah tamat hafazan…penting bagi kalian mengambil berat untuk mlakukan solat ini….caranya ialah;

1.mengerjakan solat ini sebanyak 4 rakaat.

Part 1- dua rakaat..memberi salam…rakaat pertama..selepas Al-Fatihah membaca Surah Yasin..kemudian rakaat kedua membaca surah Ad-Dukhan.

Part 2-dua rakaat…memberi salam..rakaat pertama membaca surah As-Sajadah..rakaat kedua membaca surah Al-Mulk.

Objektif solat;

  • Memelihara peti simpanan pembacaan, pemahaman, pengetahuan dan penghafalan yang telah dibuat.
  • Melindungi ilmu melalui hafalan ayat Al Quran dan Sunnah daripada hilang begitu sahaja.
  • Memagari seluruh panca indera dan anggota badan dari melakukan perkara kemaksiatan terhadap Allah S.W.T.
  • Memberikan kekuatan menggantungkan harapan kepada Allah S.W.T tas usaha yang telah dilakukan.
  • Melahirkan sifat sabar dan mujahadah untuk menjaga ilmu Allah S.W.T yang telah dikuasai dengan sebaik-baiknya.

Setelah itu bacalah doa ini..

اللَّهُمَّ ارحَمْنِي بِتَركِ الْمَعَاصىْ أَبَدًا مَّاأَبْقَيْتَنِيْ وَارحَمْنِيْ أَنْ أَتَكَلَّفَ مَالايُعْنِيْنِىْ وَارْزُقْنِيْ حُسْنَ النَّظَرِفِيْمَايُرضِيْكَ عَنِّيْ اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ والأَرْضِ ذَالْجَلاَلِ وَالإكْرَاِم وَالْعِزَّةِ الَّتِي لاَتُرَامُ أَسْأَلُكَ يَااللهُ يَارَحْمَن بِجَلاَلِكَ وَنُورِوَجْهِكَ أَن تُلزمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كَمَا عَلَّمْتَنِى وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ عَلَىالنَّحْوِ الَّذِي يُرْضيكَ عَنّي.

اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ ذَالْجَلاَلِ والإكْرَامِ وَالْعِزَّةِ الَّتِى لاَ تُرَامُ أَسْأَلُكَ يَا اللهُ يَارَحْمَن بِجَلاَلِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَن تُنَوّرَبِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَن تَطْلُقَ بِهِ لِسَانِي وَأَن تَفَرّجَ بِهِ عَن قَلْبِي وَأَن تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي وَأَن تَسْتَعْمِلَ بِهِ بَدَنِي فَإِنَّهُ لاَ يُعِينَنِي عَلَىالْحَقِّ غَيْرَكَ وَلاَيُؤْتِينِيهِ إلاأَنتَ وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِيّ الْعَظِيمِ

Motivasi Buat Bakal dan Para Huffaz

Oleh : hafizquran



Bismillahirrahmanirrahim

Saya kurang pasti kiranya ini boleh dikatakan sebagai motivasi. Namun ramai yang memberi emel dengan maksud yang lebih kurang sama. Selain untuk bertanya kaedah dan petua, perkara wajib yang diminta adalah tasyji' dan motivasi buat meneruskan perjuangan sebagai huffaz. Itulah realiti. Seorang huffaz tanpa motivasi akan menjadi lembah yang tiada air.


1. Betulkanlah niat. Andai sudah betul, jagalah niat itu. Jaga dan terus jaga. Hati manusia boleh berbolak balik dalam dua detik sahaja.

2. Jagalah adab. Adab dengan semua. Al-Quran terutamanya. Junjung dan tatang secara luaran dan dalaman. Adab dengan guru @ murabbi. Adab dengan Ibu dan ayah sendiri. Ambil berat persoalan adab. Jaga dan terus jaga.

3. Perhatikan masa dan usaha. Semua orang mempunyai 24 jam tapi tak semua orang 'memiliki' 24 jam. Tingkatkan usaha. Istiqamah dengan usaha ana sendiri.

4. Pelajari kaedah. Banyak tempat untuk dirujuk dan bertanya. Tanya pada yang alim , pada yang sudah berpengalaman. Terima dan praktikkan dengan penuh iltizam.

5 . Jangan hangat2 tahi ayam. Jangan sekerat jalan. Kembali kepada persoalan niat. Tekad seteguh2nya.

6. Jauhi maksiat zahir dan batin . Maksiat kecil sehinggalah maksiat besar. Duduk berseorangan pun boleh berlaku maksiat, apatah lagi ditengah kekalutan orang dan budaya. Perhatikan makna taqwa yang diumpamakan oleh seorang sahabat r.a : " Laksana kamu berjalan di atas jalanan yang penuh dengan onak dan duri..."

7. Pegang Al-Quran sentiasa. Kucup dan junjung. Bawa dalam keadaan suci dan berwudhu'. Sayangi Al-Quran secara jujur tanpa sedikitpun unsur hipokrit. Sayangi yang zahir ( mushaf ) dan sayangi yang batin ( hafazan dan amalan ).

8. Syaitan akan 'mendampingi' anda sentiasa. Nafsu akan mengikut anda ke mana2. Suatu ketika anda mungkin akan di'peras ugut' oleh keduanya. Iman seorang penghafaz Al-Quran juga adakala menaik dan merudum. Diibaratkan ; kalau baik , lebih baik dari Malaikat. Kalau jahat, lebih jahat dari Iblis. Itulah huffaz.

9. Maka selalulah bermohon kepada Allah. Minta dengan Allah. Jangan tinggal solat hajat. Permintaan supaya dipermudahkan hafazan dan di'benar'kan khatam hafazan Al-Quran jangan ditinggalkan. Itu antara doa wajib bagi anda sampai anda mati.

10. Jangan tinggal hubungan hati dengan Allah walaupun sedetik. Sedetik itu sangat bermanfaat bagi Syaitan untuk mengambil ruang dan kesempatan. Seorang murid pernah dihantar oleh gurunya untuk berdakwah di suatu tempat ( kisah sahabat r.a ) :

Guru bertanya : bagaimana kiranya dalam perjuanganmu kamu akan diganggu oleh nafsu dan syaitan yang akan menerkam bila2 masa sahaja? Murid menjawab : aku akan menghalaunya . aku akan sentiasa menghalaunya. Murid memahami bahawa syaitan dan nafsu adalah ujian wajib. Guru bertanya lagi : bagaimana kalau keduanya terus mengganggumu? Murid menjawab : aku akan terus melawan dan menghalaunya. Guru bertanya lagi : justeru sampai bila? Murid gagal memahami , lalu dinasihatkan oleh gurunya : Jika kamu diganggu oleh binatang buas yang akan menerkammu, beritahulah kepada tuan kepada binatang tersebut supaya tuannya boleh menghalau binatang tersebut dari terus mengganggumu. Tuan kepada kedua musuh kita hanyalah Allah. Jangan sesekali tinggalkan doa dan pergantungan kepadaNya.




Apa yang perlu diketahui dan diingati oleh seorang huffaz?



1. Al-Quran yang dihafaz adalah amanah. Anda sendiri yang 'mencari pasal' untuk mengambil amanah tersebut. Bagaimanapun, anda 'mencari pasal' yang baik. Jadi janganlah suatu masa nanti anda bukan sahaja melupakan hafazan anda , bahkan tidak mahu mengaku anda seorang huffaz!


2. Bila anda faham bahawa anda yang 'mencari pasal' , jadi anda kena SMI ( Sendiri Mau Ingat ) tentang hafazan anda. Ana sangat suka kepada mereka2 yang bertanya dan nampak bersungguh2 bila diutarakan topik hafazan Al-Quran.Tapi ana sungguh2 menyampah dan kecewa bila sesetengah penghafaz Al-Quran lebih bersemangat bila menyentuh topik siasah, jamaah, program dan perkara2 lain. Bila sentuh bab Quran, diam dan ubah topik. Tidak berminat.Bila malas iadah, beri alasan 'tak masyi'. Macam mana nak masyi kalau malas iadah? Sama juga dengan macam mana nak kenyang kalau tak telan nasi. Mengejar perkara lain tidak salah apatah lagi soal yang lebih utama, tetapi hafazan Al-Quran telah anda kendong terlebih dahulu. Jadi berilah perhatian sewajarnya.


3. Dalam proses anda hafaz Al-Quran, anda akan diuji.


4. Anda akan semakin diuji..


5. Anda akan terus diuji..


6. Dan anda akan semakin kuat diuji..


7. Ujian yang datang kepada anda ada tahapnya. Syaitan yang berdiri di hadapan anda diibaratkan berpangkat Jeneral , bukan prebet. Semakin anda lawan , semakin anda rajin , semakin anda masyi, semakin anda istiqamah, Maka semakin tinggilah bintang di bahu Syaitan yang dihantar kepada anda.


8. Anda akan rebah. Ada ketikanya anda akan diuji teruk . Samada kematian , masalah hati , wanita, duit ataupun pangkat dan kedudukan. Anda mungkin tumpas dengan salah satu , yang boleh memberi kesan besar kepada tahap motivasi dan tekad anda untuk meneruskan hafazan. Seorang sahabat ana di madrasah dahulu, kecundang waktu dah berada di juzuk 23, Alangkah sayang..


9. Kalau anda jatuh, anda rebah , jangan menangis. Jangan 'laknat' diri anda kerana anda rebah. Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu apakah itu 'sakit'. Jangan sedih andai tika anda 'rebah' tiada yang membantu, apatah lagi 'merawat'. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran . Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. Bagi ana, itulah teman yang paling setia..

10. Anda bukan penghafaz Al-Quran sejati kalau anda tidak pernah menangis kerana Al-Quran ( hafazan ) anda.

11. Anda perlu ingat formula ini sampai bila2. Ingat dan faham betul2. Dalam menghafaz Al-Quran anda cuma ada dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Diulangi : diberikan oleh Allah. Pertama anda berada dalam keadaan senang hafaz dan mudah ingat. Kedua , anda berada dalam keadaan sebaliknya iaitu susah hafaz dan sukar ingat.Apa yang perlu anda faham dan tanam dalam hati? Ini penting. Fahami bahawa sebenarnya kedua2nya adalah UJIAN. Pesan Ustaz Badlishah Johan ( my murabbi ) yang tak pernah saya lupa adalah tentang ini. Orang yang senang hafaz mudah ingat , Allah nak tengok adakah dia akan bersyukur dan melazimi Al Quran . Manakala yang susah ingat Allah nak tengok samada dia benar2 ikhlas, akan terus berusaha dan istiqamah atau tidak. Atau mungkin berputus asa. Kalau yang mudah ingat pula, mungkin akan banyak lepak, banyak borak.



12. Justeru, JANGAN menangis dan menyalahkan diri anda andainya anda tidak ingat Al-Quran. TETAPI sila menangis dan salahkan diri anda kiranya anda malas , tiada istiqamah dan tidak konsisten dengan hafazan anda . Pesan Allah ta'ala dalam surah Al-Qiyamah : " Sesungguhnya Kami lah yang menghimpunkan Al-Quran itu dalam dada2 manusia.."


13. Terakhir, sentiasa ingat bahawa Al-Quran akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah. TETAPI Al-Quran juga boleh menjadi hujjah ke atas kita pada masa tersebut. Inilah peringatan paling 'keras' buat kita semua para huffaz Al-Quran ( terutama ana ).





" Allahummaj'alhu Hujjatal lana Wala Taj'alhu Hujjatan 'Alaina Ya Rabbal 'Alamin.."

Bicara Huffaz

akhlak hamlatul quran...utarakan pandangan anda...

Akhlak kita tak seindah kata dan tak seindah bicara…beginikah?? @ sebenarnya bagaimana??

Salam 'alaik akhawat wa ikhwan fillah…

"Keruntuhan akhlak dikalangan hamlatul quran yang sekarang ini kian meruncing. Apa peranan dan tanggungjawab mereka ini sebenarnya? Besar. Sangat besar. Ana mohon pada sesiapa yang boleh memberi cadangan juga pendapat untuk kita kongsi bersama" - dari blog http://islamforever-ahlullah.blogspot.com/ tertarik dengan persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat kita ini, ana cuba menulis untuk sama-sama kita kongsi dan muhasabah arah dan tujuan kita sebenarnya…ittijah dan hadaf… Ingat hadaf utama kita diciptakan…Dari mana kita datang? untuk apa kita diciptakan? dan kemana kita akan dikembalikan? Mohon sama-sama kongsi idea dan pendapat yang bersarang di minda masing-masing…

Alhmdulillah syukur kerana masih dikurniakan ALLAH berbagai-bagai nikmat sehingga sampai saat dan ketika ini, nadi masih berdenyut…nikmat iman dan Islam dapat dirasai…Cuma manusia tidak mensyukurinya atas kelalaian diri sendiri…

(يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك و على طاعتك)))

اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعة وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابة...آمين.

Apa khabar agaknya iman kita di waktu dan ketika ini?

Adakah sihat seperti mana jasmani kita? Atau sedang sakit? Jika sakit…tahap apakah sakit itu? Biasa @ kritikal? Sedarkah kita? Atau masih dalam lena dibuai mimpi yang indah…jika sedang enak di lamun cinta dengan perhiasan dunia…mata pulak dikaburi dengan keseronokan dan nikmat dunia sementara ditambah pula dengan nafsu yang meronta-ronta minta dibebaskan…ayuh bangun segera!!…jika badan kita rasa sakit, kita segera sahaja mencari penawarnya…pantang sakit sedikit, ada sahaja alasan untuk tidak hadir kelas dan sebagainya…ada sahaja alasan untuk tidak tunaikan kewajipan harian…betul atau salah…kita semua pernah dan sedang melalui zaman-zaman ini…sedarkah kita yang iman kita juga memerlukan penawar segera dan istimrar (berterusan), jika tidak segera diubati akan menjadi semakin parah…iman kita sedang menangis kerana sakitnya amat kritikal sekali…sampai bila lagi nak tunggu…dibiarkan tanpa ada ubat…

Kita selalu sahaja lapar…nak makan…pergi ke medan selera @ mana tempat yang boleh dijumpai makanan…erm…alhamdulillah dah kenyang baru boleh belajar…makan untuk hidup dan dapat beribadat dengan baik serta perlu laksanakan tugas sebagai khalifah di atas muka bumi ALLAH ini…tapi kadang-kadang terbalik…boleh jadi hidup untuk makan (na'uzubillah)…sebab sebenarnya makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang…tapi kita makan sebelum lapar berhenti bila dah kenyang sangat…maka malas terus merajai diri…hakikatnya rohani juga sentiasa lapar dan memerlukan makanan…kita sahaja sering lupa…manusia memang selalu lupa…tapi jangan sampai lupa asal usul…jangan lupa iman kita sedang sakit tenat…sudah carik dan rosak disebabkan perbuatan-perbuatan kita yang sebenarnya kita tahu tapi lalai dek nafsu dan keseronokan di dunia yang sementara ini…sudahkah kita tunaikan kewajipan sebagai khalifah ALLAH yang telah ditaklifkan ke atas setiap orang dari kita di atas bumi ALLAH ini??

Kesimpulan dari kehidupan seharian kita…semalam tidur lambat…alasannya nak cari modal untuk esok…hakikat sebenarnya tidur lewat…mula-mula borak-borak dulu, makan-makan…sedar tak sedar dah pukul 2 pagi…esok nak ke kelas…modal tasmi' tak lancar lagi...subuh entah pukul berapa?? Sudah semestinya subuh gajah...cepat-cepat bersiap ke kelas…tasmi' satu muka jelah dulu…xlancar lagi @ esok sahaja…masuk kelas madah…fikiran melayang entah ke mana?? Ustaz kat depan, dalam otak terfikirkan perkara lain…balik kelas jalan-jalan dulu…study? Tunggu exm lah..bila ada program-program ilmiah…tak boleh pegi…nak cari modal…esok takut ustaz @ ustazah marah…hakikatnya…borak-borak kat bilik berjam-jam…tengok cerita dulu…tengok cd…surf internet dan sebagainya…modal tasmi'?? lupa entah ke mana…masa berlalu begitu pantas tanpa menunggu kita…sedar xsedar dah nak final exam (imtihan nihaie)…muqarrar al-quran belum habis…masa ni semuanya rajin-rajin…dari pagi sampai petang bermukim di kelas…sibuk-sibuk cari ustaz dan ustazah nak tasmi'…memang boleh dapat anugerah pelajar paling rajin… tak cukup di kelas malam beriktikaf pulak di masjid @ surau dan sebagainya…sebabnya nak habiskan cepat muqarar al-quran…kalau tak sempat habis kena tangguh pulak…buku xbaca lagi..tersimpan kemas dirak @ dalam beg…esok nak exam baru baca…nilah rahsia pelajar paling cemerlang…apa yang kita kejar sebenarnya?? Pointer @ ilmu?? Sijil dunia @ sijil akhirat?? Tertulis kemas pelajar tahfiz al-Quran...hakikatnya al-quran hanya sekadar hafalan exam…tidak terikat kemas di dada…ilmu fi sutur bukan fi sudur…inikah yang kita mahu??

Ya ALLAH bantulah kami…kami selalu sahaja lalai dengan nikmat dunia yang sementara ini…selamatkanlah kami dari tipuan duniawi…hasutan syaitan…kami selalu sahaja mengikut nafsu…kami lemah ya ALLAH…

Sedar tak sedar sebenarnya masyarakat memandang kita sebagai model…kerana apa?? Kita mengahafaz bukan sahaja 1 ayat tetapi 30 juzuk…beribu2 ayat..bayangkanlah…al-Quran itu adalah sesuatu yg amat mulia…bagaimana nak masuk dengan hati yang kotor?? Jiwa yang lalai?? Kalau akhlak sudah rosak…bagaimana mahu menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat… al-Quran itu suci jangan kita kotorinya dengan perbuatan-perbuatan kita…

Dalam surah as-soff ALLAH memperingatkan kita yang maksudnya :

amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.

Ingatlah Nasihat waqi' kepada imam syafie apabila dia mengadu kepada waqi' tentang kesusahannya dalam menghafal :

شكوت إلى وكيع السوء حفظ

فأرشدني إلى ترك المعاصى

فأخبرني بأن العلم نور

ونور الله لا يهدى للعاصى

Ya ALLAH malunya kita…Imam syafie yang hanya tertengok tumit seorang perempuan sahaja sudah merasakan susah untuk menghafal…kita bagaimana?? Kehidupan seharian sahaja penuh dengan noda dosa…hati kotor…maksiat hati bila teringat-ingat perkara yang melalaikan…maksiat mata bila tengok benda-benda yang xelok…maksiat mulut bila bercakap benda-benda xsepatutnya…mengumpat sana-sini…maksiat telinga bila dengar perkara yang xsepatutnya…al-quran yang sepatutnya dijadikan halwa telinga, lagu yang melalaikan pulak yang dilazimi…maksiat tangan bila menaip mesej-mesej kepada si 'dia'…sayang,rindu dan sebagainya…'couple' berleluasa…hafal quran tapi ber'couple'…bagaimana tu?? Setiap hari baca ayat-ayat ALLAH…tapi…dalam masa yang sama…buat jugak maksiat…Mencampurkan hak dengan yang batil…nk cabar hukum ALLAH ke? (na'uzubillah) Kalau mahu mudah menghafal, kata waqi' tinggakan maksiat… Mana identiti pelajar islam?? Hilang nilai diri entah ke mana…melayang-layang, terawang-awang di alam fantasi ciptaan sendiri…inilah keruntuhan akhlak di kalangan hamlatul quran…ramai yang apabila ditegur mengatakan 'jangan masuk campur hal orang'. bagi yang ber'couple' pulak…takutlah dengan inzar dari ALLAH dalam surah al-israk…Wala taqrabuzzina.. (jangan kamu mendekati zina)…sms,ym,frenstr dan sebagainya (tanpa ada tujuan yang dibenarkan) yang menjerumuskan kearah itu adalah zina dan salah dalam hukum islam…perlu diingat dan faham…ALLAH meletakkan perkataan 'taqrabu' (mendekati) bukan 'ta'malu'(membuat)…jadi semua perkara yang menjurus kearah itu adalah salah… Matlamat tidak menghalalkan cara…ISLAM itu tinggi dan tidak ada yg lebih tinggi darinya…

Akhwat dan ikhwah fillah,

Jasmani dan rohani perlu perlu seiring untuk menjadi khalifah yang betul-betul melaksanakan tanggungjawab yang telah ditaklifkan…setidak-tidaknya bangun malam perlu untuk memberikan kita kekuatan dalam menghadapi mehnah hidup dunia ini…sekurang-kurangnya solat tahajjud 2 rakaat…memang susah tapi sama-sama kita cuba amalkan…kalau diwaktu exam, kita sanggup berjaga malam semata-mata untuk study…(satu malam sahaja boleh habis satu buku…kalau hari-hari lain satu helai pun dah letih)…tapi bila dah habis exam, nak berjaga malam pun payah…kerana sedang nyenyak tidur di katil empuk dibuai mimpi yang indah… iman kita sekarang sedang sakit…sedarkah kita?? @ masih dibuai mimpi yang indah…

Kadang-kadang membaca sehari sejuzuk pun kita tidak mampu (selain dari muQarar @ hafalan tasmi') inikan pula nak istimrar mengulang…adakah mengulang hanya sekadar untuk exm?? Untuk mendapatkan 4.0 dalam sijil dunia?? Klu begitu batalkan saja niat kita untuk menghafaz…kerana disebabkan kitalah datangnya fitnah kepada Al-Quran…

Ayuh sama-sama kita intropeksi n koreksi diri kita…adakah kita benar-benar menghayati dan beramal dengan al-Quran yg kita hafaz?? @ hanya sekadar untuk exm? @ sekadar inginkan nama sebagai hafiz @ hafizah?? Di mana nilai diri kita sebenarnya…ayuh bangkitlah wahai hamlatul Quran…janganlah asyik dibuai dengan mimpi-mimpi yang indah sahaja…sedar dan bangkitlah…apakah sebanarnya tujuan kita menghafaz al-Quran??…klu hanya sekadar inginkan nama…lebih baik berhenti daripada mendapat laknat ALLAH akibat perbuatan-perbuatan kita yang kadang2 bukan kita tidak tahu tetapi sengaja buat-buat tidak tahu dek kerana seronok dengan nikmat dunia yang fana dan sementara ini…sudahlah tidak ingat apa yang kita hafal ditambah pula dengan akhlak yang teruk…kita sebenarnya perlukan teman yang menjadi cermin kepada diri kita…teman yang boleh membawa kita arah kebaikan…bukan teman yang boleh menjerumuskan kita ke neraka…

Internet memang melalaikan…oleh itu, jadikanlah internet ini sebagai medan untuk kita bertukar-tukar pendapat dan menambahkan ilmu yang semakin lama bukan semakin bertambah tetapi semakin berkurang dek kurangnya pembacaan kita…moga sedikit sebanyak memberi manfaat berguna kepada kita…bukan sekadar berkenal-kenal kosong…ber 'ana' 'enti' ber 'saya' 'awak'…itu ikhtilat namanya…ini bukannya peraturan ciptaan manusia tetapi syariat yang telah ditentukan ALLAH…apakah kita mahu melawan pencipta kita??

Jaga mata kawal hati didik diri (pinjam dari tema kempen Aku Tanpa Ikhtilat (ATI), Persatuan Mahasiswa Malaysia AL al-Bayt (PRISMA) MafraQ, Jordan).

Tepuk dada Tanya iman ye…bukan Tanya selera…

Sekian sahaja…Insan yang hina hamba yang dhoif…yang selalu lalai dan tertipu dengan perhiasan duniawi yang selalu lemah dengan mehnah dunia…maaf dipinta andai terkasar bahasa…kalau ada yang salah sila betulkan…hanya sekadar renungan kita bersama…bukan untuk dibaca tetapi untuk sama-sama fikirkan hakikat sebenar yang melanda diri kita…bukan tsunami…bahkan lebih teruk dari itu…sama ada bertepatan dengan diri kita @ tidak…tanyalah diri kita…nilailah dengan mata hati…bukan dengan hawa nafsu…sama-sama kita intropeksi dan koreksi diri kita…surah azzariyat ayat 55,

Maksudnya : dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang Yang beriman.

…kearah memperbaiki diri, berubah dan memantapkan generasi al-Quran…jom berubah dari sekarang… upgrade our iman..selalu tajdid niat…pergantungan hanya pada ALLAH..segala-galanya hanya kerana ALLAH…

Jangan Mengeluh..

JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah
menjawabnya. ......... .......

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami
telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu
kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali
kepada
orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya
kepadaNya
aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Kalu nak mengeluh lagi ............ jom gi ngaji^^

Nota:
Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya
sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran

DOA KHATAM QUR'AN

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam sebagai pujian daripada orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang bertaqwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kami, Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sekalian para sahabatnya.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat),



wahai Tuhan Sekalian Alam.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusankanku.

Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku.

Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku daripada segala kejahatan.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amal pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku hari bertemu dengan-Mu.



Ya Allah, ya Tuhanku!

Aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang, kematian dalam kebenaran dan tempat kembali yang tidak terhina lagi buruk keadaannya.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan,

sebaik-baik doa,

sebaik-baik kejayaan,

sebaik-baik ilmu,

sebaik-baik amal,

sebaik-baik ganjaran,

sebaik-baik kehidupan,

sebaik-baik kematian.

Tetapkanlah (kakiku di atas sirat-Mu) serta beratkanlah timbanganku.

Perkuatkanlah imanku dan tingkatkanlah darjatku serta terimalah solatku.

Ampunkanlah kesalahan-kesalahan dan aku memohon kepada-Mu tempat tertinggi dari syurga-Mu.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Aku memohon kepada-Mu apa-apa yang mewajibkan rahmat-Mu,

juga apa-apa yang memastikan keampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa,

keuntungan daripada segala kebaikan, kemenangan dengan syurga dan pelepasan daripada api neraka.



Ya Allah, Ya Tuhan kami!

Perbaikilah akibat dari setiap urusan kami, hindarkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.



Ya Allah, Ya Tuhan kami!

Kurniakanlah kami rasa takut kepada-Mu, agar dengannya dapat menghalang kami dari melakukan maksiat,

kurniakanlah kami ketaatan kepada-Mu,

agar dengannya akan mendekatkan kami dengan syurga-Mu,

kurniakanlah kami keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang menimpa kami, berikanlah kami nikmat pendengaran, penglihatan dan kekuatan, selama Engkau masih berikan kehidupan buat kami,

dan jadikanlah semua itu warisan kami,

balaslah orang yang berbuat zalim terhadap kami, bantulah kami dalam menghadapi musuh-musuh kami,

janganlah Engkau timpakan musibah dalam agama kami,

janganlah Engkau jadikan dunia ini tujuan utama kami,

jangan pula Engkau menilai pengetahuan kami serta janganlah Engkau jadikan orang yang tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada kami menjadi pemimpin kami.



Ya Allah, Ya Tuhan kami!

Jangan Engkau biarkan kami melakukan sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya,

jangan biarkan kami dalam kebuntuan melainkan Engkau melapangkannya,

jangan biarkan kami mempunyai hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan jangan ada sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya,



wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yang penyayang.



Wahai Tuhan kami!

Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada azab neraka.



Selawat dan salam yang tidak terhingga ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya serta para sahabat yang terpilih.



Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Pesan Sahabat Kepadaku..

huffaz Qiraat: Jangan biarkan diri kita hidup sndiri...Nanti hidup kita umpama tidak berkemudi.. Carilah insan yg dapat membimbing hati.. Agar hati terjaga hingga kita bertemu ilahi.. Hati itu kunci diri.. Sempurna ia sempurnalah diri.. Rosaklah ia binasalah diri.. Hanya Iman dan taqwa pencuci hati.. Agar diri sentiase bercahaya ketika menemui ilahi.. Hati adalah seketul daging dalam diri.. Terciptanya rapuh akan nafsu duniawi.. Kuatkn lah ia dgn mengingati ilahi.. Sinarilah ia dgn tangisan taubat terhadap ilahi.. Lembutkan lah ia dgn membaca al-Quranul karim.. Agar ia sentiasa teguh dan tetap di jalan ilahi...

kak chik: YA ALLAH, jagai hati kami, kami seringkali tertawa melupakan akhiratMU, Kurangkan ketawa kami, kurangkan bicara kami yg tidak menyebut namaMU. Rasulullah SAW seringkali berdoa: "Ya ALLAH, Berikanlah aku rezeki dua mata yg menangis kerana takut kepada ENGKAU sebelum air mata ini habis."

Puteri Alisya: Apakah sifat orang Islam yang paling baik? Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a: "Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah sifat orang Islam yang paling baik? Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang yang mensejahterakan kaum Muslimin dari lidahnya(percakapannya) dan tangannya(Perbuatannya)". HADIS :RIWAYAT MUSLIM

ecah MTDQ:


Jangan... Jangan... Jangan...

Ø Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur, itu lain cerita.

Ø Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Ø Jangan makan dan minum dalambekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Ø Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Ø Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Ø Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Ø Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan..


eman_halimah:

"tiada yang boleh mengusir syahwat dan rasa cinta pada duniawi kecuali rasa takut kepada Allah dan rasa rindu kepada-Nya yang buat hati kita merana.."-ibn atqolalah


khaty_mtnp:

kawan bila rasa ingin menangis hubungilah aku aku takkan suruh kau berhenti menangis tapi...aku akan kata, "aku ingin menangis dengan kau tapi tak boleh lama sangat, nanti habis air mata aku". Kawan jika terasa nak larikan diri jauh dari masalah yang menyelubungi maklumkan aku, aku takkan halang kau tapi... aku akan kata, "berlarilah bersama aku untuk kau lupakan sementara masalah cuma jangan terlalu laju, aku tak larat nak kejar kaki aku pendek." Dan lepas itu aku juga akan kata "Kau tak boleh selamanya lari dari masalah, hadapi ia." Kawan jika kau kecewa keluargamu tak bahagia, beritahulah aku aku takkan minta kau benci pada keluargamu tapi… aku akan kata, "Kajilah punca kekecewaanmu, dan paling penting, terimalah segala ketentuan Allah.


noratiqah hussin:

" amat perit utk umar terima kewafatan Rasulullah..amat payah utk Abu Bakar meneruskan perjuangan islam Rasulullah..amat sukar bg Ali menegakkan kebenaran sdg sekelilingnye imam makin pudar..senyap2..alim ulama makin hilang..Remaja sepertiku makin jauh dri semangat jihad dan syg pd islam..Leka bnr pd kmanisn gula dunia yg mmbwa penyakit..Lupa bnar pd kemanisan madu yg mnjadi pnawar..utkmu shbt,jika kau shbt,sme2 lah brdoa mge Allah pmpinkte sekeluarga ke jln islam..jauhkn kte dr jln maya yg di cipta akal yg rosak,hati yg busuk ..bantuan syaitan laknatullah"


ibnatiummi:

"IMAM SYAFIE PERNAH BERKATA: Barangsiapa yang mempelajari Al-Quran,akan bernilai dirinya,

barangsiapa yang merenung dan mempelajari fekah maka akan mulia kedudukannya,

barangsiapa yang mempelajari bahasa akan lembut jiwanya,

barangsiapa yang mempelajari matematik akan kuat fikiranya,

barangsiapa menulis hadis akan kuat hujahnya, dan

barangsiapa tidak memelihara didrinya daripada maksiat maka ilmunya tidak memberi menfaat kepada dirinya.
"

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah banggunan tersergam indah.."

"Aku dapat membanyangkan al mujahid itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Pulang dan perginya perkataan, bicaranya, kesungguhannya, dan gurauanya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya..dirimu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat kilauan matanya, medengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya...."

Imam Hassan Al-Banna

DOA RABITAH

"YA ALLAH,Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untukmendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya...



Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU,



Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandarandan sebaik-baik penolong,



YA ALLAH,Perkenankanlah permintaan ini...Amin"

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

• Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

• Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

• Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

• Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

• Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail..

Fursan - Keinsafan Diri (lq) Mp3
Musicaddict.com