8/28/08

ahlan ya Ramadhan

Nasihat Ramadhan
Album : Munsyid : Nadamurnihttp://liriknasyid.com

bulan ramadhan bulan bertuah
bulan ibadah bulan mujahadah
bulan rahmat bulan maqfirah
bulan al quran dan lailatulqadar


besar ramadhan dgn puasa
diwaktu malamnya tambahkan ibadah
bacalah al quran bykkanlah sedekah
tarwaih kerjakanlah walaupun sunnat

pelihara mata jagalah telinga
kawalah lidah dari yg sia-sia
fikirkanlah yg mendatangkan faedah
hubungkan hatimu dgn Allah

zikir selawat doa panjatkan
pahala ramadhan diganda-gandakan
jgn lupakan jgn lalaikan
ramadhan tiba setahun sekali

bulan ramadhan bayarlah fitrah
untuk membersihkan hati dan diri
sebagai bantuan kpd yg susah
agar mereka gembira dihari raya

Allahu ya Allah
kepada Mu kami beriman
kerana Mu kami berpuasa
di bulan ini bulan yang mulia
kami mohon rahmat ya Allah
ke ampunan Mu wahai Tuhan

bykkan iktikaf disepuluh hari terakhir
lailatulqadar berlaku dimalam itu
kitakan mendapat pahala yg besar
seperti beribadah seribu bulan

kalam mujaheedah: salam menyambut ramadhan buat sahabat-sahabat..sama-sama kita manfaatkannya..

Renungan buat muslimah

Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk di alasi,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat di hati untuk dilindung,
dekat jua dihati untuk dikasihi,
engkau lah wanita hiasan duniawi…

Indahnya ciptaan yang maha KUASA,Angin bertiup tenang,sinaran mentari lembut menerangi alam.tapi sayang, semua itu tidak dapat memadamkan kegelisahan hati sebiji epal yang berada nun dipucuk.
Sejak seminggu yang lalu,epal itu asyik berfikir,mengapa aku masih tidak dipetik orang?kulitku licin mulus,warnaku merah bersinar.siapa yang memandang pasti akan terbakar seleranya.pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.tapi..kenapa aku masih tidak dipetik orang???

Epal tersebut memandang kebawwah,hairan. Kenapa manusia memilih rakan-rakannya yang berada dibawah sana,bukankah mereka tidak mendapat angina yang paling bersih dan cahaya yang paling murni seperti aku yang berada dipuncak ini?
Bukankah rakan-rakanku itu ada yang telah dirosakkan serangga?

Epal tersebut bingung memikirkan rakan-rakanya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek yang menjadi pilihan manusia,bukan dirinya yang masih belum tercemar dan dicuit orang.apa kekurangan diriku?

Perasaan rendah diri mula bertandang.makin lama makin menebal,diselangi rasa bimbang dan kecewa,murungnya tidak tertanggung lagi.lalu epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah. Apabila sudah berada dibawah,hatinya ceria bukan kepalang.sedetik lagi aku bakal dipilih manusia,warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal tidak sabar menanti manusia yang bertuah itu,malangnya hari semakin tua, tiada seorang pun yang datang mengambilnya.rakan-rakannya yang masih tergantung dan mudah dicapai tangan juga yang menjadi pilihan orang,yang sudah dibelek-belek,dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga yang menjadi buruan..epal yang tadinya gembira, kini bertukar menjadi risau,dan dari risau menjadi sedih…
Siang berganti malam,hari berganti minggu..

Kasihan…. Akihirnya epal tersebut busuk ditanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak..

Wanita itu ibarat epal, epal yang tidak berkualiti amat mudah dipetik berbanding epal yang berkualiti,berada dipuncak..sukar dicari..susah dipetik payah digapai..

Mahkota seorang wanita adalah sifat malu,apabila hilang sifat malu, maka hancurlah maruahnya.. mereka sagguh menjatuhkan martabatnya yang tinggi supaya senang dijamah orang seperti rakan-rakannya yang lain…

Firman al-Khaliq`` boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu,Dan boleh jadi kamu menyukai Sesutu padahal ia buruk bagi kamu’’ [al-baqarah:216]

p/s: islam meletakkan martabat wanita terlalu tinggi tapi sayang… tak ramai yang menghargainya…(peringatan buat diriku yang lupa).

8/7/08

qolil an syaaban...

Sebuah hadis yang memberi perangsang kepada kita umat Islam supaya mengikut sunah Rasulullah saw.
1. Dari Ummu Salamah meriwayatkan bahawa beliau tidak pernah melihat Rasulullah Rasulullah saw berpuasa dalam setahun sepenuhnya kecuali bulan Syaaban. Kemudian baginda terus menyambung puasa Ramadan.
2. Al-Nasai dari Ummu Salmah berkata: ''Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali bulan Syaaban dan Ramadan.
3. Aishah pula meriwayatkan bahawa Rasulullah berpuasa bulan Syaaban kesemuanya.

Berkenaan dengan kelebihan Nisfu Syaaban iaitu malam pertengahan bulan Syaaban pula kita boleh dapati melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Habban dalam kitab al-Sahihnya, daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Nabi saw bersabda yang maksudnya: Allah swt melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh hambanya melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang yang menyebarkan fitnah.

Dalam hadis yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin al-As bermaksud: ''Allah swt memandang kepada makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampuni dosa hamba-Nya kecuali dua golongan, iaitu orang yang membunuh diri dan orang yang menyebarkan fitnah.

Hadis-hadis ini menggambarkan kepada kita kelebihan bulan Syaaban yang sungguh istimewa. Ibadat mesti digandakan sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah yang membanyakkan puasa sunat. Hadis tersebut juga menunjukkan bahawa Allah swt sedia memberi keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat.


Syaaban bermaksud berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraisy pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.

Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
"Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui" Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).



Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

  • Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

8/1/08

Baitul maqdis..

MUNGKIN ada pihak bertanya, Apakah hikmah Allah SWT tidak mikrajkan
Nabi s.a.w. dari Masjid al-Haram di Makkah terus ke langit, tanpa melalui
Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis?


Sesungguhnya Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis itu mempunyai nilai yang sangat tinggi di sisi Allah SWT, andainya Nabi s.a.w. dimikrajkan terus dari Masjidil Haram di Makkah tanpa singgah di Masjidil-Aqsa, maka sukar bagi umat Muhammad untuk memahami sejauh mana
kelebihan masjid tersebut. Apabila ia dikaitkan dengan peristiwa israk mikraj dan
Nabi s.a.w. mendirikan solat di masjid Al-Aqsa bersama para nabi yang lain,
maka umat muslimin boleh merasai kehebatan dan kelebihannya melalui
peristiwa tersebut.

Hikmah kedua Nabi s.a.w. diisrakkan ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis ialah
untuk menjelaskan tentang hubungan antara Nabi Isa a.s. seorang Nabi dan
Rasul Allah mempunyai hubungan rapat dengan masjid tersebut, antara perkara
yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai
hubungan rapat dengan Nabi Isa a.s..

Berasaskan hubungan rapat antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Nabi Isa a.s.
bahawa kedua rasul itu membawa ajaran yang satu iaitu Islam yang berasaskan
aqidah keTuhanan yang Esa. Dengan hujah dan dalil itu menunjukkan bahawa
kedua-dua umat Nabi Muhammad s.a.w. dan Nabi Isa a.s. adalah dari rumpun
aqidah yang sama. Sewajarnya mereka tetap bersatu mendokong ajaran tauhid
yang sama. Kerana Tuhan yang menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad
s.a.w., maka Tuhan itu juga yang menurunkan wahyu kepada Nabi Isa a.s.. Dan
sewajarnya juga mereka menolak aqidah treniti hasil penyelewengan para paderi
yang berkepentingan.

Sebab itu dalam peristiwa israk mikraj itu Nabi diperintah singgah mendirikan
solat di Masjid Al-Aqsa, seolah-olah Nabi s.a.w. singgah ke rumah saudaranya
Nabi Isa a.s., maka sudah sewajarnya ummat kedua-dua Nabi dan Rasul
berkenaan tidak bercanggah pendapat dan jauh sekali dari sifat permusuhan.
Hakikatnya bukan saja hubungan rapat antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan
Nabi Isa a.s. sahaja, bahkan Nabi Muhammad rapat dengan semua nabi-nabi
dan rasul. Kerana peristiwa israk mikraj itu juga telah menemukan Nabi
Muhammad dengan nabi-nabi dan rasul terdahulu. Justeru itu umat para
nabi-nabi dan rasul itu tidak patut mereka berperang sesama sendiri,
memandangkan bahawa nabi-nabi dan rasul mereka begitu baik hubungan
dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Jika para nabi itu bersatu mendokong aqidah
tauhid, maka tiada alasan umat para nabi itu berpecah dari segi aqidah. Mereka
mesti bersatu dalam aqidah tauhid, sebaliknya menolak semua fahaman karut
ciptaan para paderi.

Dengan demikian juga menjadi dalil tentang bagaimana perlunya umat Islam
berfahaman begitu di setiap masa, iaitu wajib menjaga bumi suci Baitul Maqdis
dan mengawal dari gangguan pihak-pihak yang tamak dan juga puak-puak
musuh agama Allah iaitu agama tauhid. Seolah-olah Allah SWT memberi isyarat
kepada umat yang berpegang dengan ajaran Islam dan aqidah yang murni itu,
supaya jangan merasa lemah, takut dan bacul di depan Yahudi yang bertekad
untuk terus menguasai Baitul Maqdis dan bumi Palestin, kerana ia adalah bumi
para anbiya. Seluruh umat para nabi khususnya umat nabi yang terbabit dalam
peristiwa israk mikraj mestilah menaruh azam untuk merampas kembali bumi
Baitul Maqdis dan Palestin, untuk diserahkan kembali kepada rakyat Palestin
yang beriman.

Mengapakah suatu ketika dahulu "Salahuddin Al-Ayubi" bersama tentera Islam
bermati-matian mempertahankan Baitul Maqdis , ketika diserang oleh tentera
Salibiah Eropah. Sedangkan Salahuddin Al-Ayubi bukan rakyat Arab Palestin,
beliau adalah dari keturunan Kurdi, satu bangsa yang mendiami utara Iraq yang
bersepadan dengan Turki. Beliau berjaya menumpaskan serangan tersebut,
malah berjaya menghalau saki baki tentera kristian itu dari bumi Palestin.

Apakah yang mendorong beliau bertindak demikian, dan tidak menyerahkan
urusan mempertahan kota Baitul Maqdis itu kepada rakyat Palestin untuk
mempertahankan tanah air mereka sendiri? Sebaliknya Salahuddin Al-Ayubi
ketika dipenghujung hayatnya telah berpesan supaya segala pakaian penuh
berdebu yang digunakan semasa berperang, agar dimasukkan di dalam liang
kubur dan ditanam bersama jenazahnya. Dengan tujuan supaya menjadi saksi
bahawa beliau telah menghabis segala tenaga dan fikiran untuk mengetuai tentera
Islam bagi mempertahankan Baitul Maqdis dari serangan tentera Kristian
Eropah.

Sesungguhnya yang mendorong Salahuddin Al-Ayubi bertindak demikian ialah
kerana didorong kesedaran yang tinggi untuk mempertahan kota suci iaitu kota
yang telah menemukan Nabi Muhammad s.a.w. dengan para anbiya yang lain,
khususnya dalam peristiwa Israk mikraj. Sebagai seorang Islam beliau
berkeyakinan bahawa apabila bumi suci Baitul Maqdis itu diganggu oleh
golongan kuffar, adalah menjadi kewajipan kepadanya dan juga umat Islam
seluruhnya bangun untuk mempertahankan atau membebaskan bumi tersebut
dari cengkaman musuh Allah SWT itu, tidak kira sama ada mereka orang
Palestin ataupun bukan.

Empat puluh tahun selepas peristiwa itu, Lord Olenby yang mengetuai pasukan
salibiah berjaya memasuki semula kota Baitul Maqdis, dia pergi ke kubur
Salahuddin Al-Ayubi dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin
sambil berkata: "Sekarang aku datang semula ke sini." alangkah baculnya ketua
tentera salibiah itu, dia hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah
mati, dengan mesej bahawa pihak salibiah sentiasa menyimpan dendam terhadap
Islam. Bagi Salahuddin Al-Ayubi, beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya
mempertahankan kota suci terletaknya Masjid al-Aqsa yang mulia, tempat Nabi
Muhammad s.a.w. mendirikan solat dua rakaat dalam peristiwa Israk dan
Mikraj.

Di Baitul Maqdis itu juga Nabi s.a.w. melepasi satu ujian, ketika Jibril
menghidangkan dua bejana, satu berisi arak dan satu lagi berisi susu. Nabi
s.a.w. mengambil bejana berisi susu dan meminumnya. Ketika itu Jibril berkata:
"Sesungguhnya engkau telah membuat pemilihan yang menepati fitrah
manusia."Susu adalah minuman yang bersifat fitrah amat serasi dengan
kehendak naluri manusia, secara fitrah manusia bukan makhluk yang
memerlukan minuman arak yang memabukkan itu. Apabila Nabi s.a.w. memilih
susu sebagai minuman yang serasi dengan fitrah manusia, maka demikian pula
kedudukan Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w. adalah ajaran agama yang
memenuhi keperluan fitrah manusia. Tidak terdapat dalam Islam satu perkara
pun yang bercanggah dengan naluri dan tabi'e manusia.

Semua peraturan yang terdapat dalam Islam, sama ada peraturan ibadat yang
menghubungkan manusia dengan Tuhan, peraturan muamalat yang membabitkan
urusan ekonomi, peraturan munakahat yang mengatur urusan nikah dan
kekeluargaan, peraturan jenayat yang melibatkan undang-undang hudud, qishash
dan seumpamanya. Apa jua yang dikehendaki oleh Islam semuanya sesuai
dengan naluri dan kemahuan manusia. Sekiranya fitrah yang ada pada hati dan
naluri manusia itu ibarat manusia, maka Islamlah pakaian bagi manusia itu yang
benar-benar memenuhi saiz ukuran dan keperluan.

Agama selain dari Islam bukan pakaian manusia, kerana ada peraturan dalam
agama tersebut yang bercanggah dengan naluri dan kehendak manusia. Contoh,
ada agama yang melarang paderi atau sami mereka berkahwin, sedangkan
kahwin adalah naluri manusia. Naluri ingin kahwin tidak dapat dibendung di
kalangan paderi dan sami, lantaran itu golongan tersebut terpaksa melakukan
zina disebabkan kononnya peraturan melarang mereka berkahwin. Ada agama
yang mengharamkan riba di kalangan mereka, tetapi menghalalkan amalan riba
kepada penganut agama lain. Amalan ini tidak sesuai dengan naluri manusia
lantaran ia bercanggah dengan konsep keadilan, kerana manusia secara
kehendak semula jadi ingin dilayan dengan adil.

Allah SWT menganugerahi agama Islam kepada manusia kerana ia adalah suatu
keperluan rohani dan jasmani manusia, menolak Islam sama ertinya membiarkan
roh dan jasad dalam kebuluran, pada hal roh dan jasad membenci kebuluran.

PERANAN MUSLIMAH SEBAGAI DAIEAH

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah s.a.w

Penglibatan muslimah di dalam gerakan dakwah adalah merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Contoh yang dibuktikan oleh muslimah yang terdahulu seperti saiyidatina Khadijah binti Khuwailid sebagai manusia pertama yang menyahut seruan Iman dan Islam, saiyidatina Aisyah sebagai gedung ilmu dan pusat sumber maklumat, Ummu Ammarah Nusaibah binti Ka'ab yang bermati-matian di medan Uhud dan Sumaiyah Ali Yaasir sebagai orang yang pertama mendapat gelaran syahid adalah bukti yang jelas bahawa peranan muslimah adalah jauh lebih luas dari hanya sekadar beroperasi di dalam rumahnya.

Fenomena yang mengancam pemikiran ramai manusia dalam memisahkan peranan muslimah di dalam medan perjuangan Islam adalah merupakan sebahagian dari gejala rawathib al jahiliyyah (karat-karat jahiliyyah) dan juga rawathib al isti'mariyah (karat-karat penjajahan) yang begitu dominan di seluruh pelusuk dunia Islam. Akibat dari gejala ini, salah faham terhadap Islam berlaku dan Islam ditohmah sebagai satu ajaran agama yang menindas dan memperlekehkan kaum wanita.

Sifat Islam sebagai Deen ul Fitrah (agama fitrah) yang datang untuk menjadi panduan kepada manusia samada lelaki mahupun perempuan adalah merupakan satu bukti yang nyata bahawa tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini dipikul bersama oleh muslimin dan muslimat. Kebanyakan perintah-perintah yang terdapat di dalam Al-Quran adalah bersifat umum yang merangkumi lelaki dan perempuan dan Islam tidak sama sekali pun membezakan antara mereka dari segi tanggungjawab di atas muka bumi mahu pun pembalasan di akhirat nanti.

Setelah kita berusaha untuk membentuk diri kita dengan sesempurna mungkin untuk memikul tanggungjawab ini, setiap individu muslimah mestilah berusaha untuk memanggil ke arah perlaksanaan cita-cita Iman dan Islam tadi ke dalam realiti. Keindahan dan kesempurnaan Islam tidak akan terbukti kalau hanya setakat teori dan cita yang tidak dicernakan ke dalam waqi' (realiti). Tugas mencernakan ajaran Islam dan mengajak manusia bersama untuk beriman inilah yang dikenali sebagai da'wah.

Di dalam konteks da'wah, di sana ada 3 marhalah (peringkat) yang mesti dilalui untuk menjamin keberkesanan usaha yang dilakukan. Marhalah2 tersebut adalah marhalah ta'rif (pengenalan), marhalah takwin (pembentukan), marhalah tanfiz (perlaksanaan). Di sini kita akan cuba menghuraikan peranan muslimah sebagai da'ieah dalam mengisi ketiga-tiga marhalah tadi.

1. Marhalah Ta'rif

Yang dimaksudkan sebagai ta'rif adalah pengenalan dalam konteks penyediaan individu muslimah yang faham, beramal dengan apa yang difahaminya dan seterusnya berjihad dan beristiqamah pula dalam jihadnya. Untuk mengisi tuntutan ini maka hendaklah setiap muslimah tadi berusaha untuk:

1.1) Melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah azza wa jal dengan pembentukan iman dan aqidah yang benar. Proses ini berlaku apabila muslimah tadi berusaha dan bersungguh dalam ibadat dan hubungannya dengan Allah azza wa jal melalui ibadat dan ketaatan seperti yang telah diwajibkan.

1.2) Melahirkan insan yg faham akan konsep Iman dan Islam yg menyeluruh sepertimana firman Allah azza wa jal: "Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak-jejak syaitan". Surah Al Baqarah ayat 208.

1.3) Melahirkan insan yang memiliki as syakhsiyah al islamiyyah (personaliti sebagai seorang Muslim) yg contoh ikutannya adalah Rasulullah SAW. Syakhsiyah ini adalah berbentuk kamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) dan setiap penda'wah hendaklah menyedari bahawa kita sekarang sedang membawa risalah dan setiap gerak geri kita adalah diperhatikan. Pastikanlah bahawa syakhsiyah kita tadi tidak akan menimbul fitnah terhadap Islam yang hendak kita bawa dan tarbiyyah yang sedang kita lalui.

2. Marhalah Takwin

Setelah menjalani proses ta'rif, muslimah hendaklah berpindah pula kepada marhalah takwin. Di dalam marhalah ini mad'u (mereka yang dida'wahkan) hendaklah dibawa mengenali konsep amal jamaie (beramal dan bergerak dalam bentuk jamaah). Islam tidak pernah dan tidak akan dapat ditegakkan oleh individu atau pengasingan diri dari masyarakat. Individu tadi hendaklah memiliki dan mengujulkan intima' dan iltizam (commitment) yang menyeluruh terhadap Islam, da'wah dan harakah Islamiyyah (gerakan Islam).

Dalam peringkat ini hendaklah dibentuk sifat masuliyah fardiyah (tanggungjawab) yang tinggi. Masuliyah ini adalah masuliyah yang melahirkan sifat muraqabah (merasakan bahawa Allah sentiasa memerhatikannya) yang akan mengakibatkan individu tadi jujur pada dirinya, jujur pada Allah dan jujur pada perjuangan yang didokonginya. Kita tidak mahu dalam marhalah ini akan timbul permasalahan furu' (cabang) dibawa menjadi isu yang mengakibatkan kita menjadi golongan al mutasaqitin (golongan yang gugur).

Dalam marhalah ini kewujudan baitul muslim (rumah tangga Islam) sebagai nucleus terpenting dalam gerakan Islam adalah merupakan satu tuntutan. Muslimah berperanan untuk memastikan rumahtangganya hidup dalam suasana Islam dalam semua aspek. Dalam hubungan ini Muslimah berperanan untuk menjadi zaujah as solehah (isteri yang solehah), yang taat dan pendorong utama kepada perjuangan Islam suaminya dan juga berperanan besar untuk memastikan tarbiyatul aulad (pendidikan anak-anaknya) berjalan dalam suasana yang Islamic.

3. Marhalah Tanfiz

Marhalah ini adalah marhalah yang terpenting yang merupakan ujian sebenar terhadap commitment seseorang muslimah terhadap pengisian dan kefahamannya terhadap Islam. Islam yang hanya sekadar diteorikan tidak akan mendatangkan sebarang hasil. Dalam marhalah ini, 3 unsur utama yang harus diperhatikan adalah:

3.1 Al Iman al 'amiq: Iman yang mendalam.

3.2. Tanzim ad daqiiq: Penyusunan organisasi gerak kerja yang teratur lagi menyeluruh.

3.3. Al amal mutawasil: Kerja dan komitmen yang dibuat berterusan dan bukan hanya kerana masa yang tertentu, kawan atau suasana.

Dalam marhalah ini, muslimah tidak lagi dapat menyendirikan diri untuk membawa risalah Islam. Panduan Al Quran dengan jelas memerintahkan pejuang Islam untuk berada dalam satu saf yang tersusun rapi:"Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah batu-bata yang tersusun rapi..." AS SAFF:

3.Marhalah ini mengajak muslimah untuk keluar di tengah-tengah medan dan bersama mengangkat panji-panji Islam untuk ditegakkan di tengah-tengah kejahilan ummah. Marhalah ini adalah marhalah muwajahah (berdepan) dengan realiti perjuangan da'wah yang akan mengajak kepada pengorbanan yang sebenarnya. Tidak ada di sana sebarang perjuangan yang tidak ada pengorbanan. Pengorbanan dalam da'wah adalah terlalu luas dan banyak bidangnya yang mengajak kita untuk mengurus dan mentadbir diri kita ini dengan sebaik-baik tanzim.

Setelah kita melihat segala tuntutan ini dengan jelas menunjukkan bahawa tanggung jawab yang ada di bahu kita adalah lebih banyak dari kemampuan yang kita miliki, maka dengan demikian hadith Rasulullah SAW: "Ilzim jama'tul muslimin wa ima mahum"; Lazimkanlah diri kamu dengan jemaah Islam dan Imam (pimpinan) mereka, adalah merupakan satu komitmen yang jelas mengajak kita semua untuk bersatu bersama jemaah.

Ikrar sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah akan hanya teruji kalau kita bersama dengan harakah Islamiyyah. Perjuangan yang tidak bersifat haraki adalah perjuangan yang tidak menepati contoh yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan cita-cita Islam tidak akan tercapai kalau kita hanya menyatakan bahawa Islam itu benar, indah dan sempurna tetapi kebenaran, keindahan dan kesempurnaan itu tidak kita jihadkan dan kita da'wahkan.

wallahu taala a'lam...

coretan buat wanita..

Allah Swt mengutus 124 ribu Nabi dan Rasul tak ada satu orang pun dari kalangan wanita, tapi tak ada seorang nabipun terkecuali Adam a.s yang lahir MELAINKAN dari rahim wanita, begitu mulianya seorang wanita sehingga dari rahimnya Allah swt hadirkan kekasih-kekasih Allah Swt yang membawa risalah demi mencapai kehidupan yang harmoni didunia dan akhirat.

Nabi saw bersabda : “ Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan memasuki surga sebelum orang yang paling baik di antara lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suami diatas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil, mereka seperti batu permata yang berkilau”

Bahkan Rasulullah bersabda : “ Sampaikanlah kepada seluruh wanita yang kamu jumpai, bahwasanya : “Taat kepada suami dengan penuh kesadaran, maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah Swt, tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mau menjalankannya”
* Seoarang wanita solehah adalah lebih baik dari pada 70 orang wali, seoarang wanita yang jahat lebih buruk dari pada 1.000 orang lelaki yang jahat.
* Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat.

* Seorang wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh iaitu 2 ½ tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
* Sungguh burung-burung diudara , ikan-ikan dan malaikat dilangit meminta keampunan untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya.
* Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya ridha terhadap pemerergiannya, maka ia akan masuk syurga.
* Bila seorang suami pulang kerumah dengan perasaan gelisah, dan isterinya menghiburnya maka isterinya akan mendapatkan pahala jihad.
* Bila seorang wanita, mengerjakan dan menjaga solatnya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga amanah suaminya dan mentaati suaminya, Allah Swt akan memberikan izin padanya untuk memasuki syurga melalui pintu mana saja yang disukainya.
* Bila seorang wanita hamil solat 2 rakaat adalah lebih baik dari pada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.
* Bila seorang wanita tidak dapat tidur kerana sakit dan menyusukan anaknya, Allah Swt akan mengampuni seluruh dosa-dosanya dan mendapatkan pahala 12 tahun ibadah.
* Bila seorang wanita menyapu rumahnya dengan berzikir maka Allah Swt akan memberikan pahala meyapu Ka’bah.
* Bila seorang wanita hamil , sehingga dia melahirkan anaknya, Allah Swt akan memberikan pahala sebagaimana ia berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam.
* Bila seorang wanita meninggal diantara 40 hari setelah melahirkan anaknya, ia mendapatkan pahala syahid.
* Bila seorang wanita mendorong suaminya keluar dijalan Allah swt, dan dia dapat menerima dengan ikhlas segala kesulitan yang disebabkan ketidaan suaminya, maka ia akan memasuki syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya. Dan 70.000 malaikat akan menyambutnya , dan ia akan menantikan suaminya di surga.
* Bila seorang anak menangis di malam hari, dan ibunya tidak marah tetapi membujuknya, ia akan mendapatkan pahala satu tahun Ibadah.
* Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Swt di akhirat tetapi Allah Swt datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya, iaitu memakai purdah didunia secara istiqomah.
Begitu mudahnya seorang wanita mendapatkan keredhaan Allah Swt mana kala dia taat kepada suaminya , tentunya ketaatan disini dalam batasan-batasan Agama , kerana mana kala seorang suami sudah melanggari apa yang digariskan agama maka tidak ada lagi ketaatan bagi seorang wanita. Kerana “Tidak ada ketaatan kepada mahluk dalam menderhakai AL-Khalik”

Sebagaimana kisah Asiah isteri Fir’aun. Di tengah-tengah kaum yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, ia tetap berpegang teguh kepada Allah Swt, walaupun untuk menjaga keimanan tersebut , ia harus menerima kematian ditangan suaminya sendiri, iaitu Fir’aun la’natullahu ‘alaihi. Rasulullah saw bersabda bahawa wanita yang terbaik dan paling sempurna adalah Asiah isteri Fir’aun dan Maryam.

Syekh Ibarahim Ali mengatakan seorang wanita jika sudah dominan dalam kehidupan pria, maka ia akan menjadi buah hati dan ruhnya. Bahkan akan menjadi segenap badan dan perasaan pria. Semua tindakan kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seorang pria, karena dorongan wanita.
fikiran dan amal para wanita muslimah akan ikut serta berhembus dengan angin, mengalir dengan air, menyatu dengan tanah, tanpa memerlukan kenderaan untuk membawanya, tanpa memerlukan tenaga untuk mengangkutnya. Kebaikan yang akan merebak atau kejahatan.. Semua tergantung kepada amalan para wanita.

Dalam buku Ya binti waya ibnii , Ali Atthonthowi menulis :

“Wahai puteriku, pintu kebaikan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.
Engkau benar puteriku, bahawa kaum pemuda lah yang pertama melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita, tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju”

Sekarang sudah jelas dengan apa dan bagaimana seharusnya kita bersikap, wanita akan mejadi baik ketika para pemuda dapat mengarahkan wanita kearah kebaikan, selama dari pihak pemuda tidak mempunyai keinginan kearah tersebut maka segala bentuk perbaikan akan sia-sia...