"tiap-tiap bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa terlalu banyak yang aku tidak tahu..."

12/31/09

kitab ini bukan pameran..."alamat qiamah,kathirul kutub lakin aina qurra'?"



salam hijrah..sedar tak sedar beberapa jam sahaja lagi kita akan mengakhiri tahun 2oo9. adakah kita sudah bersedia menjejekkan kaki ke tahun 2010?satu persoalan yang ana sendiri pun takut nak menjawabnya..



kata ibnu mas'ud : "perkara yang aku paling menyesal sekali dalam hidupku ialah apabila terbenamnya matahari,umurku semakin bertambah tetapi amalanku tidak bertambah.."



sedikit renungan untuk kita yang akan melangkah tahun baru,moga tahun 2009 yang bakal meninggalkan kita memberi pengajaran,iktibar serta mematangkan diri kita untuk menempuh cabaran dan men mehnah yang bakal kita hadapi...



cakap pasal mehnah ni,teringat pula pada adik Aqilah yang berada di Jordan,10/01/2010 ni exam,selamat menempuh imtihan,juga buat adik-adik yang ada kat Mansurah dan Kaherah,auni amirah,fatihah,ahli bait atikah,najwa,kak adiana dan kak salina..dan tak lupa yang kat Malaysia sekarang ni,kak tikah dan kak fadhilah..dan buat siapa sahaja yang akan menghadapi imtihan,bittawfiq wan najah...


dedikasi buat jiwa-jiwa yang berjuang


wahai pejuang di jalan Allah

usah risau jika kurangnya tidur,

kerana itulah tradisi orang berjuang,

tidurnya tak panjang,

makannya tak kenyang,

masa yang singkat tika dini hari itulah yang digunakan untuk menjinakkan hati dan banyak mengingatkan mati...


"jika aku tidur disiang hari,aku telah mengabai hakku bersama saudara-saudaraku,dan jika aku tidur di malam hari,aku telah mengabaikan hakku bersama Tuhanku.."


apabila ditanya,bila masa untuk berehat?


dijawabnya,bila selangkah kakinya sudah menjejak ke syurga..


subhanallah!!dari manakah kudrat dan semangat itu diperolehi?


kudratnya datang dari aliran darah yang sentiasa dibasahi dengan zikrullah,

melalui lisan dan hati yang bersatu mentadabbur ayatullah..


salam imtihan

"sekali kaki melangkah di jalan Allah,

jangan undur,

biar masa berganti,keazaman tetap subur dihati,

keyakinan pada allah jang goyang,cuba sehabis daya..

moga kejayaan milik mereka yang berusaha

dan milik mereka yang menempatkan Allah di hatinya.."



jangan takut


"dimana ada hikmah,maka akan ada ketakutan pada Allah,dan dimana ada ketakutan pada Allah,maka akan ada Rahmat Allah"



jangan meniru


"kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan"

*musykilah kabirah!!bagi siapa yang meniru,jangan sekali2 buat macam tu.. biasalah lah masalah pelajar,berat memikul amanah ibupaba,sanggup ambil jalan pintas untuk mengembirakan ibubapa,bagus,tapi caranya tak kena.dan kesannya amat2 besar.misalnya..

seorang lelaki yang meniru,alhamdulillah,xkantoi..bahkan dapat najah sofi..tapi dimana keberkatan??kita menipu orang lain dan menipu diri sendiri,dapat sijil,dengan sijil tu jugak kita guna untuk dapatkan pekerjaan,seterusnya menjadi hasil pendapatan,beli makanan,dah jadi darah daging kita,bagi yang dah berkahwin,adakah dengan hasil itu jugak kita nak bagi anak dan isteri kita makan??sanggupkah?na'uzubillah..



tawakaltu 'alallah


"yang dilihat dan diukur oleh Allah,bukan sejauh mana usaha kita,

tapi adalah sejauh mana tawakal dan keyakinan kita kepada Allah..

bukan bermakna tidak perlukan usaha,

tapi jangan beranggapan bahawa usaha kita adalah penentu kejayaan..

sebaliknya kejayaan itu adalah milik Allah dan siapa yang dikehendaki-Nya"


mujaheedah: oleh itu,meh kita topup iman:)

12/17/09


hijrah Nafsu,daripada maksiat kepada taat kepada Allah.



doa akhir tahun dibaca selepas solat asar


doa awal tahun pula dibaca selepas solat maghrib

*tidak dijumpai dalil yang kuat dari kitab-kitab hadis bahawa Nabi S.A.W pernah membaca doa awal tahun dan akhir tahun. namun begitu, kita digalakkan untuk berdoa tak kira dimana kita berada.

Allah berfirman dalam surah Ghafir,ayat 60 yang bermaksud: berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan(qabulkan).

doa diatas adalah panduan semata-mata..wallahu a'lam

_____________________________________________________________________________________

kalau kita takut kepada makhluk,misalnya anjing, singa, harimau atau binatang-binatang lain yang bersifat buas,
kita mestilah lari jauh dari binatang tersebut untuk menyelamatkan diri kita..

tapi...jika kita takut kepada Allah..kita kena dekatkan diri kita kepada Allah,bukannya hanya lisan berkata "aku takutkan Allah"
tapi hati sayang nak tinggalkan maksiat,dizahirkan dengan amalan yang tak mahu berubah..



Hijrah menuju Allah
Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para Nabi
Para Solihin dan Muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

c/o
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

salam mujahadah dan salam muhasabah linnafs

12/16/09

renungan,peringatan dan pengharapan



barangsiapa yang mengaku 4 perkara tanpa disertai 4 perkara lain,maka dia adalah pendusta.

barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah tetapi keluh kesah dengan ujianNya,maka dia adalah pendusta.

barangsiapa yang mengaku takutkan neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat,maka dia adalah pendusta.

barangsiapa yang mengaku cintakan Rasulullah s.a.w tetapi tidak cinta kepada ulama dn faqir miskin,maka dia adalah pendusta.

barangsipa yang mengaku cintakan syurga Allah tetapi tidak beramal dengan ketaatan,maka dia adalah pendusta.

mujaheedah: orang yang beriman mestilah berkata dan beramal dengan apa yang dikata..

ya Allah...sesungguhnya banyak yang aku harap2kan di dunia ini, banyak yang aku cinta2kan didunia ini..
aku pohon padaMu ya Allah...jangan Kau lalaikan aku dengan segala kenikmatan dunia ini,jangan pula Kau jadikan kenikmatan dunia ini sebagai istidraj bagi diriku..
Engkau jadikanlah segala yang aku harap2kan di dunia ini,ilmu yang aku pelajari menjadi manfaat bagi diriku,jodoh yang soleh serta harta yang tidak melalaikan aku sebagai jambatan untuk aku sampai kepada redha-Mu...amin

wahai diri..
pandanglah kepada orang yang berada diatas,agar lahir sifat tawadu' dan pandanglah juga pada orang yang berada dibawah tika kau berada diatas,agar lahir rasa bersyukur dengan nikmat yng kau miliki...
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
kerana Dia yang memberi peluang
merasai nikmat dibumi anbiya ini
sebagai dalil indahnya nikmat disana nanti..

jika kau rasa dunia ini indah,ketahuilah bahawa syurga itu lagi teramat indah.
wallahu a'lam

12/9/09

bintu nakhol






hebatnya seekor lebah,
bermulanya dengan setitis madu,
diiringi dengan usaha yang berterusan..
sanggupkah kita mengumpul ilmu,
seperti si lebah mengumpul madunya,
dan setelah itu memberi manfaat yang kepada manusia??

bertepatan lah dengan thaqofah kita selaku bakal azhariah mesir,dalam fatrah mengumpul ilmu terlalu banyak dugaan,apatah lagi di dalam musim sejuk sekarang ni.. tapi jika azam kita kuat dan usaha kita berterusan..insyaallah..Allah permudahkan jalan jihad bitta'allum kita..

mujaheedah:meh bace novel ni..ambil yg jernih,buang yg keruh..

izal mar'u kanat lahu fikrah
fi kulli syai'in lahu 'ibrah

bila seseorang itu ada akal fikiran,
dalam semua perkara ada pengajaran..

wallahu 'alam..
sedikit renungan buat ana sendiri sebagai penulis dan buat sahabat-sahabiah sekalian..


11/28/09

Sombongnya kita pada Allah...


Assalamualaikum...kaifa halukum sahabat ana semua, Alhamdulillah diberi peluang utk menulis hari ni.. pertama sekali ana nak ucapkan selamat hari raya 'idul adha kepada semua sahabat2 ana..alhamdulillah tahun ni kita masih merasai Raya Qurban.Penulisan ana hari ni bukan la berkaitan raya Qurban, tetapi perihal doa, pengharapan kita pada Pencipta, pada Allah s.w.t.
rujukan ana kitab 101 Doa oleh ustaz Zahazan Mohamad.
Kita maklumkan, kita sekali2 tidak boleh hidup tnpa pertolongan Allah, kita milik Allah, pada Allah lah sebaik2 termpat meminta dan berserah. Telitilah firman Allah

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.
(surah Ghafir : 60)

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (surah al-Baqarah : 187)


Dalam solat kita 5 kali sehari, kita mengulang 17 kali surah al-Fatihah yg kita kita teliti maksudnya ia adalah doa kita pada Allah. Dan dalam solat kita disunatkan membaca doa iftitah, janji kita pada Allah s.w.t.

Masalah umat zaman ini adalah kadang2 kita susah meluangkan sedikit masa utk berdoa.. Kenapa? ana mengakui,kadang2 ana sendiri sering lupa utk berdoa. Tujuan ana tulis ni adalah sebagai peringatan/ nasihat buat diri ana khususnya dan sahabat2 lain, luanglah masa untuk berdoa. Kadang2 kita sombong pada Allah,terus bangkit setelah solat tanpa menuturkan walau secebis doa memohon pada Allah. Doalah buat diri kita, keluarga kita, guru-guru kita, dan umat islam seluruhnya. Janganlah kita kedekut untuk berdoa, sebab doa itu bukan untuk Allah tetapi untuk diri kita sendiri, Allah suka kita kembali padaNya, yakinlah dalam diri Allah mentadbir segalanya dari sekecil-kecil sehingga sebesar2 perkerjaan..jangan lah kita menjadi sombong pada Allah..nauzubillahimindzalik.

tambahan : mulailah setiap perkerjaan kita dgn Bismillah dan sudahi dgn Alhamdulillah, inshaAllah, moga Allah memberkati perkerjaan kita. amin. Wallahu'alam

10/30/09

sedikit tips solekan utk muslimah

1.hias mata anda dengan menundukkan pandangan
2.gunakan lipstik kajujuran dibibir
3.gunakan pemerah pipi dgn kosmetik yang diperbuat daripada malu yang hanya dijual disalon iman
4.hiasi kedua tangan dengan losyen ukhwah
5.pakaikan jiwa dengan ketaatan pd Allah dan Rasul
6.gunakan mandian istighfar untuk menghilangkan daki dosa
7.rawat rambut dengan tudung syariat
8.sebaik2 kalung adalah kalung kesucian
9.bedaklah wajah dengan wuduk..nescaya wajah akan bercahaya diakhirat kelak..

selamat mencuba..:)

10/18/09

mari memperbanyakkan selawat..




KELEBIHAN BERSELAWAT...

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat
fardu.


3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @
wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air
dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan
sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana
Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di
kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai
solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.


18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-
sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - dari Abu Naim.

30) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - (Thabrani)

-------------------------------------------------------------------------------------
soalan:kalau kita dengar orang berselawat "sallallahu 'alaihi wasallam" tapi kita malas nak jawb macam mana???

jawapan:ada 1 kisah,yang mana Nabi SAW naik ke mimbar,(mimbar tersebut bertingkat)pada tingkat pertama,sahabat mendengar Nabi berkata "amin"..,pada tingkat kedua,sahabat mendengar Nabi berkata "amin"..dan pada tingkat yang ketiga pun,sahabat mendengar Nabi berkata "amin"..

setelah turunnya Nabi SAW dari mimbar,sahabat pun bertanya: "ya Rasulullah,ketika kau naik di mimbar tadi,aku mendengar kau berkata "amin"..mengapa kau berkata demikian??

jawab Nabi SAW:"ketika aku naik ke...

mimbar yang pertama, Jibril berkata:"celakalah,bagi orang yang ada ibu dan ayahnya tetapi dia tak dapat keredhaan dari keduanya"
aku berkata:"amin".

mimbar yang kedua, jibril berkata:"celakalah, bagi orang yang didatangkan padanya bulan ramadhantetapi dia tidak mendapat keampunan Allah SWT."
aku berkata:"amin".

mimbar yang ketiga,jibril berkata"celakalah,bagi orang bila disebut namamu (SAW),tapi dia tidak manu berselawat"
aku berkata:"amin".


-------------------------------------------------------------------------------------


soalan:macam mana kalau kita jawab selawat,tapi secara sirr(dalam hati)..

jawapan:bukan lah tak boleh,tapi dengan kita jawab secara jahr(zahir/kuat),akan melatih diri kita untuk melawan sifat malas..kerana tipu daya syaitan sentiasa menyuruh kita buat amalan secara sirr,lama-lama,kita menjadi malas,dan berkata:"biarlah..bukan orang tahu pun,kalau orang tanya..cakap lah jawab dalam hati"..


selain pada kita dapat melawan sifat malas,kita pun dapat mengingatkan sahabat kita yang terlupa berselawat..ana bagi contoh lain..andailah dalam halaqah kita(yang ramai2 tu,ada seorang yang tertidur) dan ketika itu,naqib/ah kita menyebut nama Nabi SAW..dengan kita menyahut/menjawab SAW secara jahr,dengan izin Allah..sahabat kita yang tertidur tu akan terjaga/terbangun dan sama-sama berselawat..kan bagus tu...:)

jika kita menyukai seseorang,mesti kita sentiasa menyebut namanya..macam si ibu yang merindukan si anak..tapi bagaimana kasih kita kepada Nabi kita??

ketika Nabi kita nak menghembuskan nafas yang terakhir..Baginda menyebut:"ummati..ummati..ummati..(ummatku..ummatku..ummatku..)bertapa perihatinnya Baginda kepada kita.. renung2kan..


betul tak betul tu,tanya lah iman masing-masing..wallahu a'lam

10/3/09

mulakan hidup baru..tajdid niat..islah hati..

salam alaik..kaifa halukum jamian??,, insyaAllah bikher.. :)
erm..ape yg ana nak kongsi hari ni..tentang hati..sesuai lah, bg diri ana yang menulis dan diri shbt2 yang membaca..yang sama2 akan mulakan kuliah,ditempat baru ni..orang ckp,mesir ni..bumi anbiya'.. tempat orang baik2..tapi kadang2 kita lupa,bumi mesir pon,bumi fir'aun..jika kita nk ikut jejak anbiyak kita..maka..mari sama2 kita bersihkan hati kita dulu...x gitu??




Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.'

Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat mahmudah(baik) maka hebatlah seluruh anggota badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. Jika hati telah dikotori dengan sifat mazmumah(keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu.

Hati adalah radar yang hebat untuk mengesan perbuatan manusia, sama ada mengesan perkara yang baik atau buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah untuk rasa berdebar-debar dan cemas.Seterusnya ia akan menyebabkan kita rasa gelisah dan tertekan.

Isyarat ini sebenarnya bertujuan untuk menyuruh supaya seseorang untuk kembali pada Allah. Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan kembali tenang.Hati yang berpenyakit dari segi batin perlu dirawat seberapa segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan.

Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan?

Makanan hati adalah taqwa kepada Allah.Zikir, membaca Al-Quran, menuntut ilmu agama, memberi zakat, bersedekah dan berbaik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan, maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir.Dengan cara memberikan makanan pada hati,barulah seseorang berhak untuk memperolehi kebahagiaan.

Apakah cara untuk merawat hati yang berpenyakit dan menghidupkan hati yang mati?

Caranya ialah dengan bertaubat.Meminta keampunan, mengingati kematian dan sentiasa melakukan amal kebajikan.Ini akan memulihkan dan menghidupkan semula hati.

Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah;

'(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.' (Ar-Ra'd :28)

Apabila hati kita mendustakan ayat-ayat Allah maka termasuklah kita dalam kategori hati yang berpenyakit sepertimana firmanNya;

'Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.' (Al-Baqarah:10)

Oleh itu,apabila hati kita mengesan sesuatu yang tidak menyenangkan maka marilah kita segera kembali kepada Allah sebelum hati kita menjadi keras.Ingatlah pesananNya yang bermaksud:

'Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.'(Al-Hadid:16)


pesanan buat shbt2 seperjuangan:Belajarlah "aku tidak tahu", kerana jika engkau belajar "aku tidak tahu", mereka akan mengajar engkau sehingga engkau tahu, tetapi jika engkau belajar "aku tahu" maka mereka akan bertanya engkau sehingga engkau tidak tahu!! .. wallahu A'lam

8/28/09

rindunya kat malaysia!!jumpa lagi malaysia..

salam alaik...ahlan bikum(bg sesiapa yg baru 1st time bukak blog ni)... kaifa hal???alhamdulillah..sekarang ni kita masih lg diberi nikmat(peluang) untuk merasai kemanisan ramadhan pd tahun ini..erm..sedar x sedar, detik berganti detik,hari berganti hari...cepatnya ms berlalu..dah abis kiba upenye..

Erm.. ana xde pe nak celoteh sebenarnye.. cume nk kongsi movie yg ana dpt ms kat birotata negara(BTN) kat kuala lipis 2mggu lepas..ana rase movie ni manfaat buat ana n sahabat2 yang akan menyambung pelajaran x lame lg..

hayya ma'an unzuru fa fakkiru jayyidan..


na'uzubillah..ana harap..ana & sahabat2 sekalian x jd cam kisah ni..bila kita da berjaya nanti..jgn sekali2 kita lupa daratan..ingat..tanpa jasa ibu yang melahirkan,membesarkan dan mendidik kita..siapalah kita... dan tanpa restu dari ibu kita..dimana tempat kita diakhirat kelak?? kerana "syurga itu dibawah tapak kaki ibu"

sedikit peringatan buat diri ana sendiri khususnya dan juga sahabat2 ana..mg jihad kita sbgai soiyadul 'ilm x sia2..

dikesempatan ni jgk,ana mohon ribuan kemaafan dari sahabat2 sekalian..khususnya, ijah,jai,mimi,atiq,dayah,imah,ira, sume x-s2dent maahad tahfiz alquran wa ulumuddin(MTDQ)selangor,SMATAF,KULIAH pekan phg,MTNP, DQ dan KIBA 2009..(nak sebut name sorg2,alamatnya xtido la ana mlm ni..:) )

halalkan segala perkongsian 'ilmu kita,maaf andai ade yg terguris dan terhiris..terlanjur kata,bicara, mahupun cinta..krn kita xlari dari kesilapan kerana dari kesilapan lah yang mematangkan akal dan diri seseorg...wallahu a'lam..



lagu ni khas buat sahabat2 yg akan fly pada hari raya ke2 nant..slmt berjuang enab,auni,teah,k.uni n k.una,andai terselisih kat mesir nanti,ramah2 la ye..:).. same2 lah kite ta'awanu ma'a ba'dina..

buat yg kene tunggu 3 tahun tu..maafkan ana.. andai ana syahid dlm perjalanan, dan xdpt nak kotakan janji.. tlg jage ibu ana..doakan ana najah kat sane...


kata2 ni ana amik dari seorg guru ana,katanya"tawakal lah kamu seperti kawakalnya burung"
apabila burung itu keluar dari tempatnya(utk mencari makanan),belum tentu dia akan pulang pada hari itu juga..kemungkinan dalam perjalanan dia ditembak pemburu..

pepon kemungkinan,tajdid niat 2 penting!! wa akhiran,la taqul widaan bal qul ilaliqa' wa ma'as salamah.. :)

7/18/09

25 Rejab 1430H


Bismillahirrahmanirrahim....kaifa halukum sahabat semua??...Alhamdulillah, diberi peluang untuk ana menulis disini...hari ni masuk 25 rejab 1430H..kira-kira 35 hari lagi untuk kita menemui kembali bulan Ramadhan..alhamdulillah,moga rahmat Allah sentiasa bersama kita dalam kita semua menanti kehadiran Ramadhan....sementara masih berbaki lagi dalam bulan rejab, ana nak kongsi dgn ntum semua perihal bulan Rejab. I'Allah masa lagi 2 hari, tiba hari yg bersejarah buat umat islam..yang digelar israk mikraj.
Peristiwa yang telah diterangkan kepada kita sejak kecil,mukjizat nabi Muhammad s.a.w kedua terbesar selepas al-Quran. Pada malam 27 Rejab, baginda telah melalui perjalanan malam dari Masjidil Haram,Makkah ke Masjidil Aqsa,Palestin dan kemudian diangkat oleh Allah ke Sidratul Muntaha untuk menemuiNya. Semuanya berlaku dalam masa 1 malam, sesuatu yang sangat mustahil untuk dilakukan kudrat manusia pada zaman baginda, zaman sekarang atau zaman akan datang. Itulah kekuatan Allah yang sememangnya malampaui batas-batas fikiran kita sebagai makhluknya.

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (al-Isra':1)

Dalam peristiwa ini juga Allah s.w.t memfardhukan solat 5 waktu sehari semalam kepada seluruh umat Muhammad s.a.w.. . melalui sirah menceritakan pada awalnya Allah memfardhukan solat 50 waktu, namun kerana kasihnya baginda s.a.w pada kita, baginda memohon kepada Allah sehingga dikurangkan kepada 5 waktu. Solat merupakan perbicaraan kita secara langsung dengan Allah tanpa perantaraan. Jika kita benar2 fahami makna2 dalam solat semuanya doa, zikir kepada Allah s.w.t..

Persoalannya mengapa umat islam begitu meringankan solat?walham itu soalan pertama yg akan ditanya oleh Allah. Ada hadith menyebut, jika sempurna solat kita, sempurnalah amalan yang lain..cuba ntum bayangkan jika kita difardhukan 50 waktu sehari, dalam perkiraan ana setiap sejam akan dilaksanakan 2 waktu...Rasul s.a.w tahu kemampuan umatnya sehingga dikurangkan Allah kepada 5 waktu, tapi mengapa kita masih meringankan solat?kenapa tidak hadir kemanisan solat dalam diri kita? Pesanan buat ana khususnya, dan sahabat semua, check balik dalam diri kita, dimana kemasnisan solat itu...Perlu diingat, solat adalah perbicaraan kita dengan Allah, dan waktu paling dekat kita dengan Allah tatkala kita sujud didalam solat. Tekadkan niat dalam hati, hadirkan kemanisan semasa menunaikan solat....inshaAllah.. Wallahualam.

6/27/09

Pancing Memancing??


Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu
....


Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar KEPERLUANmu...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....


Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL...







Harga Sekuntum Cinta
Album : EksplorasiMunsyid : Far East

http://liriknasyid.com


Pada redup renungan berkacaTerkolam riak sesal dan kecewa

Dialah yang semalam ditewas dunia

Tergetis keasyikan dosa


Perjalanan hidup terpaksa disukai

Biarpun penuh onak yang melukai


Dalam remang senja kau mencari

Seorang kekasih menghilang diri

Dialah yang semalam menabur janji

Dibuai kesamaran mimpi


Lupakanlah dia pendusta yang setia

Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta

Mekar merona tubir sukma

Walau dengan hanya tercium harumannya


Leraikan gelora lepas di laut rasa

Nyala asmara telah sirna

masih ada sinar suluh hidup bahagia

Rayulah cinta-NYA







mujaheedah: kesilapan itu untuk dipelajari bukan untuk di ulangi...jika kita pernah tersasar dulu, bangkitlah dengan mencipta diri kita yang baru,kerana pengalaman mengajar kita erti ketabahan,dan mematangkan kita...wallahu 'alam..

5/25/09

28/6/2007 ada apa pada tarikh ni?

salam 'alaik..kaifa halukum jami'an??:) xde pe sgt yg ana nak kongsikan kat cni,sbb pe yang terdetik ana nak kongsikan kat sahabat2..dah pon sahabat ana kongsikan dalam blognya..:)

erm,ana cume petik lirik nasyid ni utk same2 kite hayati bait2 liriknya,berkisahkan seorg ayah amat bertanggungjwb n mengasihi anaknya..memandangkan x lame lagi kita akan menyambut hari bapa..:)


ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku,

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan,

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian,

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan,

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan,

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....


mcm mane?da hayati??ni antara slh 1 lirik yg menyentuh perasaan kita,bg siapa yg masih mempunyai ayh..hargaila dia selagi ia masih ada kat dunia..

ana petik kata2 dari pelakon industan(dulu ana suka tgk cite industan,tp tgok je la..mase ana kecik2 dulu..) katanya" hidup ni umpama aiskrim, nikmati ia sebelum cair"..

ana tertarik dgn kata2 2..btul kan?hidup ni mmg singkat..hari ni kita ketawa,sekejap lg belum tentu kita bersuara...

jd,same2 la kita muhasabah diri...bg siapa yg ada pasang niat nak jd penyanyi,pk la sekali lg.. kita nak jd penghibur..di kubur nanti siapa yg nak hiburkan kita?wallahu a'lam..

renung2 kan...

"kita lahir di azankan/di iqamatkan
kita mati di sembahyangkan..
cuba kita perhatikan jarak azan,iqamat dan solat...
lame ke??"

"kita tahu azab Allah itu pedih,tp kita sentiasa buat dosa xpernah pun rase sedih... mengadap allah sentiasa rase letih, tapi mengadap tv sampai berapa siaran habis,x pulak mengeluh letih..
agama sendiri di biarkan diperlekeh..alamatnya..baca alquran x pernah fasih.."

p/s:jom kita gotong royong cuci hati sampai putih...:)
*islah nafsik wad'u ghoirik...ansohukum wa ansohu nafsi aidhon...




5/8/09

salam mujahadah..

الي الاخوات الكريمات
هذه نصاءح اليكن
أنصحكن وأنصح نفسي أيضا..

*تقوى الله سبحانه وتعالى في السري وعلانية

*حفظ القران والعمل بما فيه

*الاجتهاد في كل شيء فيه منفعة وخير

*حب الخير لجميع المسلمين والمسلمات

*طهارة القلوب

*الخوف من الله

وهذه نصاءح قاليلة ولكن اقول واذكركن بقوله نعالى:

ان الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم



wa akhiran,ud'ullahu ta'ala..ay yaj'alukunna minal mumtaazat wan najahat fiddunya wa akhirah ameen wa insayaallah..kullu mumtazat..


...

5/7/09

terima kasih ibu..




musim berganti menggamit memori
membuai seuntai kenangan
ranjau berduri telah kau tempuhi
tabah hidup sendirian


sering terimbas sewaktu bersama
senda gurau manis bicara
usahlah ditangisi insan yang telah pergi
kaulah pengganti suami


engkau ratu di sanubari
menjalar di setiap urat nadi
nasib begini tak kau kesalkan
Tuhanlah sandaran harapan
pasrah ketentuan


andainya taufan kecewa kau biarkan
warna pelangi tak muncul lagi
berkat kesabaran serta pengorbanan
kini hidupmu berseri


deraian air mata bertemu di pipinya
melihat anaknya berjaya
Tuhan hanya menduga kesusahan yang tiba
pasti tak akan selama-lamanya

kaulah ratu hatiku.......

Ratu Hatiku
Album : Munsyid : Alarm
Mehttp://liriknasyid.com


4/24/09

ingatlah! kita masih ada Dia..

  • Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan.. ingatlah!kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi...
  • Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.
  • Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu kerana Dia Maha Adil.
  • Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.
  • Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
  • Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah irodat-Nya.
  • Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi yang sudi menemani, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.
  • Apabila orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.
  • Apabila miskin dan papa, kita terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.
  • Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.
  • Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia! satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.
  • Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.


sedikit kalam hikmah buat sahabat2 sebagai tazkiyatun nafs.. teringat seorang shbt pernah mengingatkan ana tika dlm kebuntuan, katanya..
" nti tenangkan hati,amik wuduk, wat solat sunat,tanya pada diri..apa yang nti wat sepanjang hari ni hatta nti x tng?" (lbh kurang mcm 2 la..)
Alhamdulillah..ternyata dgn zikrullah hati kita akn tenang,yela..kadang2 kita terlampau bergantung pd manusia hatta lupa pada yang mencipta manusia..terlupa dgn siapa spatutnya kita bergantung harapan..mujur ada yang mengingatkan..syukran jazilan..dgn kalam yg simple tp mantap..jazakallah..syukran ya Allah krn menghadiahkan seorang sahabat yg memimpin kearah redhaMU..




ya Allah, ya Tuhanku..ssungguhnya aku tersesat dalam nurmu yang terang... ya Allah, kemana jauh menghilangnya hatiku pada kebenaranMU... pada mahabbahMU..yg tak pernah kurang , apatah lagi hilang..sedangkan aku terlalu taasub pada hubb manusia yang KAU ciptakan untuk hambaMu,yang kadang2 boleh hilang dalam sekelip mata..disaat itu aku mula taqarrubkan diriku pada MU..mengharap hubb berbalas..ya Allah..ku pohon..Kau tarbiyah la diriku dengan ujianMu..agar aku bangkit dari mimpi yg lena..agar aku sedar tika ku terleka..genggamlah hati ku ya Allah..perliharalah hatiku...ameen..T_T

aku sering melakukan maksiat??

salam 'alaikum. kaifa halukum?:)suka ana kongsikan sebuah crita yg ana rase berguna bg kita semua..insyaAllah..critanya mcm ni..


Ada seorang lelaki yang suka berbuat maksiat. Kemudian dia pergi jumpa seorang ulama dan bertanya tentang perihalnya yang suka sangat berbuat maksiat.

Lelaki : Wahai ulama, aku sering melakukan maksiat. Adakalanya terniat di hatiku untuk berhenti melakukan maksiat. Tetapi kebiasaan aku melakukan maksiat mengatasi niat hatiku untuk berhenti.

Ulama : Boleh. Engkau boleh terus lakukan maksiat kepada Allah.Lelaki itu bingung. Biar betul ulama ni, orang selalu mencegah maksiat, dia pulak cakap BOLEH??!Lelaki itu melihat ulama itu tersenyum.

Ulama : Tapi ada syarat yang harus kau tunaikan.

Lelaki : Apa syaratnya?

Ulama : Syarat pertama, JANGAN TINGGAL DI BUMI ALLAH.

Lelaki : Mana mungkin, wahai ulama! Kalau begitu, di mana aku nak tinggal?

Ulama : Syarat kedua, JANGAN SEDUT OKSIGEN ALLAH.

Lelaki : Mustahil wahai ulama! Kalau aku tak sedut oksigen, matilah aku.

Ulama : Syarat ketiga, JANGAN MAKAN REZEKI ALLAH.

Lelaki : Itu lagilah mustahil wahai ulama! Selama ini rezekiku semuanya Allah yang beri.

Ulama : Syarat terakhir, kalau kau masih nak buat maksiat,BILA DATANG MALAIKAT IZRAIL UNTUK MENCABUT ROHMU, KATAKANLAH : TUNGGU SEBENTAR WAHAI IZRAIL, AKU HENDAK KEMBALI MEMBUAT AMAL KEBAIKAN. Kalau kau berjaya menunaikan walaupun 1 daripada syarat tersebut, maka aku tidak akan menghalang engkau berbuat maksiat.

Lelaki : Mustahil! Mustahil! Mustahil! Aku tak mampu melakukan itu semua!!
Ya Allah, ampuni aku Ya Allah! Aku bertaubat, Ya Allah! Aku bertaubat!! Betapa banyakya nikmat yang telah Kau beri selama ini... Terima kasih Ya Allah..

3/17/09

Golongan manusia di pandangan iblis laknatullah..

Pernah diriwayatkan sebuah kisah oleh Wahab bin Munabbih yang mengatakan:
"sesungguhnya iblis pernah bertemu dengan Nabi Allah Yahya Bin Zakaria a.s. lalu nabi Yahya bertanya kepada iblis; ceritakan kepadaku tabi'at perangai manusia menurut pandangan kamu". Lalu iblis menjawab : Perangai manusia ada tiga golongan..
  1. Golongan pertama dari manusia ialah seperti kamu ini. Mereka ini terpelihara (dari kejahatan dan dosa)

  2. Golongan kedua adalah mereka yang berada dalam gengaman kami sebagaimana buah bola berada di tangan anak-anak kamu. Mereka menyerah diri mereka bulat-bulat kepada kami.

  3. Golongan ketiga adalah golongan yang sangat sukar untuk kami menguasai mereka. Kami menemui salah seorang dari mereka dan kami berjaya memperdayakannya dan mencapai hajat kami tetapi ia segera memohon keampunan (bila ia sedar) dan dengan istighfar itu rosaklah apa yang kami dapati darinya. Maka kami tetap tidak berputus asa untuk menggodanya dan kami tidak akan mendapati hajat kami tercapai.

*sahabat semua, melalui kisah diatas kita tahu, kita tidak mungkin berada di golongan pertama, kerana kita bukanlah nabi yg maksum(terpelihara dari dosa)..sama ada kita golongan kedua atau ketiga..

*mahukah kita menjadi golongan kedua?nauzubillahiminzalik..golongan yang sentiasa menurut kehendak syaitan dan nafsu, yang merelakan dirinya bergelumang dengan dosa-dosa tanpa sedikit keinsafan..

*adakah kita dalam golongan ketiga?yang sentiasa bertaubat pada Allah,yang sentiasa sedar dan insaf akan dosa yang dilakukan, yang sentiasa membersihkan diri dengan istighfar, yang sentiasa menggilap hati dengan zikrullah.

*inshaAllah, jika kita benar2 mengharapkan keredhaan Allah dalam hidup, janganlah kita menjadi golongan kedua..pilihan terletak pada diri kita..jangan jadikan alasan "belum sampai seru" untuk bertaubat...kerana alasan tu sekali-kali tidak akan diterima di akhirat kelak...pesanan khusus untuk diri ana dan sahabat semua..semoga kita akhiri nafas kita dalam keredhaan Allah s.w.t

*sebelum ana akhiri pengisian ana kali ini renungilah firman Allah ini..Bismillahirrahmanirrahim

"Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya) maka Allah mengilhamkan pada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorinya". (surah Asy-Syams : 7-10)

Wallahualam...

2/18/09

Sirah : siapa sahabatku,siapa ikhwanku

assalamualaikum...pagi ni ana belek2 satu buku ni...terjumpa satu sirah yang sangat2 menyentuh hati ana...inshaAllah ana kongsi disini sirah tu..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berkata pada Abu Bakr as-siddiq dan sahabat2nya..
"Wahai Abu Bakr,alangkah rindunya aku hendak bertemu dengan ikhwan-ikhwanku (saudara),"kata Rasul pada Abu Bakr.
"Wahai Rasulullah,kami ini teman-teman engkau," jawab Abu Bakr r.a.
"Bukan!", jawab Rasulullah s.a.w
"Kamu ini hanyalah sahabat-sahabatku,"demikian selanjutnya Rasulullah s.a.w menerangkan.
"Keterangan Rasul ini sungguh menghairankan Abu Bakr r.a. juga sahabat-sahabat yang lain.Apa bezanya antara sahabat dan ikhwan...masing2 ingin tahu jawapannya melalui Rasul s.a.w..
Rasulullah s.a.w menjawab, "ikhwan-ikhwan ku ialah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dengan aku dan mencintaiku. Sehingga aku lebih dicintai mereka dari anak dan ibubapa mereka."..

*Maha Suci Allah...sungguh mulia ungkapan yang diistilahkan nabi s.a.w kepada mereka yang hidup selepas kewafatan Baginda.Mereka yang tidak pernah melihat baginda..tetapi mencintai Baginda dengan mengamalkan sunnahnya, mengamalkan isi al-Quran..

Pada waktu lain,pernah Baginda membicarakan kepada sahabat-sahabatnya.Baginda amat menyanjungi iman para ikhwannya..Rasulullah s.a.w berkata:
"siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya?"
sahabat menjawab "Malaikat". Kemudian Rasul s.a.w menambah,bagaimana mereka tidak beriman,sedangkan mereka sangat dekat pada Allah..
sahabat menjawab lagi "Para Nabi". Kemudian Rasul s.a.w menambah,bagaimana mereka tidak beriman,sedangkan diturunkan wahyu kepada mereka.
kemudian sahabat menjawab lagi "Kami". Rasul s.a.w menjawab,bagaimana kamu tidak beriman,sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengakhiri jawapannya
"Makhluk yang paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku, mereka hanya membaca Al-Quran, kemudian beriman dan mengamalkan segala isinya..

*begitulah cintanya Rasulullah s.a.w pada ikhwan-ikhwannya...bagaimana dengan kita?..kita hidup sesudah Rasul, kita tidak pernah melihat baginda...persoalannya,layakkah kita digelar ikhwan Baginda s.a.w?...tepuk dada, tanyalah iman..hakikatnya, masih belum terlambat utk kita menjadi ikhwan-ikhwan baginda...inshaAllah,cita-cita kita....wallahualam.. :-)

2/11/09

Rindunya Dengan Ujian Allah....


Maha Suci Engkau, Ya Allah , yang telah menciptakan langit dan bumi..yang telah memberi keizinan bagi ana untuk menulis sedikit pengisian hari ni..inshaAllah..
Jarang kita dengar orang gembira dengan ujian Allah, yang sering kita dengar orang mengeluh dengan ujian Allah..x kisah la cina ke,india ke, siapa-siapa je pasti akan rasa susah dengan ujian yang ditimpa...tapi,bagaimana pula dengan kita?selaku hamba Allah yang bergelar MUSLIM? kita tahu akan ujian-ujian yang memang Allah dah janjikan pada hambaNya yang beriman..memang ana tak nafikan kadang2 ana juga mengeluh dengan ujian Allah,memang lumrah manusia...sebab tujuan ana tulis disini adalah sebagai peringatan buat diri ana khususnya dan sahabat-sahabat yang lain..

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.
(surah al-Baqarah : 213)

melalui firman Allah di atas, jelas menyatakan bahawa manusia tidak akan sekali-kali terlepas dengan ujian Allah. Ujian adalah meningkatkan darjat kita disisi Allah s.w.t..tetapi perlu diingatkan disini, ujian Allah bukan hanya dalam bentuk kesusahan, ia juga dalam bentuk kenikmatan dunia...semata-mata untuk menguji kesabaran, ketaqwaan dan ketaatan kita pada Allah..renungilah firman Allah dibaawah ini..

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (surah az-Zumar : 49)

**mohonlah dalam doa kita seharian agar Allah tidak menjadikan nikmat itu sebagai istidraj bagi kita...
**ujian Allah tanda Allah sayang kepada kita...melalui ujian Allah,itulah tarbiyyah dari Allah..hanya kita akan menentukan sama ada menjadikan ujian itu tarbiyyah buat diri kita melalui sabar dan kembali pada Allah atau ujian itu menjadikan kita kufur kepada Allah..nauzubillahimindzalik..
**tetapi tidak lah menjadi kesalahan jika kita bersedih dengan ujian Allah itu, kerana Rasul s.a.w juga pernah bersedih atas kewafatan anak baginda...
**orang yang beriman akan sentiasa redha,dan tenang dengan ujian Allah..mereka risau jika Allah tidak menguji mereka..kerana mereka berpegang panduan yang diberikan Allah kepada semua manusia...itulah Al-Quran dan as-Sunnah...wallahualam..

1/26/09

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA




*Apabila mendengar azan , bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

* Bacalah Al Quran atau tatapilah buku - buku , atau pergilah mendengar perkara - perkara yang baik atau amalkanlah zikirullah dan jangan sama sekali membuang masa kepada perkara -perkara yang tidak berfaedah.

* Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul.

* Janganlah banyak bertengkar dalam apa jua perkara sekalipun.

* Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.

* Jangan bergurau kerana umat yang senang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh - sungguh dalam semua perkara.

* Jangan bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh pendengar.* Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan jangan bercakap melainkan apa - apa yang boleh memberi kebajikan.

* Berkenal - kenallah dengan setiap saudara muslim sekalipun tidak meminta untuk berkenalan.

* Kewajipan - kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita.







Penulis : Prof Dr. Yusof al-Qardhawi

Sebuah buku kecil yang padat dengan pendapat dan pandangan konkrit dari seorang ilmuan terkemuka abad ini. Meneliti hujah-hujah dan kritikan pedas Dr Yusuf al-Qardhawi seharusnya menyedarkan kita umat Islam yang terlena berabad lamanya kerana sebagai umat terbaik yang dilahirkan untuk seluruh manusia ini tidak sepatutnya kita menjadi beban kepada orang lain bagi memenuhi keperluan hidup kita baik di bidang ekonomi, ketenteraan dan lain-lain. Kita adalah umat yang banyak bercakap tetapi sedikit bekerja, jadi tidak hairanlah kita umat Islam yang berjumlah 1.6 billion bertekuk lutut di bawah si Yahudi yang hanya berjumlah tiga juta!

-Umat Islam Yang Lupa Diri
-Umat Kita Dilihat Dari Kemajuan Material
-Kekuatan Akal Kita Sia-siakan
-Kekuatan Amal Kita Disia-siakan
-Kekuatan Ekonomi Kita Disia-siakan
-Kekuatan Tenaga Kita Sia-siakan
-Kekuatan Jiwa Kita Sia-siakan
-Tanggungjawab Para Penguasa
-Tanggungjawab Para Ulama’
-Tanggungjawab Masyarakat
-Pergerakan Islam
-Tiada Penghisaban Diri
-Perpecahan Dan Perselisihan
-Kurangnya Penyelidikan dan Program
-Terburu-buru
-Berlebih-lebihan
-Takut dengan Pembaharuan

1/23/09

bukan masanya bertuding jari..

lelaki...
memberi harapan sejuta hati..
kau dipuji dan kau dikeji,
dunia yang tenang kian suram..
membelit hati..meruntun jiwa insani..
disaat itu kau dimana??
kepimpinan yang kau bina..atau bersama-sama mereka yang membunuh agama
tidakkah kau tahu wahai lelaki..tanggungjawabmu terlalu besar..
mengajak manusia ke syurga BUKAN bersama-sama mereka menempah neraka..

wanita..
membuat mata lelaki menjadi buta..
meraih keuntungan dalam kecantikan..
memiliki kesenangan dalam kemaksiatan..
tak pernah puas dengan dosa dan noda..
adakah dikau tahu wahai wanita??bahawa dikaulah fitnah dunia..
yang bakal menghuni an-narul jahim..
dikala dunia sibuk dengan iramanya..dimana kau wahai wanita?
pendorong,mendorong atau didorong??

lelaki dan wanita...
kamu adalah khalifah di bumi Allah..
menjadi pemimpin dan kepimpinanmu akan disoal kelak..
bukan masanya kini bertuding jari..
apatah lagi meratap kesalahan sendiri..
bangunkanlah ISLAM wahai ummah!!
kau lelaki..
tunaikanlah kewajipanmu..
kau pemimpin wanita yang lemah..
dan kau pula wanita..
peliharalah maruahmu.. kau menjadi pemangkin dan penguat lelaki..
usah EGO dengan diri sendiri..
kerana penyesalannya terlalu panjang..
kau diamkanlah mulut mereka yang menghina ISLAM..
kau hentikanlah kaki mereka yang memijak AL-QUR'AN..
kerana kau mempunyai kekuatan dan kemampuan..
dan itu adalah maruah dan hakmu..

inzar


"bila kita sanggup untuk terjun ke medan “menghafaz qur’an” , kita kene isytiharkan diri kita ni.. TAK ADA REHAT!"
-us Hamizi

"persedian nak exam?selalunya bila jauh lagi,kita buat 'sambil lewa',tapi bila dah dekat, mula lah kita jadi 'gelabah gila'.."
-us Wan

"jangan kita sangka , bila kita ingat qur'an sekarang ni, kita akan ingat sampai bila-bila..(kalau x mngulang)"
-us Yusri(Darul Quran JAKIM)




salah satu cara nak bangun malam,kene bersihkan hati dari bersangka buruk terhadap org lain, lebih2 lg kpd guru kita..nasihat us ana, dari kata2 Imam Al-Ghazali:
"kalau kita mengumpat guru kita walaupun dalam hati, sekalipun dalam hati, maka Allah akan mencabut keberkatan ilmu tu.."wallahu a'lam..




kesempatan ni, ana ucapkan salam menempuh imtihan wat shbt2 ana,cz diploma tahfiz khususnya semester 6,k.tiqah,k.uni,k.una,k.fadhilah,k.aisyah n enab, yg ni kat mtnp..yg kat dq lak,lina,dhobit,nadia,mayah n nada'..xlupe jgk kat 'IQT' ibah.. & semua pengunjung blog ni scr amnya..:) sama2 dekatkan diri kpd Allah..insyaAllah pertolongan Allah bersama... tajdidkan niat...(ana khususnya)letakkn ayat quran dihati bukan di kepala ye..bittawfiq wannajah!insyaAllah..

1/18/09

bulan mujahadah



ha..cakap pasal mujahadah ni,ana tujukan pd diri sendiri khasnya n sahabat2 seperjuangan amnya...exm xlame da kan..



kate us ana,"jika diri x sggup nak bgun sejam sebelum subuh,lupekan niat nak jd penghafaz alquran!!" rase tercabar kan??
pe pon,tp jgn jadi cm karton kat ats ni...riak len plak jdnye..

bangun malam ni sebenarnye pun Allah pilih,kdg2 kite nk sgt bangun tahjut..tp xterbgun plak..kdg2..kite da bgun tp tgok jam baru pukul 2pg,nak tahjud pukul 4pg(kemuncak la kate kan..)kite pon tarik selimut..ngatkan sekejap je..bgun2 da pukul 6.30pg,kan da terlajak 2...sayang btul ms kan..ana la,salalu wat cm ni..

kesimpulannya..kalo da terbangun pg 2..jgn tgok jam dulu..bgun amik wuduk,baru tgok jam..time 2 da sgr cket...pas wat solat sunat,leh la ngaji ke..mngulang..:)

mujaheedah: wahai diri yg slalu leka perangainy..ijtihad!!la taksal wala tai'as!!

salam 'alaik..nak kongsi sdikit artikel yg ana petik dari ikim..kalo setiap kali azan biaseny ada,(dgr la..)1st time ana dgr, tgh malam.tengah bahagia sgt time 2,mmg xingat mati lgsg,(jahilnye ..)maklum la.. ramai kawan,pe nak sume Allah bg(tp time 2 x sdr pn siapa PEMBERI)..pendek kate, nikmat melimpah time 2..xsdr sume 2 sementara jer.. erm..sblm tido lazimnya ana bukak ikim(kalo x bukak lupe nak berzikir)tibe2 dgr artikel ni kat ikim,mmg kecut perut di buatnya..time 2 la..br ingat,persedian nak mati xsetel lg..kesimpulan...jgn leka dgn nikmat dunia..:)



Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!

Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!

Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!

Dengan kain kafan yang serba putih!

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....

Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....

Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam

Berserta Fatihah, Selawat dan doa....

Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....

Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....

Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....

Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....

Usunglah dirimu ke tikar Solat....

Sebelum kamu diusung ke liang lahad....

Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..

Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....

Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!

Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....

Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....

Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

1/4/09



Di Pondok Kecil
Album :
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com


dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua





pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam


susah ke,nak sumbangkan sedikit doa untuk saudara kita sendiri demi islam??? ingatlah! setiap titisan darah di bumi palestin,adalah darah mereka yang sama-sama mengucap syahadah seperti kita..dan mereka sedang memperjuangkan agama kita...




Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka

Ya Allah Ya Allah Ya Allah

Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka

ameen....







Untuk Mu Palestin
Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com







Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestin kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air

Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestin kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin... Pa...lestin


.:aku bukan memulakan tapi aku hanya menyampaikan:.

“Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,” (Al Quran 2:2)

Dari Umar Al Khattab ra bahawa Nabi Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat (martabat) sebahagian orang dan merendah sebahagian lainnya dengan sebab Al Quran.” (Riwayat Muslim)

Dari Usman bin ‘Affan ra telah berkata: Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat Bukhari)

Dari Abu Umamah ra dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat menjadi syafaat (penolong) bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Mas’ud ra bahawasanya Nabi Muhammad saw bersabda: “Yang paling layak mengimami kamu dalam solat adalah mereka yang paling fasih membaca AlQuran.” (Riwayat Muslim)

:: An-Nida' ::

يا حَامِلَ القُرْآنْ، قَدْ خَصَّكَ الرَّحْمَنْ، بِالْفَضْلِ والتِّيْجَانْ، والرُّوْحِ والرَّيْحَانْ
Wahai Penghafaz Quran, Allah telah menganugerahi engkau dengan kelebihan dan penghormatan, kebahagiaan dan syurga,

يا دَائِمَ التَّرْتِيلْ، لِلذِّكْرِ وَالتَّنْزِيلْ، بُشْرَاكَ يَوْمَ رَحِيلْ، سَتَفُوْزُ بِالغُفْراَنْ
Wahai orang yang selalu mengalunkan Quran, wahyu yang diturunkan, bergembiralah pada hari engkau mati, bahawa engkau akan mendapat pengampunan,

يا قَارِئَ الآياتْ، فِي الْجَمْعِ وَالْخَلَوَاتْ، تَزْهُوْ بِكَ السَّماَوَاتْ، وتَنْتَشِي اْلأَكْوَانْ
Wahai Pembaca Quran, samada depan umum atau bersendirian, penduduk langit menyebut-nyebut namamu dan seluruh alam semesta bersamamu.
Sahabatku para penghafal al-Quran

Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal al-quran. Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan. Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal al-quran yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal al-Quran tewas dan terlibat dalam maksiat yang sangat parah.

Al-Quran tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi al-quran tersebut…

Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal al-Qur’an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (Ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawa apa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal al-Qur’an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.

Lupa hafalan al-Qur’an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal al-quran.

Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya satu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. al-Quran adalah cahaya . Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.

Para Sahabat yang ku kasihi..

Mata kita selalu melihat al-Quran, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth :melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yg bertentangan dengan Kata-kata Allah(cth: Muzik syaitan) , mulut ini sentiasa membaca KalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita sentiasa memegang Mushaf al-Quran, tetapi dengannya juga kita selalu SMS atau Chating dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia…

Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun Solat Tahajjud . Qiamulail adalah warisan bagi mereka yang menghafal al-Quran.

Sehari kita tinggalkan al-Quran, Seminggu al-Quran meninggalkan kita, Sebulan kita tinggalkan al-Quran, Setahun al-Quran meninggalkan kita..

Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran , utamakan tanggungjawab kita dengan al-Quran terlebih dahulu, Kerana apabila kita mengutamakan al-Quran, Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.

Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan al-Quran (Murajaah/Mengulang) dalam seharian ?? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah.

Sudahkah kita berahklak dengan Akhlak al-Quran. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan al-Quran. Malulah kita dengan al-Quran terutama lagi dengan Pencipta kita , Allah.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan hina ini dan kadangkala susah menghafal quran, dan peringatan juga buat sahabat-sahabat yang menghafal al-quran.

Uhibbuka Fillah
Barakallahu fikum…

اللهم اجعلنا من أهل القرءان


الذين هم أهلك وخاصة

Munajat Huffaz

“Ya Allah..

Jadikanlah kami Hamlatul Qur’an yang sejati dan hakiki

Sebagai penyejuk mata,penawar hati setiap insane di muka bumi

Agar kehadiranku didunia ini bermakna

Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri

Sesungguhnya kehidupan didunia ini sungguh indah tidak terperi

Dengan alunan ayat2 suci yang sentiasa bermain dibibir,telinga dan hati..

Lantas itu..

Ku pinta padaMu ya Ilahi

Agar di saat2 akhir hayatku

Alunan kalamMu yang mengakhiri pemergianku..”

“ya Allah..

Kami tahu bahawa Al-Qur’an itu adalah milikMu

Kami jua tahu ianya diturunkan sebagai pedoman hidup kami..

Dan kami jua tahu Engkau berhak untuk mengambilnya pada bila2 masa yang Engkau kehendaki..

Hanya satu yang ku pinta..

Engkau bantulah kami dalam menjaga kalam suciMu..

Jua bantulah kami untuk mengamalkannya..

Agar kami menjadi Penghafaz kalamMu yang sejati..

Amen..

:: ETIKA PARA PENGHAFAZ AL QURAN ::


Para penghafaz Al Quran mempunyai etika-etika yang harus diperhatikannya. Dan mereka mempunyai tugas yang harus dijalankan, sehingga mereka benar-benar menjadi “keluarga Al Quran”, seperti sabda Rasulullah SAW tentang mereka:

“Allah mempunyai keluarga dari kalangan manusia. Baginda ditanya: Siapa mereka wahai
Rasulullah? Baginda bersabda: Ahli Al Quran, mereka adalah keluarga Allah dan
orang-orang dekat-Nya.”

1. Selalu Bersama Al Quran

Di antara etika itu adalah: selalu bersama Al Quran, sehingga Al Quran tidak hilang dari ingatannya. Iaitu dengan terus membacanya dari hafazannya, atau dengan membaca mushaf, atau juga dengan mendengar daripada pembaca yang bagus, dari radio atau kaset rakaman para qari yang terkenal.

Dari Ibnu Umar r.a.: bahwa Nabi Muhammad Saw bersabda:

“Perumpamaan orang yang hafaz Al Quran adalah seperti pemilik unta yang terikat, jika
ia terus menjaganya maka ia dapat terus memegangnya, dan jika ia lepaskan maka ia akan
segera hilang.”(Bukhari dan Muslim)

As Suyuthi berbicara tentang hukum melupakan Al Quran, ia berkata: melupakan
hafazan Al Quran adalah dosa besar, seperti dikatakan oleh An Nawawi dalam kitab “Ar
Raudhah” dan ulama lainnya. Dengan dalil hadis Abi Daud:

“Dosa-dosa umatku diperlihatkan kepadaku, dan aku tidak dapati dosa yang lebih besar
dari dosa seseorang yang diberi nikmat hafaz Al Quran atau suatu ayat, kemudian ia
melupakannya.”

2. Berakhlak dengan Akhlak Al Quran.


Orang yang menghafaz Al Quran hendaklah berakhlak dengan akhlak Al Quran. Penghafaz Al Quran harus menjadi kaca yang padanya orang dapat melihat aqidah Al Quran, nilai-nilainya, etika-etikanya dan akhlaknya, dan agar ia membaca Al Quran dan ayat-ayat itu sesuai dengan perilakunya, bukannya ia membaca Al Quran namun ayat-ayat Al Quran melaknatnya.

Dari Abdullah bin Amru bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang membaca (menghafaz) Al Quran, bererti ia telah memasukkan kenabian
dalam dirinya, hanya saja Al Quran tidak diwahyukan langsung kepadanya. Tidak sepantasnya seorang penghafaz Al Quran ikut marah bersama orang yang marah, dan ikut
bodoh bersama orang yang bodoh, sementara dalam dirinya ada hafazan Al Quran”.

Ibnu Mas`ud r.a. berkata:

“Penghafaz Al Quran harus dikenal dengan malamnya saat manusia tidur, dan dengan siangnya saat manusia sedang tertawa, dengan diamnya saat manusia berbicara, dan dengan khusyu`nya saat manusia gelisah. Penghafaz Al Quran harus tenang dan lembut, tidak keras, tidak sombong, tidak bersuara kasar atau berisik dan tidak cepat marah.”

3. Ikhlas dalam Mempelajari Al Quran.


Para pengkaji dan penghafaz Al Quran harus mengikhlaskan niatnya, dan mencari keredhaan Allah SWT semata, dan semata untuk Allah SWT ia mempelajari dan mengajarkan Al Quran itu, tidak untuk bersikap riya’ di hadapan manusia, juga tidak untuk mencari dunia.

"YA ALLAH RAHMATILAH AKU & SAHABAT2KU DENGAN AL-QURAN,JAUHKANLAH KAMI DARI LALAI MENJAGA AL-QURAN,BANTULAH KAMI DALAM MENGINGATI & MEMARTABATKAN KALAMMU YA ALLAH"

"SESUNGGUHNYA MENGHAFAL AL-QURAN IBARAT MENGIKAT KUDA LIAR YG MANA BILA DIIKATNYA IA AKAN MUDAH TERLEPAS JUGA,BEGITU JUGA AL-QURAN MUDAH DILUPAI BILA DIHAFAL,PERLU SENTIASA DIJAGA & DIULANG"

p/s:untuk diriku & sesiapa sahaja yg bergelar hamlatul quran.kita mulia kerana al-quran tapi kita juga boleh jadi hina atau dilaknat kerana al-quran.wallahua'lam.

Tasyji' diriku..

"inginkan mutiara selamilah lautan,

inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,

inginkan kejayaan relailah pengorbanan.."


inginkan masyi qur'an,

jom pakat2 kita ngulang qur'an!!


"ketahuilah setiap kepahitan itu terselit seribu kemanisan"

:: InZaR HuFFaz ::

1. Membaca al-Quran dengan 6 minit setiap kali lepas solat fardhu 5 waktu. Kalau tergendala qadha’lah bacaan tersebut pada waktu solat kemudiannya atau carilah mana-mana waktu senggang.

2. 6 minit sebanyak 4 muka surat. Kalau tidak mampu paling kurang dalam 15 minit kita lebih dari mampu untuk menyelesaikannya. Tengok cerekarama pun 2 jam inikan pula baru 15 minit tapi balasannya syurga Allah! Allahu Akbar! Anda tidak mahu syurga Allah?

3. 1 juzuk sebanyak 20 muka surat. Eh! Tengok konsert nyayian boleh berjam-berjam berdiri....ini duduk bersila dan hanya keluar suara. Kalau masih tidak mampu cubalah nilai setebal mana keimanan anda!

4. 1 juzuk sebanyak 10 helai. Betapa ringannya 10 helai kalau ditimbang dengan dompet duit anda! Mampu berceramah berjam-jam tapi betapa beratnya nak menghabiskan 10 helai. Allahu Akbar! Semoga Allah memudahkan kita.

5. 4 muka surat sebanyak 2 helai. Surat khabar yang kita baca hari-hari berapa helai? Kita boleh membelek surat khabar berkali-kali, pagi sekali, petang sekali, malam belek lagi! Quran ke mana?

6. 5 (solat fardhu) X 4 (muka surat) = 1 juzuk sehari!. Alangkah mudahnya! Alangkah bahagianya bagi orang yang dapat khatam Quran! Setengah orang mampu wirid 70 ribu tahlil, tapi untuk menghabiskan Quran 30 juzuk bertahun-tahun baru khatam. Dimanakah kekuatan rohani kita? Mari kita kutip kembali kekuatan rohani yang telah tercicir sepanjang 11 bulan lalu dengan hadirnya Ramadan.

Ya Allah...Terimalah ibadat kami, berilah kami kesempatan untuk mendapat Malam Qadar-Mu, paling tidak sekali dalam hayat umur ini.. amin..

Pesan diriku..Pesan dirimu..^^

Sahabat-sahabat Al-Quran,
Sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu?
Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi?
Ataukah manusia yang masih bertakhta di sanubari?
Ataukah kasih manusia yang masih kau damba?
Pernahkah kau rasakan Al-Quran itu teman sejati?
Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi…
Yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamlatul Quran?

Sahabatku…
Ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran
Ukhuwwah mahabbah yang terjalin ini atas nama AL-Quran
Dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran..^_^

...ya Allah,muliakan aku dgn kemuliaan Alqur'an...

:: Bisikan Nurani ::

"Bisikan ketenangan menyelubungi nurani, kesyahduan ku rasakan amat bererti, acap kali ku terdengar alunan suara insan-insan kerdil membasahi lidah dengan kalamMu Ya Ilahi, tiada putus-putus mendampingi kitabMu, membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci. Segolongan insan yang dihormati, segolongan insan yang dipandang tinggi, inilah insan yang bergelar Hamalatul Quran, iaitu pendukung kitab suci. Hamalatul Quran....

Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna, yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci. Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi..

“...seharusnya bagi seorang Hamalatul Quran itu mengetahui...
malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang
sia-sia, dan khusyuknya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia...”


Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku, betapa Hamalatul Quran yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dalam keperitan..Baru ku sedar, Hamalatul Quran..kau luar biasa!

Tatkala ku imbas kembali kisah silamku yang penuh dengan kelalaian, kealpaan, keseronokan seperti orang-orang kebanyakan, sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini..

Namun... Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini, menjadi salah seorang insan pilihanMu, di dalam dunia Hamalatul Quran yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti.. ibu bapaku bakal Kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah pengorbanan mereka mendidik ku mengenali kehidupan insani.

Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri? Hamlatul Quran, alangkah beruntungnya dikau..!

Sahabat-sahabat Al-Quran, sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu? Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi? Ataukah manusia yang yang masih bertakhta di sanubari? Ataukah kasih manusia yang masih kau dambai? Pernahkah kau rasakan
Al-Quran itu teman sejati? Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi..yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamalatul Quran?

Sahabatku... ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran, ukhuwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran, dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah aku seorang Hamalatul Quran yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi. agar kehadiranku di dunia ini dihargai. Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri. Sesungguhnya kehidupan di dalam dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati. Lantas itu, ku pinta padaMu Ilahi, agar saat-saat akhir hayatku, alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku.

Panduan hafaz Qur'an

Sebelum Menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.


E. Teknik Mendengar Kaset

1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.


F. Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.


G. Teknik Menulis

1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.


H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"

1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.


I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.


J. Teknik "Mindmaping"

1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.


Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

- Adab-adab Penghafaz Alqur'an -

Seorang Prnghafaz Al-Qur'an :
1)Mesti berada dalam keadaan yang paling mulia…serta keperibadian yang paling mulia.

2)Dia hendaklah menjauhkan dari segala sesuatu yang dilarang Alquran.

3)Dia hendaklah terpelihara dari pekerjaan yang rendah umpama pembasuh tandas..penyapu jalan..kerja kuli..dan sebagainya..

4)Dia mesti berjiwa mulia…seumpama Alquran yang mulia berada dalam dadanya.

5)Dia mesti merendahkan diri kepada ahli kebaikan..dan orang-orang soleh.,serta kaum miskin,anak yatim

6)Dia hendaklah menjadi seorang yang kusyuk setiap masa semampunya..dan harus memiliki ketenangan dan kewibawaan…kerana sifat Al-Quran adalah tenang.

Diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khattab r.a bahawasanya Beliau berkata..

“wahai para pembaca Al-Quran,,angkatlah kepalamu!!Jalan telah jelas bagimu dan berlumbalah untuk berbuat kebaikan dan janganlah menggantungkan diri kepada orang lain yakni menjadi bebanan ke atas masyarakat.”

Dari Abdullah ibn Mas’ud..

“hendaklah pendukung Al-Quran menghidupkan malamnya dengan membaca Al-Quran ketika orang lain sedang tidur dan berpuasa siang harinya ketika orang lain sedang berbuka.Dia hendaklah bersedih ketika orang lain gembira..dan menangis ketika orang lain sedang tertawa..berdiam diri ketika orang lain bercakap dan menunjukkan kekusyukkan ketika orang lain membanggakan diri”.

Dari Hassan bin Ali r.a

“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu menganggap Al-Quran sebagai surat-surat dari tuhan mereka.Maka mereka merenungkan pada waktu malam dan kemudian mengamalkan pada waktu siang”.

Dari Fudhail bin Iyadh

“Pendukung Al-Quran adalah pembawa panji-panji Islam.Dia tidak seharusnya bermain bersama orang yang bermain dan lalai bersama orang yang lalai,dia hendaklah tidak bercakap perkara yang sia-sia demi memartabatkan Al-Quran.”

Perkara yang perlu di ambil perhatian ke atas semua penghafaz Al-Quran

1) Menghindarkan diri dari perbuatan menjadikan Al-Quran sebagai sumber penghasilan atau pekerjaan dalam kehidupannya.Dari Abdurrahman bin Syubail r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda

“Bacalah Alquran dan jangan gunakannya untuk mencari makan,kekayaan,jangan menjauhinya(AL-QURAN),atau melampaui had(melanggar hukum-hukumnya)”.

Dari Fudhail bin Amru r.a katanya.”dua orang sahabat Rasulullah SAW memasuki satu masjid.Ketika imam memberi salam seorang lelaki berdiri kemudian membaca beberapa ayat Al-Quran,kemudian dia meminta upah.Salah seorang dari keduanya berkata ,Innalillah Wa Inna Ilaihi Rooji’un.Kami dengar rasul ALLAH bersabda..”sesiapa yang meminta upah dari pembacaan Al-Quran maka jangan kamu memberinya”.

Tetapi mengambil upah kerana mengajar Al-Quran terdapat perselisihan para ulama’.

2)Dia hendaklah memelihara bacaan Al-Quran dan memperbanyakkan bacaannya.Ulama salaf mempunyai kebiasaan-kebiasaan yang berlainan tentang tempoh dan jagka masa mengkhatamkan Al-Quran.

Ibnu Abi Daud meriwayatkan dari sebahagian ulama salaf bahawa mereka mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam setiap dua bulan,manakala setengah daripada mereka mengkhatamkan Al-Quran dalam setiap bulan.Adapula yang mengkhatamkan sekali dalam sepuluh malam..dan setengahnya mengkhatamkan sekali setiap lapan malam..banyak dari mereka mengkhatamkan dalam setiap tujuh malam..setengahnya mengkhatamkan dalam setiap lima malam.Begitu juga ada yang mengkhatamkan dalam empat,tiga,dua,dan satu malam…

Ada juga yang mengkhatamkan dua kali sehari..sekali pada waktu pagi..sekali pada waktu malam…adapula yang mengkhatamkan lapan kali sehari,iaitu empat kali waktu cerah,empat kali waktu gelap..

Antara yang mengkhatamkan Al-Quran sehari semalam ialah

-Uthman bin Affan

-Tamim Ad-Daariy

-Said bin Jubair

-Mujahid

-Imam As-Syafi’i..

Diriwayatkan bahawa Abu Bakar bin Abu Daud r.a mengkhatamkan Al-Quran tiga kali setiap malam.

Mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam seminggu,di antara mereka adalah Uthman bin Affan,Abdullah ibn Mas’ud,Zaid bin Thabit dan Ubai bin Ka’ab dan dari Tabiii’iin…antaranya Abdurrahman bin Yazid,Alqamah dan Ibrahim Rahimahullah.

Perlu diambil perhatian juga;

Bahawasanya sesiapa yang ingin merenung dengan cermat yakni pembacaan dengan hati..buka dengan lisan sahaja..maka dia tidak perlu tergesa-gesa dalam pengkhataman Al-Quran..memandangkan dia seorang yang baru belajar,,,atau sedang belajar,,,atau jugak dia seorang pengajar dan penyebar ilmu agama..yang lebih diutamakan baginya kemashlahatan kaum muslimin…walaubagaimanapun..sekiranya dia seorang hafiz Al-Quran..maka dia harus merancang jadual hariannya/mingguannya untuk mengkhatamkan Al-Quran mengikut tempoh yang selesa…tanpa mengurangkan hak-hak pembacaan..

Adapun setengah ulama berpendapat bahawa mengkhatamkan Al-Quran dalam sehari semalam adalah makruh..kerana takut-takut mengabaikan tanggungjawab terhadap diri,keluarga(sekiranya telah berkahwin),atau masyarakat…melainkan sekiranya dia yakin bahawa dia mampu mengkhatamkan Al-Quran,,tanpa mengabaikan mana-mana tanggungjawabnnya.

Seorang yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran..mendapat doa dari para malaikat seperti dalam gambaran di bawah ini..

dari Talhah bin Musarrif seorang dari kalangan At- tabi’i yang mulia..katanya

“barangsiapa mengkhatamkan Al-Quran pada mana-mana waktu.sekiranya waktu siang,dia mengkhatamkan,maka para malaikat mendoakan untuknya sampai ke waktu malam…sekiranya dia mengkhatamkan pada waktu malam maka para malaikat mendoakan untuknya sampai ke waktu pagi.”…..Mujahid pun bersependapat demikian.

Diriwayatkan dari Ad-Darimi dalam musnadnya dengan isnad dari Saad Bin Abi Waqqas r.a katanya “Jika pengkhataman al-Quran bertepatan dengan awal malam,para malaikat mendoakan baginya sehingga waktu pagi..dan apabila pengkhataman bertepatan pada akhir malam,maka para malaikat mendoakan baginya sehingga waktu petang.”Ad-Darimi menambah bahawa ini adalah hadith hasan dari Sa’ad bin Abi Waqqas r.a..

3)Dia hendaklah banyak mengambil berat untuk membaca al-Quran pada waktu malam dan dalam solat malam..Allah SWT berfirman:

“Antara Ahli Kitab itu ada golongan yang bersikap jujur (berpegang teguh kepada agama Allah yang benar),mereka membaca ayat-ayat Allah SWT(Al-Quran) pada waktu malam ,sedangkan mereka bersujud yakni mengerjakan solat.Mereka beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat ,dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang dari segala perkara yang salah samada buruk maupun keji serta mereka pula berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan..mereka yang mempunyai sifat ini adalah golongan yang saleh.”________(Quran, Surah Ali-Imran:113-114)

Diriwayatkan dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim dari Rasulullah SAW bahawa Baginda bersabda:

“sebaik-baik lelaki adalah Abdullah,seandainya dia solat pada waktu malam maka ia tidak akan tidur malam kecuali sedikit sahaja”.

Diriwayatkan oleh Thabrani dan lainnya dari Sahl bin Sa’ad r.a dari Rasulullah SAW Baginda bersabda:

“Kemuliaan orang mukmin adalah solat di malam hari”.

Banyak hadith dan athar diriwayatkan berkenaan dengan perkara ini..dari Abu Ahwas Al-Jusyaimi,,katanya :”Ada orang mendatang kepada sebuah khemah pada waktu malam..Dia mendengar suara dari penghuninya seperti desikan lebah(yakni berbual kosong)..lalu katanya ;”kenapakah orang lain merasa aman dari apa yang di takutkan kepada mereka? (maksudnya Al-Quran yang memperingatkan akan Hari Kiamat) ‘?

Ini menunjukkan bahawa ulama dan orang-orang soleh dahulu begitu menitikberatkan tentang ibadah di malam hari sehinggakan bantuan ALLAH terlalu hampir dengan mereka…..jauh berbeza dengan keadaan kita sekarang, banyak bercakap,banyak memberi pendapat itu haram,ini halal,namun amalan kita rosak..tidak perlu kita bicara panjang tentang agama,tentang sejauh mana orang bukan islam di negara kita terkesan dengan akhlak orang islam sendiri,tidak perlu kita berfikir bagaimana mendakwah agama islam kepada non-muslim selagi 5 waktu solat kita,5 waktu yang ALLAH paling sayang,yang ALLAH janjikan kebahagian bagi siapa yang mendirikannya yakni setiap waktu berjemaah di masjid ALLAH bagi kaum lelaki.,,….selagi solat kita belum mengikut cara NABI SAW,yakni solat ditempat azan di azankan.yakni di masjid……………lalu saudara-saudari sekalian cuba bayangkan adakah bantuan Allah akan sampai kepada umat ini?selagi umat ini tidak mengikuti jejak langkah umat-umat yang awal dahulu beriman maka bantuan Allah tidak akan sampai pada kita..melainkan kepada golongan-golongan yang cara kehidupan dia mengikut orang-orang soleh dahulu.serta .sahabat-sahabat r.anhum..selagi kita memberi alasan dengan teknologi yang ada pada hari ini..selagi itu kita tidak akan bangun.Selagi kita meninggalkan cara kehidupan Nabi SAW..dengan menganggap cara kehidupan Nabi SAW adalah kuno..dan kita patut olah mengikut kemajuan zaman hari ini untuk mendakwah islam..maka kita tidak akan terkeluar dari kerugian seperti Firman Allah “innal insana lafii khusr”.. sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian..

WallahuA’lam.

Solat Sunnat kuatkan hafazan.

Saudara-saudari sekalian….bagi yang sedang menghafaz Al-Quran..ataupun telah tamat hafazan…penting bagi kalian mengambil berat untuk mlakukan solat ini….caranya ialah;

1.mengerjakan solat ini sebanyak 4 rakaat.

Part 1- dua rakaat..memberi salam…rakaat pertama..selepas Al-Fatihah membaca Surah Yasin..kemudian rakaat kedua membaca surah Ad-Dukhan.

Part 2-dua rakaat…memberi salam..rakaat pertama membaca surah As-Sajadah..rakaat kedua membaca surah Al-Mulk.

Objektif solat;

  • Memelihara peti simpanan pembacaan, pemahaman, pengetahuan dan penghafalan yang telah dibuat.
  • Melindungi ilmu melalui hafalan ayat Al Quran dan Sunnah daripada hilang begitu sahaja.
  • Memagari seluruh panca indera dan anggota badan dari melakukan perkara kemaksiatan terhadap Allah S.W.T.
  • Memberikan kekuatan menggantungkan harapan kepada Allah S.W.T tas usaha yang telah dilakukan.
  • Melahirkan sifat sabar dan mujahadah untuk menjaga ilmu Allah S.W.T yang telah dikuasai dengan sebaik-baiknya.

Setelah itu bacalah doa ini..

اللَّهُمَّ ارحَمْنِي بِتَركِ الْمَعَاصىْ أَبَدًا مَّاأَبْقَيْتَنِيْ وَارحَمْنِيْ أَنْ أَتَكَلَّفَ مَالايُعْنِيْنِىْ وَارْزُقْنِيْ حُسْنَ النَّظَرِفِيْمَايُرضِيْكَ عَنِّيْ اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ والأَرْضِ ذَالْجَلاَلِ وَالإكْرَاِم وَالْعِزَّةِ الَّتِي لاَتُرَامُ أَسْأَلُكَ يَااللهُ يَارَحْمَن بِجَلاَلِكَ وَنُورِوَجْهِكَ أَن تُلزمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كَمَا عَلَّمْتَنِى وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ عَلَىالنَّحْوِ الَّذِي يُرْضيكَ عَنّي.

اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ ذَالْجَلاَلِ والإكْرَامِ وَالْعِزَّةِ الَّتِى لاَ تُرَامُ أَسْأَلُكَ يَا اللهُ يَارَحْمَن بِجَلاَلِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَن تُنَوّرَبِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَن تَطْلُقَ بِهِ لِسَانِي وَأَن تَفَرّجَ بِهِ عَن قَلْبِي وَأَن تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي وَأَن تَسْتَعْمِلَ بِهِ بَدَنِي فَإِنَّهُ لاَ يُعِينَنِي عَلَىالْحَقِّ غَيْرَكَ وَلاَيُؤْتِينِيهِ إلاأَنتَ وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِيّ الْعَظِيمِ

Motivasi Buat Bakal dan Para Huffaz

Oleh : hafizquran



Bismillahirrahmanirrahim

Saya kurang pasti kiranya ini boleh dikatakan sebagai motivasi. Namun ramai yang memberi emel dengan maksud yang lebih kurang sama. Selain untuk bertanya kaedah dan petua, perkara wajib yang diminta adalah tasyji' dan motivasi buat meneruskan perjuangan sebagai huffaz. Itulah realiti. Seorang huffaz tanpa motivasi akan menjadi lembah yang tiada air.


1. Betulkanlah niat. Andai sudah betul, jagalah niat itu. Jaga dan terus jaga. Hati manusia boleh berbolak balik dalam dua detik sahaja.

2. Jagalah adab. Adab dengan semua. Al-Quran terutamanya. Junjung dan tatang secara luaran dan dalaman. Adab dengan guru @ murabbi. Adab dengan Ibu dan ayah sendiri. Ambil berat persoalan adab. Jaga dan terus jaga.

3. Perhatikan masa dan usaha. Semua orang mempunyai 24 jam tapi tak semua orang 'memiliki' 24 jam. Tingkatkan usaha. Istiqamah dengan usaha ana sendiri.

4. Pelajari kaedah. Banyak tempat untuk dirujuk dan bertanya. Tanya pada yang alim , pada yang sudah berpengalaman. Terima dan praktikkan dengan penuh iltizam.

5 . Jangan hangat2 tahi ayam. Jangan sekerat jalan. Kembali kepada persoalan niat. Tekad seteguh2nya.

6. Jauhi maksiat zahir dan batin . Maksiat kecil sehinggalah maksiat besar. Duduk berseorangan pun boleh berlaku maksiat, apatah lagi ditengah kekalutan orang dan budaya. Perhatikan makna taqwa yang diumpamakan oleh seorang sahabat r.a : " Laksana kamu berjalan di atas jalanan yang penuh dengan onak dan duri..."

7. Pegang Al-Quran sentiasa. Kucup dan junjung. Bawa dalam keadaan suci dan berwudhu'. Sayangi Al-Quran secara jujur tanpa sedikitpun unsur hipokrit. Sayangi yang zahir ( mushaf ) dan sayangi yang batin ( hafazan dan amalan ).

8. Syaitan akan 'mendampingi' anda sentiasa. Nafsu akan mengikut anda ke mana2. Suatu ketika anda mungkin akan di'peras ugut' oleh keduanya. Iman seorang penghafaz Al-Quran juga adakala menaik dan merudum. Diibaratkan ; kalau baik , lebih baik dari Malaikat. Kalau jahat, lebih jahat dari Iblis. Itulah huffaz.

9. Maka selalulah bermohon kepada Allah. Minta dengan Allah. Jangan tinggal solat hajat. Permintaan supaya dipermudahkan hafazan dan di'benar'kan khatam hafazan Al-Quran jangan ditinggalkan. Itu antara doa wajib bagi anda sampai anda mati.

10. Jangan tinggal hubungan hati dengan Allah walaupun sedetik. Sedetik itu sangat bermanfaat bagi Syaitan untuk mengambil ruang dan kesempatan. Seorang murid pernah dihantar oleh gurunya untuk berdakwah di suatu tempat ( kisah sahabat r.a ) :

Guru bertanya : bagaimana kiranya dalam perjuanganmu kamu akan diganggu oleh nafsu dan syaitan yang akan menerkam bila2 masa sahaja? Murid menjawab : aku akan menghalaunya . aku akan sentiasa menghalaunya. Murid memahami bahawa syaitan dan nafsu adalah ujian wajib. Guru bertanya lagi : bagaimana kalau keduanya terus mengganggumu? Murid menjawab : aku akan terus melawan dan menghalaunya. Guru bertanya lagi : justeru sampai bila? Murid gagal memahami , lalu dinasihatkan oleh gurunya : Jika kamu diganggu oleh binatang buas yang akan menerkammu, beritahulah kepada tuan kepada binatang tersebut supaya tuannya boleh menghalau binatang tersebut dari terus mengganggumu. Tuan kepada kedua musuh kita hanyalah Allah. Jangan sesekali tinggalkan doa dan pergantungan kepadaNya.




Apa yang perlu diketahui dan diingati oleh seorang huffaz?



1. Al-Quran yang dihafaz adalah amanah. Anda sendiri yang 'mencari pasal' untuk mengambil amanah tersebut. Bagaimanapun, anda 'mencari pasal' yang baik. Jadi janganlah suatu masa nanti anda bukan sahaja melupakan hafazan anda , bahkan tidak mahu mengaku anda seorang huffaz!


2. Bila anda faham bahawa anda yang 'mencari pasal' , jadi anda kena SMI ( Sendiri Mau Ingat ) tentang hafazan anda. Ana sangat suka kepada mereka2 yang bertanya dan nampak bersungguh2 bila diutarakan topik hafazan Al-Quran.Tapi ana sungguh2 menyampah dan kecewa bila sesetengah penghafaz Al-Quran lebih bersemangat bila menyentuh topik siasah, jamaah, program dan perkara2 lain. Bila sentuh bab Quran, diam dan ubah topik. Tidak berminat.Bila malas iadah, beri alasan 'tak masyi'. Macam mana nak masyi kalau malas iadah? Sama juga dengan macam mana nak kenyang kalau tak telan nasi. Mengejar perkara lain tidak salah apatah lagi soal yang lebih utama, tetapi hafazan Al-Quran telah anda kendong terlebih dahulu. Jadi berilah perhatian sewajarnya.


3. Dalam proses anda hafaz Al-Quran, anda akan diuji.


4. Anda akan semakin diuji..


5. Anda akan terus diuji..


6. Dan anda akan semakin kuat diuji..


7. Ujian yang datang kepada anda ada tahapnya. Syaitan yang berdiri di hadapan anda diibaratkan berpangkat Jeneral , bukan prebet. Semakin anda lawan , semakin anda rajin , semakin anda masyi, semakin anda istiqamah, Maka semakin tinggilah bintang di bahu Syaitan yang dihantar kepada anda.


8. Anda akan rebah. Ada ketikanya anda akan diuji teruk . Samada kematian , masalah hati , wanita, duit ataupun pangkat dan kedudukan. Anda mungkin tumpas dengan salah satu , yang boleh memberi kesan besar kepada tahap motivasi dan tekad anda untuk meneruskan hafazan. Seorang sahabat ana di madrasah dahulu, kecundang waktu dah berada di juzuk 23, Alangkah sayang..


9. Kalau anda jatuh, anda rebah , jangan menangis. Jangan 'laknat' diri anda kerana anda rebah. Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu apakah itu 'sakit'. Jangan sedih andai tika anda 'rebah' tiada yang membantu, apatah lagi 'merawat'. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran . Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. Bagi ana, itulah teman yang paling setia..

10. Anda bukan penghafaz Al-Quran sejati kalau anda tidak pernah menangis kerana Al-Quran ( hafazan ) anda.

11. Anda perlu ingat formula ini sampai bila2. Ingat dan faham betul2. Dalam menghafaz Al-Quran anda cuma ada dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Diulangi : diberikan oleh Allah. Pertama anda berada dalam keadaan senang hafaz dan mudah ingat. Kedua , anda berada dalam keadaan sebaliknya iaitu susah hafaz dan sukar ingat.Apa yang perlu anda faham dan tanam dalam hati? Ini penting. Fahami bahawa sebenarnya kedua2nya adalah UJIAN. Pesan Ustaz Badlishah Johan ( my murabbi ) yang tak pernah saya lupa adalah tentang ini. Orang yang senang hafaz mudah ingat , Allah nak tengok adakah dia akan bersyukur dan melazimi Al Quran . Manakala yang susah ingat Allah nak tengok samada dia benar2 ikhlas, akan terus berusaha dan istiqamah atau tidak. Atau mungkin berputus asa. Kalau yang mudah ingat pula, mungkin akan banyak lepak, banyak borak.



12. Justeru, JANGAN menangis dan menyalahkan diri anda andainya anda tidak ingat Al-Quran. TETAPI sila menangis dan salahkan diri anda kiranya anda malas , tiada istiqamah dan tidak konsisten dengan hafazan anda . Pesan Allah ta'ala dalam surah Al-Qiyamah : " Sesungguhnya Kami lah yang menghimpunkan Al-Quran itu dalam dada2 manusia.."


13. Terakhir, sentiasa ingat bahawa Al-Quran akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah. TETAPI Al-Quran juga boleh menjadi hujjah ke atas kita pada masa tersebut. Inilah peringatan paling 'keras' buat kita semua para huffaz Al-Quran ( terutama ana ).





" Allahummaj'alhu Hujjatal lana Wala Taj'alhu Hujjatan 'Alaina Ya Rabbal 'Alamin.."

Bicara Huffaz

akhlak hamlatul quran...utarakan pandangan anda...

Akhlak kita tak seindah kata dan tak seindah bicara…beginikah?? @ sebenarnya bagaimana??

Salam 'alaik akhawat wa ikhwan fillah…

"Keruntuhan akhlak dikalangan hamlatul quran yang sekarang ini kian meruncing. Apa peranan dan tanggungjawab mereka ini sebenarnya? Besar. Sangat besar. Ana mohon pada sesiapa yang boleh memberi cadangan juga pendapat untuk kita kongsi bersama" - dari blog http://islamforever-ahlullah.blogspot.com/ tertarik dengan persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat kita ini, ana cuba menulis untuk sama-sama kita kongsi dan muhasabah arah dan tujuan kita sebenarnya…ittijah dan hadaf… Ingat hadaf utama kita diciptakan…Dari mana kita datang? untuk apa kita diciptakan? dan kemana kita akan dikembalikan? Mohon sama-sama kongsi idea dan pendapat yang bersarang di minda masing-masing…

Alhmdulillah syukur kerana masih dikurniakan ALLAH berbagai-bagai nikmat sehingga sampai saat dan ketika ini, nadi masih berdenyut…nikmat iman dan Islam dapat dirasai…Cuma manusia tidak mensyukurinya atas kelalaian diri sendiri…

(يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك و على طاعتك)))

اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعة وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابة...آمين.

Apa khabar agaknya iman kita di waktu dan ketika ini?

Adakah sihat seperti mana jasmani kita? Atau sedang sakit? Jika sakit…tahap apakah sakit itu? Biasa @ kritikal? Sedarkah kita? Atau masih dalam lena dibuai mimpi yang indah…jika sedang enak di lamun cinta dengan perhiasan dunia…mata pulak dikaburi dengan keseronokan dan nikmat dunia sementara ditambah pula dengan nafsu yang meronta-ronta minta dibebaskan…ayuh bangun segera!!…jika badan kita rasa sakit, kita segera sahaja mencari penawarnya…pantang sakit sedikit, ada sahaja alasan untuk tidak hadir kelas dan sebagainya…ada sahaja alasan untuk tidak tunaikan kewajipan harian…betul atau salah…kita semua pernah dan sedang melalui zaman-zaman ini…sedarkah kita yang iman kita juga memerlukan penawar segera dan istimrar (berterusan), jika tidak segera diubati akan menjadi semakin parah…iman kita sedang menangis kerana sakitnya amat kritikal sekali…sampai bila lagi nak tunggu…dibiarkan tanpa ada ubat…

Kita selalu sahaja lapar…nak makan…pergi ke medan selera @ mana tempat yang boleh dijumpai makanan…erm…alhamdulillah dah kenyang baru boleh belajar…makan untuk hidup dan dapat beribadat dengan baik serta perlu laksanakan tugas sebagai khalifah di atas muka bumi ALLAH ini…tapi kadang-kadang terbalik…boleh jadi hidup untuk makan (na'uzubillah)…sebab sebenarnya makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang…tapi kita makan sebelum lapar berhenti bila dah kenyang sangat…maka malas terus merajai diri…hakikatnya rohani juga sentiasa lapar dan memerlukan makanan…kita sahaja sering lupa…manusia memang selalu lupa…tapi jangan sampai lupa asal usul…jangan lupa iman kita sedang sakit tenat…sudah carik dan rosak disebabkan perbuatan-perbuatan kita yang sebenarnya kita tahu tapi lalai dek nafsu dan keseronokan di dunia yang sementara ini…sudahkah kita tunaikan kewajipan sebagai khalifah ALLAH yang telah ditaklifkan ke atas setiap orang dari kita di atas bumi ALLAH ini??

Kesimpulan dari kehidupan seharian kita…semalam tidur lambat…alasannya nak cari modal untuk esok…hakikat sebenarnya tidur lewat…mula-mula borak-borak dulu, makan-makan…sedar tak sedar dah pukul 2 pagi…esok nak ke kelas…modal tasmi' tak lancar lagi...subuh entah pukul berapa?? Sudah semestinya subuh gajah...cepat-cepat bersiap ke kelas…tasmi' satu muka jelah dulu…xlancar lagi @ esok sahaja…masuk kelas madah…fikiran melayang entah ke mana?? Ustaz kat depan, dalam otak terfikirkan perkara lain…balik kelas jalan-jalan dulu…study? Tunggu exm lah..bila ada program-program ilmiah…tak boleh pegi…nak cari modal…esok takut ustaz @ ustazah marah…hakikatnya…borak-borak kat bilik berjam-jam…tengok cerita dulu…tengok cd…surf internet dan sebagainya…modal tasmi'?? lupa entah ke mana…masa berlalu begitu pantas tanpa menunggu kita…sedar xsedar dah nak final exam (imtihan nihaie)…muqarrar al-quran belum habis…masa ni semuanya rajin-rajin…dari pagi sampai petang bermukim di kelas…sibuk-sibuk cari ustaz dan ustazah nak tasmi'…memang boleh dapat anugerah pelajar paling rajin… tak cukup di kelas malam beriktikaf pulak di masjid @ surau dan sebagainya…sebabnya nak habiskan cepat muqarar al-quran…kalau tak sempat habis kena tangguh pulak…buku xbaca lagi..tersimpan kemas dirak @ dalam beg…esok nak exam baru baca…nilah rahsia pelajar paling cemerlang…apa yang kita kejar sebenarnya?? Pointer @ ilmu?? Sijil dunia @ sijil akhirat?? Tertulis kemas pelajar tahfiz al-Quran...hakikatnya al-quran hanya sekadar hafalan exam…tidak terikat kemas di dada…ilmu fi sutur bukan fi sudur…inikah yang kita mahu??

Ya ALLAH bantulah kami…kami selalu sahaja lalai dengan nikmat dunia yang sementara ini…selamatkanlah kami dari tipuan duniawi…hasutan syaitan…kami selalu sahaja mengikut nafsu…kami lemah ya ALLAH…

Sedar tak sedar sebenarnya masyarakat memandang kita sebagai model…kerana apa?? Kita mengahafaz bukan sahaja 1 ayat tetapi 30 juzuk…beribu2 ayat..bayangkanlah…al-Quran itu adalah sesuatu yg amat mulia…bagaimana nak masuk dengan hati yang kotor?? Jiwa yang lalai?? Kalau akhlak sudah rosak…bagaimana mahu menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat… al-Quran itu suci jangan kita kotorinya dengan perbuatan-perbuatan kita…

Dalam surah as-soff ALLAH memperingatkan kita yang maksudnya :

amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.

Ingatlah Nasihat waqi' kepada imam syafie apabila dia mengadu kepada waqi' tentang kesusahannya dalam menghafal :

شكوت إلى وكيع السوء حفظ

فأرشدني إلى ترك المعاصى

فأخبرني بأن العلم نور

ونور الله لا يهدى للعاصى

Ya ALLAH malunya kita…Imam syafie yang hanya tertengok tumit seorang perempuan sahaja sudah merasakan susah untuk menghafal…kita bagaimana?? Kehidupan seharian sahaja penuh dengan noda dosa…hati kotor…maksiat hati bila teringat-ingat perkara yang melalaikan…maksiat mata bila tengok benda-benda yang xelok…maksiat mulut bila bercakap benda-benda xsepatutnya…mengumpat sana-sini…maksiat telinga bila dengar perkara yang xsepatutnya…al-quran yang sepatutnya dijadikan halwa telinga, lagu yang melalaikan pulak yang dilazimi…maksiat tangan bila menaip mesej-mesej kepada si 'dia'…sayang,rindu dan sebagainya…'couple' berleluasa…hafal quran tapi ber'couple'…bagaimana tu?? Setiap hari baca ayat-ayat ALLAH…tapi…dalam masa yang sama…buat jugak maksiat…Mencampurkan hak dengan yang batil…nk cabar hukum ALLAH ke? (na'uzubillah) Kalau mahu mudah menghafal, kata waqi' tinggakan maksiat… Mana identiti pelajar islam?? Hilang nilai diri entah ke mana…melayang-layang, terawang-awang di alam fantasi ciptaan sendiri…inilah keruntuhan akhlak di kalangan hamlatul quran…ramai yang apabila ditegur mengatakan 'jangan masuk campur hal orang'. bagi yang ber'couple' pulak…takutlah dengan inzar dari ALLAH dalam surah al-israk…Wala taqrabuzzina.. (jangan kamu mendekati zina)…sms,ym,frenstr dan sebagainya (tanpa ada tujuan yang dibenarkan) yang menjerumuskan kearah itu adalah zina dan salah dalam hukum islam…perlu diingat dan faham…ALLAH meletakkan perkataan 'taqrabu' (mendekati) bukan 'ta'malu'(membuat)…jadi semua perkara yang menjurus kearah itu adalah salah… Matlamat tidak menghalalkan cara…ISLAM itu tinggi dan tidak ada yg lebih tinggi darinya…

Akhwat dan ikhwah fillah,

Jasmani dan rohani perlu perlu seiring untuk menjadi khalifah yang betul-betul melaksanakan tanggungjawab yang telah ditaklifkan…setidak-tidaknya bangun malam perlu untuk memberikan kita kekuatan dalam menghadapi mehnah hidup dunia ini…sekurang-kurangnya solat tahajjud 2 rakaat…memang susah tapi sama-sama kita cuba amalkan…kalau diwaktu exam, kita sanggup berjaga malam semata-mata untuk study…(satu malam sahaja boleh habis satu buku…kalau hari-hari lain satu helai pun dah letih)…tapi bila dah habis exam, nak berjaga malam pun payah…kerana sedang nyenyak tidur di katil empuk dibuai mimpi yang indah… iman kita sekarang sedang sakit…sedarkah kita?? @ masih dibuai mimpi yang indah…

Kadang-kadang membaca sehari sejuzuk pun kita tidak mampu (selain dari muQarar @ hafalan tasmi') inikan pula nak istimrar mengulang…adakah mengulang hanya sekadar untuk exm?? Untuk mendapatkan 4.0 dalam sijil dunia?? Klu begitu batalkan saja niat kita untuk menghafaz…kerana disebabkan kitalah datangnya fitnah kepada Al-Quran…

Ayuh sama-sama kita intropeksi n koreksi diri kita…adakah kita benar-benar menghayati dan beramal dengan al-Quran yg kita hafaz?? @ hanya sekadar untuk exm? @ sekadar inginkan nama sebagai hafiz @ hafizah?? Di mana nilai diri kita sebenarnya…ayuh bangkitlah wahai hamlatul Quran…janganlah asyik dibuai dengan mimpi-mimpi yang indah sahaja…sedar dan bangkitlah…apakah sebanarnya tujuan kita menghafaz al-Quran??…klu hanya sekadar inginkan nama…lebih baik berhenti daripada mendapat laknat ALLAH akibat perbuatan-perbuatan kita yang kadang2 bukan kita tidak tahu tetapi sengaja buat-buat tidak tahu dek kerana seronok dengan nikmat dunia yang fana dan sementara ini…sudahlah tidak ingat apa yang kita hafal ditambah pula dengan akhlak yang teruk…kita sebenarnya perlukan teman yang menjadi cermin kepada diri kita…teman yang boleh membawa kita arah kebaikan…bukan teman yang boleh menjerumuskan kita ke neraka…

Internet memang melalaikan…oleh itu, jadikanlah internet ini sebagai medan untuk kita bertukar-tukar pendapat dan menambahkan ilmu yang semakin lama bukan semakin bertambah tetapi semakin berkurang dek kurangnya pembacaan kita…moga sedikit sebanyak memberi manfaat berguna kepada kita…bukan sekadar berkenal-kenal kosong…ber 'ana' 'enti' ber 'saya' 'awak'…itu ikhtilat namanya…ini bukannya peraturan ciptaan manusia tetapi syariat yang telah ditentukan ALLAH…apakah kita mahu melawan pencipta kita??

Jaga mata kawal hati didik diri (pinjam dari tema kempen Aku Tanpa Ikhtilat (ATI), Persatuan Mahasiswa Malaysia AL al-Bayt (PRISMA) MafraQ, Jordan).

Tepuk dada Tanya iman ye…bukan Tanya selera…

Sekian sahaja…Insan yang hina hamba yang dhoif…yang selalu lalai dan tertipu dengan perhiasan duniawi yang selalu lemah dengan mehnah dunia…maaf dipinta andai terkasar bahasa…kalau ada yang salah sila betulkan…hanya sekadar renungan kita bersama…bukan untuk dibaca tetapi untuk sama-sama fikirkan hakikat sebenar yang melanda diri kita…bukan tsunami…bahkan lebih teruk dari itu…sama ada bertepatan dengan diri kita @ tidak…tanyalah diri kita…nilailah dengan mata hati…bukan dengan hawa nafsu…sama-sama kita intropeksi dan koreksi diri kita…surah azzariyat ayat 55,

Maksudnya : dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang Yang beriman.

…kearah memperbaiki diri, berubah dan memantapkan generasi al-Quran…jom berubah dari sekarang… upgrade our iman..selalu tajdid niat…pergantungan hanya pada ALLAH..segala-galanya hanya kerana ALLAH…

Jangan Mengeluh..

JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah
menjawabnya. ......... .......

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami
telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu
kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali
kepada
orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya
kepadaNya
aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Kalu nak mengeluh lagi ............ jom gi ngaji^^

Nota:
Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya
sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran

DOA KHATAM QUR'AN

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam sebagai pujian daripada orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang bertaqwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kami, Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sekalian para sahabatnya.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat),



wahai Tuhan Sekalian Alam.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusankanku.

Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku.

Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku daripada segala kejahatan.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amal pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku hari bertemu dengan-Mu.



Ya Allah, ya Tuhanku!

Aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang, kematian dalam kebenaran dan tempat kembali yang tidak terhina lagi buruk keadaannya.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan,

sebaik-baik doa,

sebaik-baik kejayaan,

sebaik-baik ilmu,

sebaik-baik amal,

sebaik-baik ganjaran,

sebaik-baik kehidupan,

sebaik-baik kematian.

Tetapkanlah (kakiku di atas sirat-Mu) serta beratkanlah timbanganku.

Perkuatkanlah imanku dan tingkatkanlah darjatku serta terimalah solatku.

Ampunkanlah kesalahan-kesalahan dan aku memohon kepada-Mu tempat tertinggi dari syurga-Mu.



Ya Allah, Ya Tuhanku!

Aku memohon kepada-Mu apa-apa yang mewajibkan rahmat-Mu,

juga apa-apa yang memastikan keampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa,

keuntungan daripada segala kebaikan, kemenangan dengan syurga dan pelepasan daripada api neraka.



Ya Allah, Ya Tuhan kami!

Perbaikilah akibat dari setiap urusan kami, hindarkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.



Ya Allah, Ya Tuhan kami!

Kurniakanlah kami rasa takut kepada-Mu, agar dengannya dapat menghalang kami dari melakukan maksiat,

kurniakanlah kami ketaatan kepada-Mu,

agar dengannya akan mendekatkan kami dengan syurga-Mu,

kurniakanlah kami keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang menimpa kami, berikanlah kami nikmat pendengaran, penglihatan dan kekuatan, selama Engkau masih berikan kehidupan buat kami,

dan jadikanlah semua itu warisan kami,

balaslah orang yang berbuat zalim terhadap kami, bantulah kami dalam menghadapi musuh-musuh kami,

janganlah Engkau timpakan musibah dalam agama kami,

janganlah Engkau jadikan dunia ini tujuan utama kami,

jangan pula Engkau menilai pengetahuan kami serta janganlah Engkau jadikan orang yang tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada kami menjadi pemimpin kami.



Ya Allah, Ya Tuhan kami!

Jangan Engkau biarkan kami melakukan sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya,

jangan biarkan kami dalam kebuntuan melainkan Engkau melapangkannya,

jangan biarkan kami mempunyai hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan jangan ada sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya,



wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yang penyayang.



Wahai Tuhan kami!

Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada azab neraka.



Selawat dan salam yang tidak terhingga ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya serta para sahabat yang terpilih.



Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Pesan Sahabat Kepadaku..

huffaz Qiraat: Jangan biarkan diri kita hidup sndiri...Nanti hidup kita umpama tidak berkemudi.. Carilah insan yg dapat membimbing hati.. Agar hati terjaga hingga kita bertemu ilahi.. Hati itu kunci diri.. Sempurna ia sempurnalah diri.. Rosaklah ia binasalah diri.. Hanya Iman dan taqwa pencuci hati.. Agar diri sentiase bercahaya ketika menemui ilahi.. Hati adalah seketul daging dalam diri.. Terciptanya rapuh akan nafsu duniawi.. Kuatkn lah ia dgn mengingati ilahi.. Sinarilah ia dgn tangisan taubat terhadap ilahi.. Lembutkan lah ia dgn membaca al-Quranul karim.. Agar ia sentiasa teguh dan tetap di jalan ilahi...

kak chik: YA ALLAH, jagai hati kami, kami seringkali tertawa melupakan akhiratMU, Kurangkan ketawa kami, kurangkan bicara kami yg tidak menyebut namaMU. Rasulullah SAW seringkali berdoa: "Ya ALLAH, Berikanlah aku rezeki dua mata yg menangis kerana takut kepada ENGKAU sebelum air mata ini habis."

Puteri Alisya: Apakah sifat orang Islam yang paling baik? Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a: "Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah sifat orang Islam yang paling baik? Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang yang mensejahterakan kaum Muslimin dari lidahnya(percakapannya) dan tangannya(Perbuatannya)". HADIS :RIWAYAT MUSLIM

ecah MTDQ:


Jangan... Jangan... Jangan...

Ø Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur, itu lain cerita.

Ø Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Ø Jangan makan dan minum dalambekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Ø Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Ø Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Ø Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Ø Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan..


eman_halimah:

"tiada yang boleh mengusir syahwat dan rasa cinta pada duniawi kecuali rasa takut kepada Allah dan rasa rindu kepada-Nya yang buat hati kita merana.."-ibn atqolalah


khaty_mtnp:

kawan bila rasa ingin menangis hubungilah aku aku takkan suruh kau berhenti menangis tapi...aku akan kata, "aku ingin menangis dengan kau tapi tak boleh lama sangat, nanti habis air mata aku". Kawan jika terasa nak larikan diri jauh dari masalah yang menyelubungi maklumkan aku, aku takkan halang kau tapi... aku akan kata, "berlarilah bersama aku untuk kau lupakan sementara masalah cuma jangan terlalu laju, aku tak larat nak kejar kaki aku pendek." Dan lepas itu aku juga akan kata "Kau tak boleh selamanya lari dari masalah, hadapi ia." Kawan jika kau kecewa keluargamu tak bahagia, beritahulah aku aku takkan minta kau benci pada keluargamu tapi… aku akan kata, "Kajilah punca kekecewaanmu, dan paling penting, terimalah segala ketentuan Allah.


noratiqah hussin:

" amat perit utk umar terima kewafatan Rasulullah..amat payah utk Abu Bakar meneruskan perjuangan islam Rasulullah..amat sukar bg Ali menegakkan kebenaran sdg sekelilingnye imam makin pudar..senyap2..alim ulama makin hilang..Remaja sepertiku makin jauh dri semangat jihad dan syg pd islam..Leka bnr pd kmanisn gula dunia yg mmbwa penyakit..Lupa bnar pd kemanisan madu yg mnjadi pnawar..utkmu shbt,jika kau shbt,sme2 lah brdoa mge Allah pmpinkte sekeluarga ke jln islam..jauhkn kte dr jln maya yg di cipta akal yg rosak,hati yg busuk ..bantuan syaitan laknatullah"


ibnatiummi:

"IMAM SYAFIE PERNAH BERKATA: Barangsiapa yang mempelajari Al-Quran,akan bernilai dirinya,

barangsiapa yang merenung dan mempelajari fekah maka akan mulia kedudukannya,

barangsiapa yang mempelajari bahasa akan lembut jiwanya,

barangsiapa yang mempelajari matematik akan kuat fikiranya,

barangsiapa menulis hadis akan kuat hujahnya, dan

barangsiapa tidak memelihara didrinya daripada maksiat maka ilmunya tidak memberi menfaat kepada dirinya.
"

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah banggunan tersergam indah.."

"Aku dapat membanyangkan al mujahid itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Pulang dan perginya perkataan, bicaranya, kesungguhannya, dan gurauanya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya..dirimu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat kilauan matanya, medengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya...."

Imam Hassan Al-Banna

DOA RABITAH

"YA ALLAH,Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untukmendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya...



Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU,



Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandarandan sebaik-baik penolong,



YA ALLAH,Perkenankanlah permintaan ini...Amin"

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

• Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

• Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

• Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

• Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

• Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail..

Fursan - Keinsafan Diri (lq) Mp3
Musicaddict.com