1/28/10

kerana setitis Airmata keinsafan


Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.
"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.
Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandang."
Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan. "
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."
"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.
Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.
Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."
"Silakan", kata malaikat.
"Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.
"Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata."

1/22/10

munajatku..
ya Allah..
kurniakanlah ketenangan dunia akhirat
hindarkan ku dan keluargaku
dari azab-mu

ya Allah..
sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu
dari azab api neraka jahannam
dan dari azab kubur
dan dari fitnah hidup dan mati
dan dari fitnah masahiddajal..


Rintihanku
Album : Rindu Kekasih

Munsyid : ASSAUFEE

Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengngati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah SemuaJadi Kenangan

Kerana-Mu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa


Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cintamu
Sungguh Kau Lebih Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Hati Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan

setiap penyakit ada penawarnya,dan penawar bagi penyakit dosa adalah istighfar

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata...
renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan....
renung perbuatanmu,ia menjadi amalanmu....
renung amalanmu,ia menjadi dirimu..
-tanbihul ghafilin-


1/15/10

tazkiyatunnafs

jaga hatiku Pictures, Images and Photos

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Dua kalimah yang ringan di mulut(menyebut), tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيم

kalam Imam Malik R.A : “Wahai Muhammad (Imam Syafie), bertaqwalah kamu kepada Allah, jauhkanlah maksiat. Sesungguhnya, Allah telah memasukkan ke dalam sanubarimu satu nur dan janganlah kamu padamkan nur tersebut dengan maksiat.

Tazkirah Hari Ini: Berkata Baik, Menghormati Tetangga, dan Memuliakan Tamu Dari Abu Hurairah ra, menerangkan bahwa Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhir, hendaklah ia berkata yang baik atau diam; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, hendaklah ia menghormati tetangganya; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, hendaklah ia memuliakan tamunya”.
(HR. Bukhari dan Muslim)

Diantara perkara yang menghidupkan ilmu adalah muzakarah dan muraja'ah,Andaikata hatimu bersih dan suci nescaya akan berguguran airmata tatkala mendengar al-Quran

1/10/10

jernihkan aqidah dengan ilmu


Bismillahirrahmanirrahim..
kenapa Allah menggunakan domir ''nahnu'' sebagai ganti nama-Nya?
misalnya dalam surah al-hijr ayat :9

maksudnya:"sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-qur'an,dan pasti kami juga yang memeliharanya"

lafaz ini digunakan untuk litta'zim(mengagungkan) Allah..

dalam bahasa Arab,lafaz 'ana' bermaksud:saya,aku atau kata nama bagi seorang,
manakala lafaz 'nahnu' membawa dua maksud:

1.kata ganti nama bagi 'kami' yakni menunjukkan ramai.

2.kata ganti nama bagi seorang yang membesarkan dirinya(litta'zim nafsuhu)
*secara logik,kalaulah uslub yang Allah gunakan dalam Alqur'an ini salah,tentu sekali orang musyrikin pada zaman Nabi s.a.w dah awal-awal lagi membangkang ayat ini,sebab sebagaimana yang kita dah maklum orang musyrikin pada itu,cukup fasih dalam bahasa arab.

kata syeikh ana,"orang islam menunggu ayat Allah turun,kerana rindukan ayat-ayat Allah,untuk menghafaz serta beramal,manakala orang musyrik juga menunggu turunnya ayat-ayat Allah tapi untuk mencari kesalahan dalam al-qur'an.."

*rujuk dalam mana-mana kitab nahu,untuk mengkaji uslub Bahasa Arab,contohnya karangan Ibnu 'Aqil.
walaupun Allah bergunakan domir nahnu sebagai ganti nama-Nya,bukan bermakna semua ayat Allah menggunakan domir nahnu,kalau kita perasan ,kalimah nahnu ada dalam ayat yang menceritakan nikmat-nikmat Allah.
sebagaimana yang kita tahu,betapa banyaknya nikmat-nikmat yang beri dan pinjamkan kepada kita,termasuklah tangan ana yang menulis ni..
tapi untuk ayat-ayat yang berbentuk aqidah dan tauhid,Allah menggunakan domir ana.
misalnya dalam surah Toha,ayat :14

yang bermaksud:" sesungguhnya Aku ini Allah,tidak ada Tuhan lain selain Aku,maka sembahlah Aku,dan laksanakan solat untuk mengingati Aku"

#carilah ilmu,untuk menjernihkan aqidah,kadang-kadang dengan soalan sebegini pun,boleh mengoyahkan aqidah kita. na'uzubillah..jadi jangan ambil mudah dalam sekecil-kecil perkara,nescaya kita akan berhati-hati dalam sebesar-besar perkara, wallahu 'alam



1/7/10

Seorang sufi bercerita tentang perjalanan jiwanya..



Seorang sufi bercerita tentang perjalanan jiwanya...

Dia berkata : Hatiku pernah gelisah memikirkan lima perkara... Sehingga aku sibuk mencari jawapannya.
Ternyata aku mendapatkannya dalam lima perkara pula,

Pertama, aku mencari keberkatan dalam mengejar keperluan hidup aku menemukannya saat aku melakukan Solat Dhuha...

Kedua, aku mencari penerang dalam alam kubur aku menemukannya saat aku melakukan Solat Malam...

Ketiga, aku mencari jawapan untuk pertanyaan Munkar dan Nakir, aku menemukannya saat aku membaca Al Qur’an...

Keempat, aku mencari alat pegangan saat meniti Shiratul Mustaqim, aku menemukannya saat aku berpuasa dan bersedekah..

Kelima, Aku mencari naungan Arasy dan aku menemukannya saat aku mengasingkan diri dan beribadah kepada Allah SWT Sekarang hatiku beristirahat dengan tenang...


mujaheedah: esok hari jumaat dan merupakan hari kemenangan bagi orang islam,mari lah kita memperbanyakkan amalan terutamanya sebelum maghrib kerana ketika itu merupakan hari ''almazid''(penambahan),penambahan yang dimaksudkan adalah penambahan pahala,seperti bonus dan ganjaran bagi siapa yang beramal..jom rebut peluang keemasan selagi stok masih ada:)

1/2/10

terima kasih bagi yang bertanya


asaalamualaikum..kaif hal? arju lakum bisihhah wa sa'iedah..insyaAllah
ana luangkan sedikit masa bagi menjawab pertanyaan seseorang yang menanyakan kepada ana tentang penulisan blog.

katanya: "ana tak faham lah,kenapa orang yang tulis blog ni,suka cerita pasal diri dia,macam nak sangat orang kenal diri dia"

wallahu 'alam,setiap orang ada motif dan prinsip masing-masing,tapi bagi ana,blog ini adalah sumber rujukan bagi ana,apa yang ana belajar,ana kongsikan dalam blog ini..sekurang-kurangnya sahabat-sahabat ana yang tak dapat menyertai ana,dapat ilmu sama yang macam ana dapat,kalau x banyak pon,memadailah sedikit,itu lebih baik dari kita tak menyampaikan langsung..

khulasah....ana jadikan blog ni sabagai wasilah dakwah dan ukhwah ana dengan sahabat-sahabat ana,kerana kita seagama,seakidah..

kalau ana ada selitkan sikit mengenai peribadi,xpelik la..kita berkongsi suka duka bersama..itulah ukhwah..

tapi..bukan semua perkara perlu kita kongsikan dan ceritakan dalam blog,sebagai penulis,perlu tahu apa yang dia nak tulis,dan sebagai pembaca juga perlu tahu apa yang dia nak baca..

terima kasih bagi yang bertanya,harap jawapan ana ni terjawap persoalan yang bermain diminda assail..

wallahu 'alam