4/28/10

SAAT KITA DI UJI..

Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa
qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan
sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-
Ya Allah
Kurniakan kami lisan yang lembut , basah mengingati-Mu dan menyebut nama-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu
Ya allah
Kurniakan kami iman yang sempurna
Hati yang khusyu’
Ilmu yang berguna
Keyakinan yang benar-benar mantap
Ya allah
Kurniakan cara hudup yang unggul,selamat dari petaka
Kami mohon sifat qanaah yang tidak sampai kami meminta kpd orang lain
Berilah kami iman yang sebenar sehingga kami tidak lagi gentar mengharap pertolongan orang lain selain Engakau ya Allah…

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah


Ya allah
Janganlah kau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri
Walau kadar sekelip mata atau kadar yang lebih mudah dan lebih cepat, Ya allah hidari kami dari sifat zalim atau kami dizalimi ,ya allah perkenankan doa kami..



Ilmu adalah sebaik-baik apa yg dicapai tangan,begitu besar(jasa)tangan guruku keatasku
Nyawaku taruhan bagi guruku
Kerana dialah jernihnya kehidupanku
Dialah yang merawatku dari penyakit jahil
Yang xdapat dilakukan oleh mana-mana doctor yang agung
Ilmu itu ibarat rumah
Dan guruku ibarat tangga
Darimana lagi ingin ke rumah jika tidak melalui tangga
Maka ketahuilah hak seorang guru,kerana bantuannya kita mengenali kebenaran ketika remaja
Ilmu itu jika kita insafi kita xdapat nak menyamakannya dengan barangan dunia yang selalu hilang dan lesap.

4/19/10

Wanita yang lebih dahulu masuk syurga daripada Fatimah r.a...

assalamualaikum, sahabat ana semua, kaifa halukum?? i'Allah, baik2 sahaja dalam rahmat Allah....hari ni ana terbaca satu kisah, sirah panduan utk muslimah semua..i'Allah niat ana menulis sebagai panduan bagi orang yg paling hampir dengan ana dan sahabat2 ana semua..:-)
Kisah ini ana pernah dengar beberapa ketika dahulu, lama dah, cuma kadang2 kita ingat, kadang2 kita lupa, eloklah rasanya ana nukilkan disini moga sebagai peringatan dan panduan buat kita..kisah yang ana petik dari buku 'Bunga Kebahagiaan' karangan TG Nik Aziz.

Pernah disebut dalam suatu riwayat, pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga terlebih dahulu daripada Siti Fatimah r.a.. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih dan mempersonakn; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah r.a. yang mengunjunginya.

Lalu Siti Fatimah r.a. bertanya kepadanya bagi mengetahui rahsia di sebalik perlakuan wanita itu, lalu wanita itu berkata, "Aku bersiap-siap mengangkat kainku supaya mudah sekiranya suamiku ingin menyempurnakan hajatnya ke atas diri ku. Tuala ini gunanya bagi mengesat peluhnya, air ini bagi menghilangkan dahaganya manakala rotan ini gunanya untuk dia menghukum aku sekiranya aku membuat sebarang kesalahan."....

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Wallahualam...

4/3/10

Kenali Tokoh


Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Konstantinopel itu akan ditawan oleh tentera Islam. Rajanya(menakhluknya) adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera”

Ini sabda Rasulullah SAW, hampir 1000 tahun sebelum Konstantinopel ditawan.
Dan sabda Rasulullah SAW ini menjadi inspirasi kepada kaum Muslimin selepas zaman baginda untuk berusaha menakhluk Konstantinopel. 800 tahun kaum Muslimin berusaha, raja bertukar raja, jeneral bertukar jeneral, tetapi tetap tidakk mampu menakhluk Konstantinopel yang ampuh itu.Sebaik-baik raja, dan sebaik-baik tentera.


kisah jati diri keislaman Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau adalah pemerintah empayar Usmaniah dan telah memerintah sebanyak 25 buah negeri semasa kemuncak kegemilangannya. Beliau telah dilahirkan pada 29hb. Mac 1432 dan mangkat pada 3hb. Mei 1481, iaitu pada usia 49 tahun.

Pada masa tersebut, kota Konstantinopel menjadi kota rebutan, khususnya kerana kedudukan yang strategik. Sehinggakan ada yang mengatakan bahawa jika dunia ini mempunyai ibu negeri, maka kota Konstantinopel-lah ibu negerinya.

Rasulullah saw juga pernah bersabda bahawa pada suatu hari Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan orang Islam. Menurut Baginda, ianya hanya akan jatuh ke tangan Islam apabila ianya berketuakan seorang ketua yang baik, tenteranya baik dan rakyatnya juga baik. Justeru, di sepanjang lipatan sejarah, beberapa pemimpin Islam telah mencuba untuk menakluk Kota tersebut. Antaranya adalah Sayyidina Ali ra, Sayyidina Muawiyah ra, Khalifah Harun al-Rasyid dan ramai lagi, namun tidak berjaya.

Pada tahun 1453 Masehi, semasa kota Konstantinopel diperintah oleh pemerintahan Rom, ianya telah jatuh ke tangan orang Islam di bawah pemerintah Sultan Muhammad Al-Fateh. Sebagaimana dengan Salahudin Ayubi, pemerintah Islam ini telah memperlakukan para tawanan perang dengan baik. Walaupun mereka amat menyedari bahawa pihak musuh tidak pernah ada belas kasihan kepada tawanannya tatkala berkuasa.

Kebaikan Sultan Muhammad Al-Fateh ini telah digambarkan oleh Abdul Latip Talib dalam siri Novel Sejarah Islamnya yang bertajuk, “Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel”,

“Tuanku, semua tawanan perang dan penduduk kota Konstantinopel sudah berkumpul di kawasan lapang. Kami menunggu hukuman daripada tuanku,” kata Panglima Sulaiman Oglo.

“Saya bertemu mereka sebentar lagi,” kata Sultan Muhammad al-Fateh.

Baginda teringat kisah penaklukan kota Mekah pada zaman Rasulullah saw. Orang-orang Quraisy yang sekian lama memusuhi serta memerangi baginda dikumpulkan di depan Kaabah. Mereka menunggu hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Rasulullah saw sambil menangis. Kini perkara yang sama berlaku di kota Konstantinopel. Tentera Rom dan mereka yang selama ini memusuhi dikumpulkan. Mereka juga sedang menunggu hukuman yang bakal dijatuhkan.

“Ya Allah, berikan aku petunjuk. Apakah hukuman yang paling baik aku jatuhkan ke atas mereka.” Bisik hatinya.

Kemudian Sultan Muhammad al-Fateh melangkahkan kakinya ke kawasan lapang di mana para tawanan perang dikumpulkan. Melihat kedatangan baginda, para tawanan itu menangis kerana menyangka hukuman mati bakal dijatuhkan ke atas mereka.

“Maharaja Konstantine mengatakan kota Konstantinopel tidak mungkin jatuh ke tangan musuh selagi ada matahari dan bulan. Tetapi hari ini ternyata kata-kata itu dusta belaka. Kota Konstantinopel yang menjadi kebanggaan kita jatuh ketika matahari sedang terbit,” ratap salah seorang daripada mereka.

“Pada hari ini kita bakal dijatuhkan hukuman mati. Darah kita disimbah ke bumi. Kemudian mayat-mayat kita dibiarkan supaya dimakan oleh anjing dan burung. Alangkah malangnya nasib kita,” balas yang lain pula.

Namun Sultan Muhammad al-Fateh bukanlah seorang pemimpin yang kejam ataupun tidak bertimbang rasa. Walaupun baginda tahu tentera Rom banyak menyebabkan kematian terhadap tentera Islam dan penduduk kota itu pula memberi bantuan namun baginda mahu mencontohi apa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad saw ketika menakluk kota Mekah. Sultan Muhammad al-Fateh berdiri di depan para tawanan lalu berkata, “Hari ini adalah hari kemenangan kepada kami, umat Nabi Muhammad saw. Kamu sudah menjadi hina dengan kekalahan ini. Sesungguhnya apabila datang yang hak lenyaplah yang batil. Apabila datang kebenaran, lenyaplah kemungkaran. Apabila datang keadilan, lenyaplah kezaliman. Sesungguhnya kami datang kepada kamu membawa yang hak. Kami membawa cahaya kebenaran dan kami menegakkan keadilan. Percayalah tidak ada sesiapa yang dianiayai pada hari mulia ini.”

Salah seorang tawanan bangun lalu berkata, “Tuanku seorang yang baik dan berhati mulia. Semoga pada hari ini kami mendapat manfaat daripada kebaikan tuanku. Maafkanlah kesalahan kami kerana kami rakyat biasa yang terpaksa mengikut arahan maharaja.”

Sambil tersenyum Sultan Muhammad al-Fateh pun bertanya, “Tahukah kamu apa hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas kamu?”

“Tuanku seorang pemimpin yang baik. Pasti tuanku memaafkan kami,” jawab mereka.

“Sekiranya kami bukan umat Nabi Muhammad saw nescaya pada hari ini kepala kamu bercerai dari badan. Kalaulah kami bukan umat Islam nescaya pada hari ini darah kamu mengalir bagaikan sungai. Anak-anak gadis kamu diperkosa dan anak-anak kamu dibakar hidup-hidup. Tetapi agama Islam melarang kami berlaku zalim. Kami disuruh mencontohi pemimpin kami yang mulia, Nabi Muhammad saw kerana baginda sebaik-baik pemimpin yang mesti kami contohi,” kata Sultan Muhammad al-Fateh.

Bukan sahaja mereka dibebaskan dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, malah mereka turut dibenarkan memilih seorang ketua di kalangan mereka. Ketua tersebut diberi taraf seorang menteri untuk menjaga hal-ehwal kaum Kristian. Mereka langsung tidak dipaksa untuk menganut agama Islam, malah dibenarkan beribadat di dalam gereja-gereja.

*perkongsian dari pembacaan dan perbincangan sahabat2 muzakarah