5/30/10

HATI ITU..


Hati itu kadangkala perlu jua diketuk ia dgn ujian, agar ia terdidik utk tidak sentiasa selesa pada "kesukaan" tp juga selesa dgn "kesakitan"... jadi senyumlah wahai saudaraku, walau suka walau duka krn yg suka itu anugerah dan yg duka itu tarbiyyah dr ILAHI bwt hambanya yg dikasihi..

oh Tuhan berikan lahsedikit rasa cinta-Mu padaku
semoga seluruh cintaku untuk-Mu
oh Tuhan kurniakanlah sedikitrasa takutkan-Mu pada ku
semoga ku tidak takut selain-Mu


ya Allah dengan rahmat-Mu kurniakanlah..
ya Allah jadikanlah airmataku
diwaktu takut dengan-Mu
pemadam api neraka-Mu
jatuhkan airmataku
menggugurkan dosa-dosa ku


Tuhan kalau bukan dengan rahmat-Mu
aku tidak akan selamat
setidaknya jika bukan rahmat-Mu
aku tidak akan terlepas dari azab-Mu


aku lemah bantulah aku
untuk bermujahadah selalu
syaitan sering menipu dayaku
lindunglah aku darinya


jalan kesesatan terlalu banyak
ada yang jelas
ada yang kesamaran
bimbinglah aku selalu
agar aku selamat menujunya

amin yaa rabbal 'Aalamin..

5/28/10

wasiat Sultan Muhammad Al-Fateh kepada anaknya


Tidak ada sebaik-baik penyaksian kepada tahap keimanan dan ketaqwaan “sebaik-baik ketua” yang menerima pujian dari Rasulullah ini, melainkan dokumentasi sejarah yang merakamkan tulisan wasiatnya kepada anak-anaknya. Sultan Muhammad sangat memahami bahawa nasib Usmaniah dan jatuh bangun pengaruh kota pentadbirannya, Istanbul yang telah beliau asaskan sangat bergantung kepada kualiti generasi pelapis yang beliau tinggalkan. Sejarah dunia telah membuktikan betapa ramai kepimpinan yang hebat dilahirkan namun segalanya musnah apabila generasi pelapis dan pengganti yang mewarisi sangat lemah dan goyah.
Inilah wasiat Sultan Muhammad Al-Fateh kepada anaknya saat menjelang kematiannya. Ia diambil dari kitab karangan “Khilafah Turki Usmaniah” karangan Dr. Muhammad Ali As-Sollabi. Wasiat ini melukiskan gambaran jernih tentang sikap dan akhlaknya, asas-asas kepemimpinannya, nilai-nilai dan prinsip hidupnya yang dia yakini serta keinginannya agar para penggantinya mengikuti apa yang dia yakini. Dia berwasiat :
“Tak lama lagi aku akan mengadap Allah Subhanahu wa Ta’ala. Namun aku sama sekali tidak merasa menyesal, sebab aku meninggalkan pengganti seperti kamu. Maka jadilah engkau seorang yang adil, soleh dan pengasih. Bentangkan perlindunganmu terhadap seluruh rakyatmu tanpa membeza-bezakan antara mereka. Kerja kamu untuk menyebarkan agama Islam ini adalah satu kewajipan raja-raja di bumi ini. Dahulukanlah kepentingan agama lebih dari kepentingan yang lain. Janganlah kamu lemah dan lengah dalam menegakkan agama.
Janganlah kamu sekali-kali mengambil orang yang tidak peduli kepada agama sebagai pembantumu dan jangan pula kamu mengangkat orang yang tidak menjauhi dosa-dosa besar dan leka dalam kekejian. Hindarilah bid’ah-bid’ah yang merosakkan. Jauhi orang yang menyuruhmu melakukannya (bid’ah). Lakukan perluasan negara ini melalui jihad. Jagalah harta Baitul Mal, jangan sampai dibazirkan. Jangan sekali-kali engkau menghulurkan tanganmu pada harta rakyatmu kecuali sesuai dengan syariat Islam. Himpunlah kekuatan orang yang lemah dan fakir dan berikan penghormatanmu kepada orang yang berhak.
Oleh sebab ulama itu laksana kekuatan yang harus ada dalam negara ini, maka hormatilah mereka. Jika kamu mendengar ada seorang ulama di negara lain, ajaklah dia agar datang ke negara ini dan beri dia harta kekayaan. Hati-hatilah jangan sampai kamu tertipu dengan harta bendamu dan dengan banyaknya jumlah tenteramu. Jangan sekali-kali kamu mengusir ulama dari pintu-pintu istanamu. Janganlah kamu sekali-kali melakukan satu hal yang bertentangan dengan hukum Islam. Sebab agama merupakan tujuan kita, hidayah Allah adalah manhaj hidup kita dan dengan agama ini, kita menang.

Ambillah pengajaran ini dariku. Aku datang ke negara ini (Konstantinopel) laksana semut kecil, lalu Allah S.W.T kurniakan kepadaku nikmat yang sedemikian besar ini. Maka berjalanlah seperti apa yang telah aku lakukan. Bekerjalah kamu untuk meninggikan agama Allah S.W.T dan hormatilah ahli-ahlinya. Janganlah kamu menghambur-hamburkan harta negara dengan berfoya-foya dan bersenang-senang, atau kamu pergunakan lebih dari sewajarnya. Sebab itu semua merupakan penyebab utama kehancuran.”
Disediakan oleh :
Muhammad Syaari Ab. Rahman
Ketua Pembangunan Modul AL-FATEH Values I.P Minda

KITA KINI SEPERTI SEMUT

"ada seekor semut, dia memanjat pokok kelapa hingga ke puncaknya,
kemudian, dari jauh, ada angin kencang datang membadai,
lalu, dia kuat memegang dahan, agar tidak jatuh,
namun, angin taufan juga datang,
meniup kuat, hingga menggoyangkan pokok kelapa,
lalu, lebih kuat dipegang dahan itu,
dan tidak jatuh lagi,
puting beliung juga berpusing,
menghempas pokok, mencemaskan hati,
tapi dahan semakin kuat dipegang,
lalu selamat dari terjatuh dari dahan pokok yang tinggi itu...
tetapi, tidak lama, angin sepoi2 bahasa bertiup lembut,
mengenai kepala, membelai rambut,
lalu, mata semut menjadi kuyu,
terasa indah, sedapnya angin,
lalu tertidur, dan jatuh dari pokok"


perkongsian ni diceritakan kepada ana,ana ceritakan kpd kalian,kata senior ana,jadilah seorang insan yang bkn hanya pandai mengaji tp juga seorang pengkaji,dan berusaha menyampaikan risalah Islam..mg ni menjadi sumbangan kpd Islam...

HIDAYAH KEINSAFAN

di malam sepi
hatiku mula menangisi
kerana keinsafan
yang mula menyelubungiku

disaluti angin bayu
terkenang daku pada dosa yang lalu
sejarah silam zaman kejahilanku
adakah diampunkan?

aku leka dengan duniaku
tiada ku tahu dunia ini palsu
mencari kepuasan mengejar harta
gelaplah hati butalah mata

ku insafi segala dosa
taubat dan keampunan daku pinta
adakah dosaku terhapus
adakah diampunkan

oh Tuhanku Yang Satu
aku kembali mengikut hidayahMu
dari kealpaan dosa yang melalaikan
kembali ke dasar kebenaran
dari segala kealpaan

ampunilah dosa lalu..


mujaheedah: tazkiah buat 3org sahabat perjuangan yg kemalangan baru2 ni..mg cepat sembuh,jgn sedih2 kerana kalian adalah insan2 yg bertuah yg Allah pilih untk terima ujian ni,pasti ada hikmah disebalik semua ni..

5/12/10

ini kerana aku sangka mudah namun amat payah


banyak betul yg berlaku dimansurah baru2 ni,nama x muqayyad,ura2 kena pindah,fitnah-memfitnah,smua ni berlaku tanpa diduga,

,

bila terasa ujian ni berat,lupa semua ni datangnya dari Tuhan,mula terasa nak keseorangan,kononnya mencari ketenangan,tapi hakikatnya melayan bisikan syaitan,

bila syaitan menguasai hati,mula la nak marah x tentu pasal,tension la katakan..habis semua orang dipersalahkan.

mujur ada sahabat yang masih perihatin,xjemu2 menasihati,walaupun kadang2 hatinya jua disakiti..
ya Allah!jangan kau palingkan hati hina ini,walaupun telah aku cemarkan hati ini dengan kesesatan dan godaan syaitan,aku mohon berilah kesempatan untuk memperbaiki kesilapan..
ya Allah! terimalah permintaan ini,dari hamba-Mu yang hina,

aku tahu aku sering berjanji

sering juga aku mungkiri

namun,aku tagih rahmat-Mu ya Allah

utk istiqamah dlm perjuangan ini

hatta nafazku terhenti

aku masih menagih rahmat-Mu

p/s:buat aini juwita dan warga ISMA,maaf atas salah silap,bkn niat nk memusuhi dan menyakit,cuma terlupa nak menghormati..tp ana sedikit pon x membenci kalian,ala kulli hal, ana mohon,kalian juga menghormati persatuan kami,tu je permintaan ana .hayatilah kalam dibawah ni

"Seorang muslim adalah saudara kepada saudaranya yang lain. Tidak boleh di aniayai, tidak boleh di biarkan tanpa perlindungan. sesiapa yang mengambil berat tentang seorang muslim yang lain, maka Allah akan mengambil berat tentangnya. Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melepaskan kesusahannya yang terdiri daripada kesusahan akhirat. Sesiapa yang menutup aib orang lain, maka Allah akan menutup aibnya" [Riwayat Bukhari dan Muslim]

"Bila-bila sahaja diri kita boleh diuji dengan pelbagai kesusahan,keperitan & kepayahan.Namun,ALLAH sekali-kali tidak pernah meninggalkan kita di belakangNYA.Di samping ujian,DIA kurniakan bersamanya pertolongan..Maka tatkala terasa perit menanggung beban,ingtlah bahawa ALLAH Maha mengetahui & senantiasa membantu kita..Salam STUDY & IMTIHAN....siiru 'ala barakatillah.."


5/8/10

KENYATAAN AKBAR

Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar gagal ambil periksa
Mahasiswa kecewa
Kekesalan jelas terpampang di wajah mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat Al-Azhar sesi kemasukan 2009. Bayangkan jika anda sudah berada di pusat pengajian hampir 7 bulan, setelah bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran, tetapi tidak dibenarkan memasuki peperiksaan. Mereka amat-amat kesal dan kecewa oleh sikap seorang pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), bahagian Atase Pendidikan MSD Cairo yang menjadi penyebab mereka tidak dapat memasuki peperiksaan. Anda pasti tertanya-tanya, kenapakah mereka tidak dibenarkan memasuki peperiksaan? Jawapannya ialah disebabkan sikap tidak professional dan tidak ada sifat integriti pada seorang pegawai yang menguruskan bahagian pendaftaran mereka iaitu Encik Khairi Jalaluddin.

Beliaulah punca mahasiswa-mahasiswi Qiraat Al-Azhar lemah semangat untuk meneruskan pengajian. Sedangkan jawatan yang disandangnya ialah bahagian pendidikan. Sepatutnya beliau menjadikan mahasiswa-mahasiswi di Mesir ini bersemangat untuk belajar, tetapi hal sebaliknya telah berlaku. Mahasiswa-mahasiswi Qiraat Al-Azhar tidak dapat menduduki peperiksaan adalah kerana urusan pendaftaran yang masih tidak dapat diselesaikan hingga ke hari ini.

Semua borang-borang yang berkaitan dengan pendaftaran telah pun diserahkan oleh pihak mahasiswa kepada Khairi bahagian Atase Pendidikan MSD Cairo pada bulan Disember 2009 lagi. Tetapi hingga bulan Mei 2010, nama mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat Al-Azhar masih lagi tiada di maahad. Persoalan yang timbul ialah, Encik Khairi bin Jalaluddin ini menjalankan tugas atau tidak? Dalam jangka masa 5 bulan, amat mustahil jika urusan pendaftaran masih belum selesai.

Berita yang amat mengecewakan lagi ialah apabila beliau selalu mengeluarkan janji-janji manis semata-mata untuk menyejukkan hati mahasiswa-mahasiswi yang bertanya. Pihak pengurusan pelajar telah berjumpa dengan pegawai yang menguruskan sesi pendaftaran ini. Jawapan yang diberikan ialah nama mahasiswa-mahasiswi akan berada di Maahad Qiraat dalam masa 10 hari lagi. Setelah 10 hari dan beberapa kali 10 hari pihak pengurusan pelajar berulang alik bertanya tentang masalah pendaftaran ini seperti yang dijanjikan. Ternyata janji manis bertukar tawar.

Khairi juga telah menjanjikan bahawa hasil pertemuan beliau dengan Syeikhul Al-Azhar untuk menyelesaikan masalah ini akan dimaklumkan. Kemudian beliau bertukar pula kenyataan bahawa beliau akan menyiarkan di dalam laman web Atase pendidikan (http://ataseakademik.blogspot.com) pada 5/6/2010. Hingga hari ini 6/5/2010 tidak disiarkan. Apabila mahasiswa-mahasiswi bertanya, beliau menyuruhnya supaya bertanya kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Apa kaitannya hasil pertemuan itu dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia? Susah sangatkah untuk berlaku jujur? Kemudian apabila ditanya lagi, beliau menyuruh mahasiswa bertanya kepada Encik Zulkifli (pegawai JPMK).

Apa yang mahu diutarakan disini ialah kenyataan beliau yang sering bertukar dan bersifat menipu mengakibatkan mahasiswa-mahasiswi merasa meluat dengan janji-janjinya. Benarkah beliau ingin menjaga kebajikan pelajar di Mesir? Bukankah kewujudan JPMK adalah untuk menjaga kebajikan pelajar? Sungguh kesal dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh beliau. Terbaru beliau mengeluarkan kenyataan bahawa mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat dibenarkan menduduki peperiksaan pada bulan Julai. Kenyataan ini dikeluarkan melalui mulut yang manis! Bukan bertulis.

Mahasiswa-mahasiswi Qiraat merasa amat-amat tertekan dengan adanya pegawai yang bersikap sebegini. Kenyataan peperiksaan boleh diambil pada bulan Julai ternyata membuatkan mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat tidak percaya akibat beberapa kali telah ditipu oleh beliau. Semoga Allah s.w.t. membalas perbuatannya dengan balasan yang setimpal!

Kami merayu kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah ini supaya tampil membantu kami di sini kerana suara kami semakin dipermain-mainkan oleh beliau. Kami amat berharap kepada pihak berwajib di Malaysia mengambil tindakan yang sepatutnya kepada pegawai ini kerana telah menyebabkan kami susah untuk mengaji di Mesir. Kami amat sedih dan kesal diperlakukan sebegini. Kami datang ke sini adalah untuk menuntut Ilmu, malangnya diperlakukan seperti ini. Sekian, sekadar meluahkan rasa.

Semoga Allah mendengar rintihan kami penuntut ilmu di sini.



Tulisan Khairi 30 April lalu

Saya juga merasa kesal dengan kejadian ini dan mendapat tahu ianya juga berlaku pada tahun-tahun sebelumnya, sebelum saya hadir, ke bumi kinanah ini. Denyut nadi dan rintihan pelajar dapat dirasai menyebabkan saya kurang selera nak makan, saya tak mampu nak jawab semua panggilan telefon dengan masalah pelajar perubatan yang masih juga tertunggak sebelum saya ke sini. Justeru, pihak kami sedang berusaha semaksimum mungkin untuk menjernihkan keadaan, buang yang keruh, ambil yang jernih. Saya datang ke sini untuk menyelesaikan masalah dan tidak ada di hati kecil saya perasaan untuk "memilih bulu" dalam menyelesaikan hal pelajar samada perubatan atau pengajian Islam.

Setakat ini, apa yang saya dapati kenyataan hanyalah dibuat secara lisan "bahawa pelajar Qiraat akan dita'jilkan (dilambatkan) mengambil peperiksaan pada bulan Julai" oleh Syeikh Abdul Baqi, Amin al-Aam Majmak al-Bhuth al-Islamiah pada 29 April 2010 (Khamis). Saksi utama ialah Ustaz Sulaiman Zaki.

Justeru, pihak JPMK berusaha sekali lagi dengan mengaturkan pertemuan dengan Syeikh al-Azhar yang baru Dr. Ahmad Tayyib pada hari Selasa 4 Mei 2010.

Syeikh al-Azhar ini merupakan ulamak yang hebat dan mematuhi undang-undang. Sudah tentu dia mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri dari yang sebelumnya.

Untuk makluman, fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar, hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar.

Mohon kepada pelajar-pelajar solat hajat, agar dibukakan hati Syeikh al-Azhar yang baru ini supaya beliau bersetuju membenarkan pelajar Qiraat mengambil peperiksaan bertulis pada 8 Mei 2010.

Saya menasihatkan pelajar agar mengulang kaji lagi "hafazan al-Quran secara bertulis" sebelum keputusan secara hitam putih dipaparkan di laman web JPMK.

Saya juga sedang mengumpul maklumat dan punca kelewatan dari pelbagai sumber. Jika ada sebarang maklumat sila hantar e-mail kepada irfankhairi08@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it , Harapan saya jangan buat spekulasi tetapi carilah jalan untuk menyelesaikan.

"Anggaplah ini adalah sunnah orang yang berjuang. Semoga al-Quran dapat membentuk akhlak kita semua"

Ikhlas dari;

Khairi bin Jalalluddin
Atase Pendidikan (Akademik)

kenyataan dari:http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26423:mahasiswa-maahad-qiraat-al-azhar-gagal-ambil-periksa&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

5/5/10

khususan ila all one QIRAAT

‘Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).’ (Al-Baqarah:214)




hakikat cubaan amat pahit untuk ditelan namun demi kebahagiaan yang lebih hakiki kita perlu untuk terus berpegang teguh kepada tali Allah swt, telusurilah perjalanan Rasulullah saw dan para sahabat yang hanya bertemankan jalan berduri dan bandingkanlah keadaan diri sendiri. Jangan pernah menipu dan mengaku bahawa ‘akulah orang yang paling malang di dunia’ kerana tiada yang lebih malang dari mereka yang jauh dari rahmat Allah swt yang dijanjikan azab yang kekal dan tidak terperi hebatnya.(Al-Imran:177)



Dalam mencapai sesuatu kejayaan,adakala kita akan penat,adakala kita akan lemah,adakala kita akan terjatuh,dan adakala kita akan tersungkur..begitulah pasang surut semangat kita,tetapi semua itu akan terbalas dengan kejayaan yang akan kita kecapi tidak lama lagi..oleh itu,berusahalah untuk terus bersabar..kerana setiap yang manis itu tidak mudah untuk kita kecapi tetapi begitu nikmat untuk kita rasai..
YA ALLAH KUATKAN SEMANGAT KAMI,TEGUHKAN IMAN DAN KEPERCAYAAN PADAMU,BERIKANLAH KAMI KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT,SAMPAIKANLAH BERITA BAIK KEPADA KAMI,AMIN YAROBBUNA..