5/30/11

Luahan Syeikh Ali Tantawi kepada semua MUSLIMAH


*´¨`*•.¸ℒℴν¸.•*´¨`*•.ℒℴν¨`*ℒℴν.•¨`*
░P░e░s░a░n░a░n░░d░a░r░i░░H░A░T░I░
Syeikh Ali Tantawi kepada semua MUSLIMAH
*´¨`*•.¸ℒℴν¸.•*´¨¨`*•.ℒℴν¨`*ℒℴν.¨`*

♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.
Wahai puteriku… aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.
♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.

♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.
Wahai puteriku…banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.
Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.

Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.
Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”
♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?

♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´
renung+fikir+bertindak=kerana dirimu begitu bharga!

5/24/11

Imtihan itu Tarbiyah

Imtihan itu Tarbiyah supaya kita masyi dan sucikan hati..^^


·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ INZAR NURANI Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

"destinasi cinta yang kita cari sebenarnya terlalu hampir..h
anya kabur kerana dosa didalam hati.."

❤Nasihat waqi' kepada imam syafie..
(apabila dia mengadu kepada waqi')
tentang kesusahannya dalam menghafal :

"شكوت إلى وكيع السوء حفظ

فأرشدني إلى ترك المعاصى

فأخبرني بأن العلم نور

ونور الله لا يهدى للعاصى"

"IMAM SYAFIE PERNAH BERKATA:

Barangsiapa yang mempelajari Al-Quran,akan bernilai dirinya,

barangsiapa yang merenung dan mempelajari feqah maka akan mulia kedudukannya,

barangsiapa yang mempelajari lughah akan lembut jiwanya,

barangsiapa yang mempelajari matematik akan kuat fikiranya,

barangsiapa menulis hadis akan kuat hujahnya, dan

barangsiapa tidak memelihara dirinya daripada maksiat maka ilmunya tidak memberi menfaat kepada dirinya."

░B░I ░T░T░A░W░F░I░Q░ ░W░A░N░ ░N░A░J░A░H░

Buatmu sahabat-sahabat fillah,
"ilmu itu dihafal dengan mengamalkannya, mengajarkannya dan menulisnya. Sesiapa yang menghafal, mengulang, mempelajari ilmu tersebut, ia akan bersemi dalam hatinya "

BittaufiQ wan Najah buat sahabat-sahabat di ardhul kinanah yang sedang dan akan mengahadapi imtihan.Sesungguhnya Allah bersama kalian. USAHA-DOA-TAWAKAL


(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥ DOA HATI
●/
/▌Ya Allah..terimalah amalan kami..izinkan kami mencintaiMu Ya Rabb
/ \ sepenuh hati kami.. Izinkan kami menjadi penolong kepada agama Mu.. biarlah hayat kami berakhir dengan khusnul khotimah..

Ya Allah, Ya Tuhan kami..
Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat),

Ya Allah Ya Tuhan kami..
berikanlah kami kekuatan dalam usaha menambahkan iman kami..jauhi kami dari menjadi orang yang munafik..Pada Mu kami bersujud Ya Allah..Ameen Ya Rabbal alamin..

5/23/11

♥ღ¸.•´¯)♥ஜ♥Pesanan Buat Hati..♥ღ¸.•´¯)♥ஜ♥

"Jika perbuatan yg baik itu mengembirakan hatimu dan perbuatanmu yg jahat itua meresahkan hatimu, maka itu adalah tanda-tanda bahawa kamu seorang mukmin."

´¨*•.¸ℒℴν PESANAN DARI HATI ℒℴν¸.•*¨´

ʚįɞ✿ʚįɞ✿ʚįɞ✿ʚįɞ✿ʚįɞ✿ʚįɞ✿ʚįɞ✿ʚįɞ✿ʚįɞ✿
“Allah itu CEMBURU dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin 'menghampiri' apa yang diharamkan-Nya.”~
{HR. Muslim}
ʚįɞ✿ʚįɞ✿ʚįɞ✿ʚįɞ✿ʚįɞ✿ʚįɞ✿ʚįɞ✿ʚįɞ✿ʚįɞ✿

kepada yang asyik bercinta atau terlanjur cinta. Bercinta itu harus, tetapi cinta yang haram membuatkan kita lemas. Bercinta itu harus, tetapi sekiranya kita semakin hilang fungsi sebagai hamba, maka ia haram. Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka jauhilah antara kamu atau salurkan dengan cara yang paling baik – yakni kahwin..

·٠•●♥ cInTa sEjaTi ♥●•٠·

Tinggalkanlah segala yang kita sayang untuk ALLAH
Tapi jangan kita tinggalkan ALLAH kerana SESUATU perkara yang kamu SAYANGI,
Kerana Allah tidak pernah MENINGGALKANMU..
¤º•¤° CUCI HATI ¤º•¤°
“Bila hamlatulqur’an gagal menjaga hatinya,
Maka rosaklah dirinya,
Terfitnahlah Qur'an kerananya dan runtuhlah Islam ditangannya..
Ya nafsi..
Kejayaan bukan terletak pada kepandaian seseorang itu membaca dan mampu menghafal kalam-Nya..
Tapi terletak pada keikhlasan dan kebersihan hatimu..
maka , waspadalah hatimu selalu agar terselamat dari istidraj dan kotoran nafsu yang menipu..”

(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ܓ
´*.¸.•´♥ HARAPAN HATI
●/
/▌ ♪♪•*´¨`*•.¸ℒℴν¸.•*´¨`*•.¸ℒℴν¸.•*´¨`*•.¸ℒℴν•♪♪•*´¨*•.¸ℒℴν
/ \ Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau… Ameen..

♪•*´¨`*•.¸ℒℴν¸.•*´¨`*•.¸ℒℴν¸.•*´¨`*•.¸ℒℴν•♪♪•*´¨*•.¸ℒℴν

5/21/11

Muhasabah Muslimah




░P░e░s░a░n░a░n░░b░u░a░t░░H░A░T░I░

Wahai wanita muslimah..

Peliharalah perkara2 agar kamu tergolong di kalangan mereka yang merupakan hiasan terindah di dunia (wanita solehah) :


1) Menundukkan pandangan


قال الله تعالى: {..وقلْ للمؤمنات يَغْضُضْنَ من أبصارهن..} النور:31

(dan katakanlah kpd perempuan2 yg beriman agar mereka menundukkan pandangan..)


· tundukkanlah pandanganmu drpd melihat lelaki2 ajnabi yang boleh membangkitkan perasaanmu..


2) Memelihara kesucian diri


قال الله تعالى: {..ويَحْفَظْنَ فُرُوْجَهُنَُّ...} النور: 31

(dan agar mereka memelihara kemaluannya..)


· jauhilah kamu akan perbuatan2 maksiat yang dikeji agar maruah dan kehormatanmu terpelihara..


قال الله تعالى: {يا نِسَاءَ النبيّ مَن يَأْتِى مِنْكُنَّ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ يُضَاعَفُ لها العَذَابُ ضِعْفَيْنَ...} الأحذاب: 30

(wahai isteri2 nabi! Barangsiapa di antara kamu yg mengerjakan perbuatan keji yg nyata nescaya azabnya akan dilipat gandakan dua kali…)


· maka kamu wahai wanita muslimah juga harus menjauhi perkara2 keji kerana ummahatul mukminin adalah qudwahmu..


3) Menjaga aurat


قال الله تعالى: {..ولَيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ على جُيوبهن ولا يُبْدِيْن زِيْنَتَهُنُّ} النور:31

(..dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)



وقال جل شأنه: {يأيها النبىُّ قُلْ لأزْواجِك وبَناتِك ونِساءِ المؤمنين يُدْنِيْنَ عليهِنَّ مِن جَلابِيْبِهِنَّ ذلك أدْنى أن يُعْرَفْنَ فلا يُؤْذَيْنَ..} الاحزاب: 28

(Wahai Nabi! Katakanlah kpd isteri2mu, anak2mu dan isteri2 orang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubah mereka”. Yg demikian itu agar mereka lebih mudah utk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu)


· tutuplah auratmu dengan sempurna mengikut syariat Islam:

Ø melabuhkan tudung ke bawah dada

Ø berpakaian tidak ketat, nipis dan jarang

Ø tidak berlebihan dan menarik perhatian


4) Iltizam dengan sifat malu


قال الرسول (ص): "إنَّ الحَيَاءَ كُلَّه خَيْر". رواه البخاري

(sesungguhnya sifat malu itu keseluruhannya baik)


· sifat malu adalah mahkotamu yang membentengimu drpd perbuatan maksiat..jika ia hilang, maka rosaklah maruah dan kehormatanmu


5) Bersahabat dengan wanita yg beramal kebajikan


قال الرسول (ص): "إنّ المَرْءَ على دين خليله فلينظرْ أحدكم من يخالل". رواه أبو داود

(Sesungguhnya (dinilai) seseorang itu berdasarkan agama teman rapatnya maka lihatlah kamu dengan siapa kamu berkawan)


· carilah sahabat di kalangan wanita mukminah yang boleh mempengaruhi dan mengajak kamu ke arah kebaikan

♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*

Hindarilah perkara2 ini dan janganlah kamu jadi di kalangan mereka yang memenuhi api neraka:

1) Melunakkan suara

قال الله تعالى: {فلا تَخْضَعْنَ بالقول فيَطْمَعَ الذى فى قَلْبِه مَرَضٌ...} الاحزاب: 32

(Maka janganlah kamu tunduk (melemah-lembutkan suara) dlm berbicara sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya..)

· hindarilah drpd berbicara dgn lelaki menggunakan suara yang lunak, lembut dan manja agar tidak terdorong ke arah maksiat dan dosa

2) Berpakaian secara berlebihan dan menunjuk2 (tabarruj)

قال الله تعالى: {ولا تَبَرََّجْنَ تَبَرُّجَ الجاهليةِ الأولى...} الاحزاب: 33

(Dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) spt orang2 jahiliah dahulu)

· janganlah kamu berhias berlebihan sehingga menarik perhatian lelaki selain suamimu

3) Menyerupai lelaki

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: "لعن الرسول (ص) المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال". رواه البخاري

(Drpd Ibn Abbas r.a: “Rasulullah s.a.w melaknat orang2 lelaki yg menyerupai perempuan dan orang2 perempuan yg menyerupai lelaki”)

· Jadilah wanita sejati dan janganlah kamu menjadi fitnah dengan menyerupai lelaki dari segi pakaian,sifat dan tingkah laku.

♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*

"إنّ الدنيا مَتاعٌ، وخيرُ متاعِه مرأةٌ صالحة"

(Sesungguhnya dunia itu perhiasan semata-mata,

dan seindah hiasannya adalah wanita solehah)

___________________________________________________

˙·٠☆•♥ aku berpesan kerana "aku sayang diriku dan dirimu" ♥•☆٠·˙


5/20/11

Tazkirah Muslimah


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah2 aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai wanita aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata2 untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebuitr pasir yang wujud di mana2. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, yang memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatkanku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaan ku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali2 bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya.

Itu lebih bermakna bagiku..

***

Ya Allah.. jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.. ameen..

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

(Imam Nawawi)

1 artikel yang maybe da femes. ilmu Allah tu luas.. khususnya buat akhowat dan amnya buat ikhwah,moga dapat kita fikir2 dan renung2 kan serta sama2 beramal.

5/19/11

TIPS MENJAGA KECANTIKAN CARA ISLAM


♥(¯`•.. ░T░I░P░S░░M░E░N░J░A░G░A░░K░E░C░A░N░T░I░K░A░N░
░C░A░R░A░░I░S░L░A░M░..•´¯)♥

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

1• Untuk menghilangkan stress,Cukup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat,kita mengerakkan seluruh tubuh.Dan dekatkanlah dirimu dengan melalui zikir dan doa.

2• Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

3• Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

4• Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

5• Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi..

¤º•¤✿° Wallahua'lam..moga ianya menjadi AMALAN bersama..insyaAllah,Amin ya Allah..¤º•¤✿°

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

BINGKISAN BUAT MUSLIMAH


Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ¨¯`♥ BINGKISAN BUAT MUSLIMAH♥¨¯`Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
sebagai manusia.."aku sayang padamu".. ^^
◕✿.¸¸.•´✿◕♥•♥•^_^•♥•♥◕✿.¸¸
.•´✿◕

Wanita solehah itu auratnya dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana kelak ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisaukan jodohmu,
Kerana mukminin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha memantapkan diri demi keluarga, bangsa dan agama.
♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥
Rasulullah SAW bersabda,“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥

5/17/11

Selamat Hari Guru..


(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥ UCAPAN BUAT GURU-GURU..
●/
/▌╔════════ ✾ ✯ ʚįɞ ♔════════════✾ ✯ ʚįɞ ♔════╗
/ \ ilmu adalah sebaik-baik apa yang dicapai tangan,
begitu besar tangan (jasa) guruku ke atas ku..
nyawaku taruhan bagi guruku,
kerana dialah jernihnya kehidupanku..
dialah yang merawatku dari penyakit jahil,
yang tidak dapat dirawat oleh doktor yang agung..
╚══════ ♔ ʚįɞ ✯ ✾═════════ ♔ ʚįɞ ✯ ✾══════════╝

buat semua guru2 yang mendidik ana di Maahad Tahfiz Darul Qur'an wa Ulumuddin,sg. besar,selangor(MTDQ),Sek. Men. (a) Tengku ampuan Fatimah(SMATAF),Kuliah al-Lughah waddin Sultan abu Bakar(STASAB/KULIAH),Maahad Tahfiz Negeri Pahang(MTNP),Kursus Intensif Bahasa Arab(KIBA-09),Maahad Fatayat Mansourah..

selamat hari guru..
jasa kalian xkan ana lupakan..
terima kasih kerana sabar dengan karenah-karenah ana..
Moga kita sama2 dtempatkan dlm kalangan Ulama 'amilin..amin..
•.,,.-°-★-*-.,,.-•.,,.-°-★-*-.,,.-•.,,.-°-★-*-.,,.-•.,,.-°-★-*-.,,.-•.,,.-°-★
"Sesungguhnya Allah dan seluruh MalaikatNya
serta penghuni langit dan bumi,
sehiingga semut yang didalam liangnya dan ikan yu,
semuanya memohon kerahmatan keatas orang yang
mengajarkan kebaikan kepada manusia."
-sabda Rasulullah S.A.W:
Hadis Riwayat Al-Imam At-Tarmizi
•.,,.-°-★-*-.,,.-•.,,.-°-★-*-.,,.-•.,,.-°-★-*-.,,.-•.,,.-°-★-*-.,,.-•.,,.-°-★

•.¸¸.•´¯`•.♥ SECEBIS INGATAN DARI ANAK DIDIKMU •.¸¸.•´¯`•.♥

ƸӜƷ¸¸.•¨¯`•ƸӜƷCT FAIRUZ HAJI MOHAMMADƸӜƷ¸¸.•¨¯`•¸¸.ƸӜƷ

5/14/11

Mestilah yang dalam kotak tu..


.•°*”˜˜”*°•.ƸӜƷ.•°*”˜˜”*°•.ƸӜƷ.•°*”˜˜”*°•.
“Saya rimaslah pakai tudung labuh-labuh, baju besar-besar ni.. Panas!”


Bagaikan terngiang-ngiang suara Khalida, teman yang dikenalinya semenjak orientasi lagi yang merangkap teman sebiliknya. Zinnirah melepaskan keluhan, rasa sebak kerana masih tidak mampu menerangkan syariat Islam sebenar kepada Khalida walaupun sudah lama mereka berkenalan.

“Zinnirah! Nak tengok tak gambar masa birthday party saya hari tu?”

Zinnirah tersentak. Suara lantang Khalida membuatkan Zinnirah berpaling ke belakang. Senyuman yang paling manis dihadiahkan, istimewa buat sahabat tercinta.

“Boleh juga”

Khalida girang, cepat sahaja tangannya menunjukkan beberapa gambar dalam handphonenya. Celoteh mulutnya bercerita itu dan ini sehingga tidak terlihat kerutan pada dahi Zinnirah, hampir-hampir sahaja kening halus milik Zinnirah bercantum.

“Khalida…” Zinnirah cuba bersuara setenang mungkin.

“Ye, best kan tengok gambar-gambar ni, sorrylah tak dapat ajak awak sama… awak kan selalu sibuk, persatuan tu lah, persatuan ni lah.. Lagipun…”

“Er, Khalida, kenapa awak tak pakai tudung?” Segera Zinnirah mematikan celoteh Khalida. Khalida terdiam, berkerut-kerut dahinya seolah-olah mencari satu jawapan yang konkrit untuk diberi.

“Ala… Kan hari tu special day saya, takpelah bukan selalu pun..”

Zinnirah beristighfar di dalam hati, jawapan yang diberi dirasakan seperti satu belati tajam yang menusuk lubuk hatinya. Hampir sahaja takungan air di kelopak mata Zinnirah jatuh ke bumi, namun Zinnirah masih cuba tersenyum.

“Kita harus mengenali siapa mad’u kita, jangan main hentam sahaja hendak berkata itu dan ini… Jangan main suka-suka bagi dalil-dalil Al-Quran dan Hadith kerana andai mad’u kita itu tidak memahami apa itu Islam sebenar, bagaimana mereka hendak menerima segala dalil-dalil tu?”

Bagaikan terngiang-ngiang suara Kak Harissah, naqibah2 halaqahnya. Zinnirah merenung kembali sejarah hidup sahabatnya yang seorang itu… Khalida telah kehilangan ibu seawal usia 12 tahun, terpaksa pula dia melayan karenah adik-adiknya seramai 5 orang kerana dia merupakan anak yang sulung. Dia hanya mendapat kasih sayang dari pembantu rumahnya yang tidak pernah mengajarnya apa itu Islam… Mengenangkan itu, Zinnirah kembali tenang…

“Zinnirah, awak marah saya ke?”

Zinnirah tersentak. Wajah Khalida dipandang dengan penuh kasih seorang sahabat. Lantas, senyuman terukir di bibirnya

“Taklah… cantik gambar-gambar awak ni… tapi saya suka gambar awak pakai tudung, cantik..”

Khalida diam. Seolah-olah mengerti apa maksud Zinnirah. “Zinnirah, kenapa kita kena pakai tudung? Kan nikmat Allah tu harus dikongsi-kongsi, salah ke saya kongsi nikmat Allah macam rambut saya semua kat orang lain?”

Zinnirah menghela nafas.

“Khalida, kalau awak diberi pilihan untuk membeli sebiji batu permata… Dua-dua sama jenis, tapi yang satu tu diletak untuk tontonan ramai, banyak kali dibelek-belek, yang satu lagi dibungkus dengan kain, diletak dalam sebuah kotak baldu yang cantik, yang mana awak nak?”

“Mestilah yang dalam kotak tu.”

“Macam tu juga lah tanda kasih sayang Allah pada kita, kerana sayang, Allah suruh kita tutup semua yang patut agar semua tu diberi untuk yang teristimewa iaitu suami kita… kalau awak tak nak barang yang dah dibelek-belek, takkan awak sanggup nak bagi suami awak yang sisa-sisa sahaja?”

Khalida diam, merenung jauh…


* * *


Selesai solat subuh, Zinnirah duduk di atas sejadah.. merenung kembali apa yang telah dilakukan..

“Zinnirah”

Terdengar suara Khalida memanggil, Zinnirah merenung muka Khalida, penuh kasih..

“Awak dah solat?” Zinnirah bertanya.

“Dah.. er, Zinnirah, saya ada hajat sebenarnya”

“Apa dia?”

“Saya… sebenarnya saya suka tengok cara awak pakai tudung.. kemas.. Boleh tak ajarkan saya?”

Zinnirah tersenyum. Subhanallah! Sungguh dakwah itu bukan semata-mata melalui ucapan. Perlakuan, sikap, kekemasan diri semua itu perlu ada dalam diri seorang da’ie.

“Boleh..” Cepat sahaja Zinnirah melipat telekung, bersedia untuk membantu Khalida yang akan ke kelas sebentar lagi.

Zinnirah mendapatkan tudung yang tidak terlalu labuh tapi masih mampu menutup aurat yang sebenar iaitu menutup dada dari hadapan dan juga tepi, tidak lupa juga zinnirah memastikan tudung yang dipilih itu jika ditiup angin tidak menampakkan dada.

“Terima kasih Zinnirah..”

Zinnirah senyum.

“Pandai awak berdakwah, awak tak pilihkan saya tudung yang labuh sangat… Kalau tak mesti orang yang baru nak berjinak-jinak dengan tudung macam saya ni tak selesa nak pakai”

“Khalida… labuh tak labuh tudung tu bergantung pada keimanan dan keselesaan. Kalau awak rasa pakai tudung bidang 50 ni selesa, dah tutup dada… pakai lah, takpe.. Islam itu tidak menyusahkan umatnya..”

“Awak selesa ke pakai tudung bulat yang labuh tu?”

“Alhamdulillah… rasa aurat lebih terpelihara”

“Zinnirah, terima kasih ya… Saya pergi kelas dulu”


* * *


Hari minggu itu Khalida pulang ke kampung meninggalkan Zinnirah keseorangan… Zinnirah redha, sms yang menjadi penghubung antaranya dengan Khalida sudah cukup menghiburkan hati..

Zinnirah, tunggu saya balik esok tau… Saya ada kejutan untuk awak

Sms itu sedikit sebanyak membuatkan Zinnirah berdebar-debar… Hari esok seakan-akan lambat untuk tiba…


* * *


“Assalamualaikum…”

Suara Khalida di muka pintu membuatkan langkah Zinnirah laju, tombol dipulas, pintu ditarik dan kelihatan wajah sahabatnya yang tercinta…

“Khalida…” Air mata Zinnirah tidak mampu ditahan lagi untuk jatuh ke bumi… Deras ia mengalir lantaran terharu melihat Khalida yang cantik berjubah dan bertudung labuh..

“Zinnirah… kenapa awak menangis? Awak tak suka ye saya pakai macam ni?”

“Bukan… saya suka sangat, subhanallah… saya terharu”

“Zinnirah, terima kasih… awak banyak ajar saya, awak tak pernah marah, awak tak pernah malu berkawan dengan saya walaupun dulu saya jarang-jarang pakai tudung… Terima kasih sahabatku..”

Lantas, Khalida memeluk Zinnirah erat… Dalam hati, Zinnirah berdoa..

Semoga kau istiqamah sahabatku!

*********************************************
Kecantikan hanya untuk yang SAH sahaja..ingat tu!


~kan cantik bila pakai tudung labuh..sejuk ja mata memandang..barulah ramai nak jadikan sebagai calon isteri yg solehah..✿(◠‿◠)✿


.•°*”˜˜”*°•.ƸӜƷ.•°*”˜˜”*°•.ƸӜƷ.•°*”˜˜”*°•.ƸӜƷ.•°*”˜˜”*°•.


: : : http://www.iluvislam.com/ : : :

5/11/11

Aurat Wanita


(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥` AURAT WANITA
●/
/▌
/ \
♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸♥♥

ƸӜƷ¸¸.•¨¯`• Antara kesilapan penutupan aurat wanita hari ini :

❤ღʚįɞ✿ KESALAHAN PERTAMA :
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

❤ღʚįɞ✿ KESALAHAN KEDUA :
Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.

❤ღʚįɞ✿ KESALAHAN KETIGA :
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

❤ღʚįɞ✿ KESALAHAN KEEMPAT :
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.

❤ღʚįɞ✿ KESALAHAN KELIMA :
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

❤ღʚįɞ✿ KESALAHAN KEENAM :
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

❤ღʚįɞ✿ KESALAHAN KETUJUH :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

❤ღʚįɞ✿ KESALAHAN KELAPAN :
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

❤ღʚįɞ✿ Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT:

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِ‌ۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا
يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ‌ۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Ertinya :
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya
(Surah An-Nur 24: Ayat Ke 31)

Sumber : Iluvislam.com

♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸♥♥

5/8/11

Sayang Ibu..^^


Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu di dunia terutama buat IBUKU TERSAYANG..sayangilah ibu anda dan jangan sesekali melupakan atau melukai hati mereka..pohonlah kmaafan andai pernah melukai mereka sementara masih dberi ruang untuk mlakukan dmkian..jangan smpai ibu telah pergi baru terasa kehilangannya,,tiada gunany pnyesalan di wktu itu...yang tinggal hanyalah lafaz yang tersimpan..

:: (\_(\*
: (=’ :’) :*•"Ya Allah Ya Tuhanku,
.. (,(”)(”)¤°.¸¸.•´¯`»“ ♥ "
cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereke mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"♥♥♥

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸.Ibu..•❤••❤•

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata:

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.

Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”."
(¯`♥´¯) .♥.•*¨`*♫.• ✿ ܓ
´*.¸.•´♥ [surah al-ahqaf:15]
amin allahumma amin..•.,,.-°-★-*-.,´*.¸.•

╔══════════════════╗
║.(¯`♥´¯)´´¯`•°*”˜˜”*°•. ƸӜƷ
║.`*.¸.*.•°*”˜˜”*°•.ƸӜƷ
║.•°*”˜˜”*°•.ƸӜƷ ✶* ¸ .✫ ♥
║✿ нαppy мoтнer´ѕ dαy ✿
╚══════════════════╝

i love u forever..doa anak yg solehah akan mengiringi setiap langkah kehidupanmu...insyaAllah..doa kan agar anakanda berjaya ujian dunia dan akhirat..dan cepat2 balik malaysia untuk berbakti kepada mu...(✿◕‿◕✿)

5/5/11

WANITA ACUAN AL-QUR'AN


(¯`´¯) ..•¨`* ܓ
´*.¸.•´
WANITA IMPIAN SI ADAM

˜”*°•.****.•°*”˜˜”*°•.****.•°*”˜˜”*°•.****.•°*”˜˜”*°•˜
Bersabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Rabbnya
Yang mengalir rasa cinta,takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi

Itulah…
Perempuan acuan al-Qur’an..
InsyaAllah,Ameen ya Rabb..
˜”*°•.****.•°*”˜˜”*°•.****.•°*”˜˜”*°•.****.•°*”˜˜”*°•˜